Submitted by admin2 on Tue, 26/02/2019 - 15:59

LAMAN UTAMA : http://ekgbaru.kpkt.gov.my/

VISI

Menjadi peneraju kemajuan di Kampung Baru.

MISI

Mengintegrasikan Kampung Baru ke dalam arus pembangunan negara.

OBJEKTIF

Membangunkan Kampung Baru dengan menyediakan kemudahan fizikal dan sosio-ekonomi supaya komuniti Kampung Baru menjadi mantap dari segi sosial, ekonomi dan produktiviti selain meningkatkan taraf hidup mereka ke tahap yang setaraf dengan komuniti lain dalam negara.

PERANAN DAN FUNGSI UTAMA

  • Menyediakan peruntukan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur fizikal dan sosial-ekonomi serta membaik pulih rumah usang di Kampung Baru.
  • Menyediakan peruntukan bagi membantu penduduk kampung mendapat pinjaman mudah untuk memperbaharui premium pajakan tanah, menjalankan perniagaan mikro serta menaiktaraf rumah.
  • Menyediakan peruntukan dan melaksanakan aktiviti berbentuk kemasyarakatan dan pembangunan sosial-ekonomi bagi meningkatkan pengetahuan, pendapatan dan hubungan kemuafakatan di kalangan penduduk kampung.
  • Melaksanakan program dan aktiviti bagi memantapkan kemahiran dan pengetahuan PKP serta JKKK/JKKKP dalam pentadbiran dan pembangunan Kampung Baru.