Perutusan Ketua Pengarah

PERUTUSAN KETUA PENGARAH

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Selamat datang ke Portal Jabatan Kerajaan Tempatan,

Portal ini bermatlamat memaklumatkan orang awam dengan segala perancangan dan pengoperasian Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) melalui pelaksanaan program-program Jabatan. Portal ini yang direka dengan lebih informatif membolehkan orang awam mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan dasar, polisi, statistik, prosedur, projek pembangunan dan sebagainya dengan lebih mudah.

Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan agensi di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang bertanggungjawab dalam membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam memberi perkhidmatan yang diperlukan ke arah mempertingkatkan kualiti hidup penduduk dalam kawasan PBT. Di samping itu, Jabatan ini juga bertanggungjawab menyediakan kepakaran dan khidmat nasihat kepada PBT dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan sosio-ekonomi selaras dengan hala tuju negara.

Bagi tahun 2017, merupakan tahun yang mencabar kepada KPKT dan JKT sendiri kerana perlu melaksanakan banyak program berskala besar dengan bajet berhemah berskala kecil. Antara program yang perlu dilaksanakan adalah:
(i)        Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT);
(ii)        Pelancaran Pelan Kesejahteraan Bandar;
(iii)    Pelancaran Pelan Transformasi PBT;
(iv)    Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan PBT (JPPBT);
(v)        Karnival Sukan Dwi- Tahunan Antara PBT;
(vi)    Persidangan Kesihatan Persekitaran; dan
(vii)    Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan

Dalam usaha memastikan kejayaan program-program tersebut, warga JKT perlu mengambil perhatian dan bekerjasama sebagai satu pasukan yang kukuh. Saya juga mengalukan-alukan komitmen dan kerjasama agensi lain untuk turut serta dalam menjayakan program-program tersebut dalam membantu memartabatkan KPKT umumnya dan JKT khususnya.

Portal ini merupakan usaha Jabatan ini untuk menyediakan maklumat yang terkini mengenai aktiviti jabatan dan perkhidmatan yang disediakan. Ia merupakan ruang untuk orang awam, stakeholders, untuk berkomunikasi dan melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang diadakan oleh Jabatan menggunakan persekitaran ICT. Kami sentiasa mengalu-alukan pandangan, maklum balas daripada anda ke arah meningkatkan semangat perkongsian untuk menjadikan sistem penyampaian Jabatan ini cekap dan berkesan.

Semoga anda memperolehi maklumat yang bermanfaat menerusi portal ini.


  •  

::Hakcipta©2017 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 525216 Tarikh Kemaskini : 24-09-2017