Submitted by admin2 on Thu, 26/07/2018 - 11:52

 

Fungsi dan peranan
1. Merangka, menyeragam dan menyelaras Akta/Garis panduan/Pekeliling berkaitan  pengurusan fasiliti, perparitan bandar dan pencemaran sumber air dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui proses  pengenalpastian isu-isu pelaksanaan dan pengharmonian (Regulatory Impact Assesment (RIA))  selaras dengan keperluan semasa.
2. Mengkajidan menilai keberhasilan perlaksanaan Dasar, Undang-Undang dan Garis Panduan / Pekeliling serta kod  amalan berkaitan pengurusan fasiliti, perparitan bandar dan pencemaran sumber air untuk digunapakai oleh PBT dalam melaksanakan dan menguatkuasa Undang-undang  berkaitan.
3.   Memberi khidmat rundingan  teknikal dan bukan teknikal mengenai peranan dan fungsi PBT berkaitan pengurusan fasiliti, perparitan bandar dan pencemaran sumber air kepada pegawai JKT, Kerajaan Negeri dan PBT.
4. Merancang dan mengadakan program latihan dan kursus di peringkat kebangsaan dan tempatan berkaitan pengurusan fasiliti, perparitan bandar dan pencemaran sumber air .
5. Menyediakan khidmat pembangunan kompetensi kepada pegawai-pegawai PBN dan PBT melalui latihan dan kursus di dalam bidang berkaitan pengurusan fasiliti, perparitan bandar dan pencemaran sumber air .
6. Merancang dan menilai keberhasilan projek /program pengurusan fasiliti, perparitan bandar dan pencemaran sumber air melalui auditan dan kajian outcome seterusnya mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan.