Submitted by admin2 on Sun, 29/07/2018 - 19:06
LATARBELAKANG

KPKT melalui JKT telah di pertanggungjawabkan untuk melaksanakan dan memantau Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam Program Bandar Selamat dalam mencegah jenayah jalanan. Di bawah Program Bandar Selamat, KPKT telah melaksanakan projek pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) Fasa 1 dan Fasa 2 di seluruh Malaysia. 

OBJEKTIF

Pemasangan CCTV di  Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak PDRM dalam mencapai perkara berikut:
i.    Mengurangkan Kadar Jenayah Jalanan Yang Tinggi  (Hotspot)
ii.   Mengurangkan Kadar Jenayah Indeks
iii.  Memastikan Persekitaran Bandar Yang Lebih Selamat Dan Terjamin

Manakala bagi Pihak Berkuasa Tempatan, dengan adanya CCTV yang dipasang tersebut perkara-perkara berikut dapat membantu pihak PBT di dalam mentadbir urus.

FUNGSI CCTV

1.    Memantau Aliran Trafik
2.    Pengurusan Aktiviti Penguatkuasaan
3.    Pengurusan Sampah
4.    Memantau Aktiviti Perniagan/ Perbandaran 

PENGLIBATAN KPKT

1.    Kontrak pemasangan CCTV KPKT seperti berikut:
       a.    Fasa 1 : 25 PBT dan 472 unit CCTV
       b.    Fasa 2 : 25 PBT dan 496 unit CCTV
2.    Kos bagi kedua fasa ini berjumlah RM 112.9 juta
3.    tempoh sewaan adalah selama 60 bulan 
4.    sejumlah 102 Bilik Kawalan disediakan di PBT dan IPD

PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB BAGI PROJEK CCTV FASA 1 DAN FASA 2
Berikut dilampirkan senarai nama pegawai-pegawai untuk dihubungi bagi projek Fasa 1 dan Fasa 2  bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan.
 

Pegawai Bertanggungjawab bagi CCTV1Pegawai Bertanggungjawab bagi CCTV 2