Submitted by admin2 on Thu, 26/07/2018 - 11:52
  1. Menjalankan penyelidikan, penilaian dan mencadangkan penambahbaikan kepada dasar dan undang-undang berkaitan bidang keselamatan cerun, jalan dan kemudahan infrastruktur sosial serta membantu mempertingkatkan kecekapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mengawal pembangunan berdasarkan peruntukan Akta Parit, Jalan Dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS).

 

  1. Menyediakan garis panduan dan memberi khidmat nasihat teknikal kepada PBT berdasarkan Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi, Arahan Teknik Jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan penggunaan Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH), aksessibiliti orang kurang upaya (OKU) berpandukan rekabentuk sejagat, CCTV dan lain-lain kemudahan infrastruktur sosial berdasarkan Akta 133 dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS).

 

  1. Melaksanakan projek – projek khas kemudahan sosial seperti projek CCTV Fasa 1 dan Fasa 2 dan mengesyorkan permohonan bagi projek-projek kecil di PBT seperti projek pembaikan cerun, projek keselamatan jalan raya dan projek akses kemudahan OKU dan seterusnya memantau pelaksanaan projek yang telah diluluskan.

 

  1. Menjalankan program audit bagi projek keselamatan cerun dan jalan raya supaya dapat membantu PBT dalam menguruskan cerun dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di kawasan PBT dan menjalankan audit pemantauan peraturan berkaitan kemudahan infrastruktur sosial seperti kemudahan aksessibiliti orang kurang upaya (OKU) berpandukan rekabentuk sejagat, SPAH, CCTV dan lain-lain.

 

  1. Menganjurkan program latihan / kursus / seminar / bengkel mengenai keselamatan cerun, pengurusan bencana dan jalan raya dan yang berkaitan dengan kemudahan infrastruktur sosial kepada pegawai Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)