
Pengenalan
OSC Online mencakupi proses dan prosedur berkoordinat bagi tujuan pengemukaan pelan cadangan pemajuan secara elektronik (eSubmission) dan ulasan dari agensi teknikal secara online (eProcessing).
OSC Online yang dibangunkan adalah berasaskan web (open source) dan mengikut spesifikasi ISO 9001:2000 dan ISO 14001:2004 serta penggunaan teknologi Geographical Information System (GIS).
Latar Belakang 
OSC Online telah dibangunkan pada tahun 2003 di bawah geran Demonstrator Application Grant Scheme (DAGS) oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Sistem ini telah disiapkan pada tahun 2004 dan dilaksanakan pada tahun 2005 di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Selepas pelancaran OSC pada 13 April 2007, sistem ini digantung buat sementara bagi melakukan pengubahsuaian prosedur supaya selaras dengan prosedur OSC. Pengubahsuaian mengikut spesifikasi OSC telah dilakukan pada bulan Februari 2008.
Objektif OSC Online
OSC Online adalah untuk menggantikan cara konvensional pengemukaan pelan yang tidak kemas kini (outdated) dan membebankan (bulky) di mana salinan-salinan pelan dalam bentuk linen yang besar dan berat perlu dikemukakan kepada PBT.
OSC Online dapat memodenkan proses pengemukaan pelan menjadi lebih cepat, online, cekap dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan rekod-rekod pembangunan dapat disimpan secara lebih teratur.
OSC Online dapat mengelakkan pertemuan secara bersemuka di antara pihak yang mengemukakan dengan pegawai-pegawai PBT, justeru dapat mengurangkan karenah di kaunter perkhidmatan.
Arkitektur OSC Online
OSC Online terdiri daripada portal yang dihoskan oleh server dan pangkalan data di KPKT. Pengguna boleh mengakses portal melalui mana-mana komputer atau terminal yang mempunyai sambungan Internet. Portal ini mempunyai beberapa modul yang merangkumi proses dan prosedur bagi tujuan Submission, Processing, Payment dan Support Service untuk semua cadangan pemajuan yang dikemukakan kepada PBT.

Modul - Modul OSC Online

| No |
Modul |
Keterangan |
| 1 |
Pendaftaran Pengguna |
Pendaftaran pengguna sistem yang dibahagi kepada 2 kategori iaitu Orang Utama yang Mengemukakan (Principal Submitting Person - PSP) dan Orang Awam. |
| 2 |
ePenyerahan |
Landasan penyerahan permohonan, dokumen dan pelan secara digital atas talian (online) kepada PBT yang berkaitan dengan cadangan pemajuan. |
| 3 |
eProses |
Landasan bagi PBT memproses dan memantau permohonan serta juga bagi agensi teknikal dalaman dan luaran untuk memberikan ulasan secara online. |
| 4 |
eRujukan |
Landasan rujukan kepada pelanggan PBT berkaitan dengan prosedur dan syarat - syarat perkhidmatan yang ditawarkan. |
| 5 |
ePermintaan Perkhidmatan |
Landasan kepada pelanggan PBT untuk memohon perkhidmatan berkaitan dengan cadangan pemajuan. |
| 6 |
ePanduan |
Landasan maklumat dalam format GIS mengenai status perkembangan terkini di kawasan cadangan pemajuan. |
| 7 |
eAduan |
Landasan aduan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan. |
| 8 |
eTanya |
Landasan pertanyaan untuk pelanggan PBT. |
| 9 |
eKad Laporan |
Landasan bagi pelanggan PBT untuk menilai perkhidmatan yang diberikan. |
| 10 |
eBayaran |
Saluran pembayaran secara online. |
Pelaksanaan OSC Online
Pelaksanaan OSC Online telah diluluskan oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan pada 3 Jun 2008 dan Mesyuarat PEMUDAH pada 20 Jun 2008. Di bawah peruntukan DAGS, projek perintis OSC Online akan dilaksanakan di Majlis Perbandaran Pulau Pinang selewat-lewatnya September 2008 dan seterusnya diperluaskan ke PBT bertaraf Bandaraya dan Perbandaran lain yang mewujudkan Unit OSC. Peluasan Fasa kedua seterusnya adalah ke PBT bertaraf Majlis Daerah berdasarkan kesediaan PBT tersebut. OSC Online juga akan diintegrasikan dengan pelaksanaan ePBT Online yang membolehkan penyimpanan data dan pemantauan secara berpusat terlaksana.
