Submitted by admin on Tue, 05/06/2018 - 13:23

1. Menguruskan bantuan kewangan kepada PBT termasuk pemberian peruntukan untuk projek-projek pembangunan serta geran-geran tahunan tertentu.
    
2. Menyediakan dasar dan garis panduan serta khidmat nasihat kepada PBT berkaitan dengan keselamatan dan kestabilan bangunan.
    
3. Melaksanakan program berkaitan dengan kebersihan persekitaran dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti kesihatan awam yang berkaitan dengan PBT.
    
4. Menggubal undang-undang, dasar serta pekeliling berkaitan dengan keputusan jemaah menteri dan MNKT untuk diterimapakai oleh PBT secara seragam.
    
5. Mengintegrasikan kampung-kampung baru dalam rancangan pembangunan bagi mencerminkan perpaduan rakyat melalui penyediaan kemudahan infrastruktur dan sosio-  ekonomi.
    
6. Menyelaraskan program yang dilaksanakan oleh JKT serta menyediakan sistem maklumat berkomputer mengenai kerajaan tempatan.