Submitted by admin on Sun, 10/06/2018 - 12:46
 
  • Konsep Kerajaan Tempatan
    • 1.  Sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal tempatan, yang telah diwakilkan kuasa tempatan, yang telah diwakilkan kuasa kepadanya oleh sebuah Kerajaan yang lebih tinggi sama ada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri;

      2.  Bertaraf lebih rendah daripada Kerajaan Pusat atau Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan tertakluk di bawah kawalan  Kerajaan yang tertinggi daripadanya;

      3.  Mempunyai kuasa autonomi yang terhad setakat mana yang dianugerahi oleh Kerajaan yang tertinggi kepadanya dan kuasa ini selalunya dalam bidang kewangan dan pentadbiran;

      4.  Satu badan yang berasingan daripada Kerajaan yang tertinggi dan mempunyai kuasa yang mendakwa, didakwa, mebuat kontrak dan mempunyai harta; dan

      5.  Mempunyai keupayaan memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada penduduk sesebuah kawasan. Kerajaan Tempatan adalah di bawah bidang kuasa PBN seperti yang telah ditetapkan di bawah Butiran 4 Senarai Kedua Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
  • Takrifan PBT
    •    
      Takrifan PBT dibuat berdasarkan 3 undang-undang PBT seperti berikut :-
       
      i) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) - PBT di Semenanjung Malaysia
       
      Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mentakrifkan PBT sebagai Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah manakala bagi Wilayah Persekutuan, PBT ditakrifkan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 3 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
       
      ii) Local Authorities Ordinance 1996 (Chapter 20) - PBT di Sarawak
      "Local Authority" means -
       
      (a) a City Administration named in Part I of the First Schedule;
      (b) a Municipal Council named in Part II of the First Schedule;
      (c) a District Council named in Part III of the First Schedule;
       
      Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) turut dimasukkan dalam (b) di atas.
       
      iii) Local Government Ordinance 1961 (Sabah No. 11 of 1996) - PBT di Sabah
      "Authority" means any District Council, Town Board or Municipal Council established under the provisions of Section 3.
       
      ::: Muat Turun Senarai 149 PBT ::: 
      ::: Muat Turun Statistik Bilangan PBT Mengikut Negeri :::