| Kumpulan 1 : 04 Jan 2011 |
Kumpulan 2 : 15 hingga 31 July 2011 |
- Majlis Bandaraya Johor Bahru
- Majlis Bandaraya Shah Alam
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya
- Majlis Perbandaran Kuantan
- Majlis Perbandaran Alor Gajah
- Majlis Perbandaran Sungai Petani
- Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
- Majlis Perbandaran Sepang
- Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
- Majlis Perbandaran Nilai
|
- Majlis Bandaraya Ipoh
- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
- Majlis Bandaraya Alor Setar
- Majlis Perbandaran Pulau Pinang
- Majlis Perbandaran Subang Jaya
- Majlis Perbandaran Kota Bharu
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya
- Majlis Perbandaran Manjung
- Majlis Perbandaran Klang
- Majlis Perbandaran Selayang
- Majlis Perbandaran Kajang
- Majlis Perbandaran Jasin
- Majlis Perbandaran Temerloh
- Majlis Perbandaran Kluang
- Majlis Perbandaran Kulim
- Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
- Majlis Perbandaran Taiping
- Majlis Perbandaran Seberang Perai
- Majlis Perbandaran Bentong
- Majlis Perbandaran Batu Pahat
- Majlis Perbandaran Teluk Intan
- Majlis Perbandaran Kangar
- Majlis Perbandaran Seremban
- Majlis Perbandaran Port Dickson
- Majlis Perbandaran Kemaman
- Majlis Perbandaran Dungun
- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
- Majlis Daerah Kampar
- Majlis Daerah Tampin
- Majlis Daerah Kubang Pasu
- Majlis Daerah Selama
- Majlis Daerah Batu Gajah
- Majlis Daerah Tanjung Malim
- Majlis Daerah Pontian
- Majlis Daerah Marang
- Majlis Daerah Tampin
|
|
Kumpulan 3 : Sept 2011 |
Kumpulan 4 : Dis 2011 |
- Majlis Perbandaran Muar
- Majlis Perbandaran Kulai
- Majlis Perbandaran Pasir Gudang
- Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
- Majlis Daerah Jempol
- Majlis Daerah Rembau
- Majlis Daerah Jelebu
- Majlis Daerah Kerian
- Majlis Daerah Pengkalan Hulu
- Majlis Daerah Gerik
- Majlis Daerah Lenggong
- Majlis Daerah Baling
- Majlis Daerah Bandar Baharu
- Majlis Daerah Sik
- Majlis Daerah Yan
- Majlis Daerah Jerantut
- Majlis Daerah Lipis
- Majlis Daerah Raub
- Majlis Daerah Rompin
- Majlis Daerah Bera
- Majlis Daerah Besut
- Majlis Daerah Hulu Terengganu
- Majlis Daerah Perak Tengah
- Majlis Daerah Tapah
- Majlis Daerah Hulu Selangor
- Majlis Daerah Kuala Langat
- Majlis Daerah Kuala Selangor
- Majlis Daerah Kota Tinggi
- Majlis Daerah Labis
- Majlis Daerah Mersing
- Majlis Daerah Segamat
- Majlis Daerah Simpang Renggam
- Majlis Daerah Tangkak
- Majlis Daerah Yong Peng
- Majlis Daerah Sabak Bernam
- Majlis Daerah Kuala Pilah
|
- Majlis Daerah Pekan
- Majlis Daerah Maran
- Majlis Daerah Cameron Highland
- Majlis Daerah Padang Terap
- Majlis Daerah Pendang
- Majlis Daerah Bachok
- Majlis Daerah Gua Musang
- Majlis Daerah Ketereh
- Majlis Daerah Dabong
- Majlis Daerah Kuala Kerai
- Majlis Daerah Machang
- Majlis Daerah Pasir Mas
- Majlis Daerah Pasir Puteh
- Majlis Daerah Tanah Merah
- Majlis Daerah Tumpat
- Majlis Daerah Jeli
- Majlis Daerah Setiu
|
Faedah Jangka Pendek dan Panjang OSC Online 
OSC Online dapat menjana satu mekanisme yang membolehkan maklum balas dapat disampaikan secara tepat dan cepat dan maklumat mengenai pembangunan dapat disimpan secara teratur dan tidak memerlukan ruang. OSC Online berupaya meningkatkan prestasi PBT dalam penyampaian sistem perkhidmatan serta dapat mengamalkan tadbir urus yang baik.
Kesimpulan 
OSC Online akan memudahkan orang ramai berurusan dengan PBT dan seterusnya permohonan cadangan pemajuan dapat diproses secara lebih profesional, efektif dan cekap. Ianya juga dijangka dapat menyumbang kepada pelaksanaan kerajaan elektronik yang lebih efisien, berkualiti, selamat dan mesra pelanggan serta mampu memberi impak tinggi kepada orang ramai.
Keratan Akhbar mengenai Sistem OSC Online
Keratan akhbar : Sebanyak 5 Majlis yang telah menggunakan Sistem OSC Online. Maklumat lanjut.