Fungsi dan peranan
|
|
1. | Merangka, menyeragam dan menyelaras Akta/Garis panduan/Pekeliling berkaitan pengurusan fasiliti, perparitan bandar dan pencemaran sumber air dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui proses pengenalpastian isu-isu pelaksanaan dan pengharmonian (Regulatory Impact Assesment (RIA)) selaras dengan keperluan semasa. |
2. | Mengkajidan menilai keberhasilan perlaksanaan Dasar, Undang-Undang dan Garis Panduan / Pekeliling serta kod amalan berkaitan pengurusan fasiliti, perparitan bandar dan pencemaran sumber air untuk digunapakai oleh PBT dalam melaksanakan dan menguatkuasa Undang-undang berkaitan. |
3. | Memberi khidmat rundingan teknikal dan bukan teknikal mengenai peranan dan fungsi PBT berkaitan pengurusan fasiliti, perparitan bandar dan pencemaran sumber air kepada pegawai JKT, Kerajaan Negeri dan PBT. |
4. | Merancang dan mengadakan program latihan dan kursus di peringkat kebangsaan dan tempatan berkaitan pengurusan fasiliti, perparitan bandar dan pencemaran sumber air . |
5. | Menyediakan khidmat pembangunan kompetensi kepada pegawai-pegawai PBN dan PBT melalui latihan dan kursus di dalam bidang berkaitan pengurusan fasiliti, perparitan bandar dan pencemaran sumber air . |
6. | Merancang dan menilai keberhasilan projek /program pengurusan fasiliti, perparitan bandar dan pencemaran sumber air melalui auditan dan kajian outcome seterusnya mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan. |