[ PERKHIDMATAN ]

PELANCARAN OSC ONLINE FASA 2

PELANCARAN OSC ONLINE FASA 2
 

OSC Online
 

 

OSC Online diperkenalkan bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan terutamanya di pihak PBT. Bagi memenuhi aspirasi Kerajaan untuk mempertingkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam, khususnya dalam aspek approval process, Kementerian ini telah melancarkan Sistem OSC Online pada 2 Februari 2010. OSC Online menyediakan platform pengemukaan dan pemprosesan permohonan 24 jam 7 hari seminggu (24/7) dan dari mana-mana tempat bagi urusan pertimbangan terhadap permohonan cadangan pemajuan yang dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 

Pelancaran OSC Online Fasa I melalui multi points video conferencing kepada 10 PBT secara serentak telah diadakan pada 4 Januari 2011 yang disempurnakan saya sendiri bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pengemukaan secara real-time kepada 10 PBT tersebut telah menunjukkan peningkatan walaupun terdapat isu-isu pelaksanaan (feething problem) yang sedang ditambahbaik dari masa ke semasa. Manakala pelancaran OSC Online fasa II pula akan diadakan mulai 15 hingga 31 Julai 2011, bergantung kepada perancangan pelancaran setiap daripada 35 PBT yang terlibat. 35 PBT tersebut adalah terdiri daripada 28 Majlis Perbandaran dan 7 Majlis Daerah. Kementerian turut menjangkakan bahawa kesemua 98 PBT di Semenanjung Malaysia akan menggunapakai OSC Online di PBT masing-masing sebelum penghujung tahun 2011.

 

Menjadi harapan Kementerian agar para industry player proaktif, komited dan didorong (urge) untuk menerima dan menggunapakai sepenuhnya OSC Online sebagai medium mengemukakan sesuatu permohonan cadangan pemajuan kepada PBT. Pihak kerajaan akan menetapkan satu tarikh kelak di mana pengemukaan permohonan cadangan pemajuan akan hanya dilaksanakan secara online dan tidak lagi secara manual.


35 PIHAK BERKUASA TEMPATAN SEMENANJUNG MALAYSIA YANG AKAN MELANCARKAN OSC ONLINE MULAI 15 JULAI 2011

 
1. Majlis Bandaraya Ipoh
2. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
3. Majlis Bandaraya Alor Setar
4. Majlis Perbandaran Pulau Pinang
5. Majlis Perbandaran Subang Jaya
6. Majlis Perbandaran Kota Bharu
7. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
8. Majlis Perbandaran Manjung
9. Majlis Perbandaran Klang
10. Majlis Perbandaran Selayang
11. Majlis Perbandaran Kajang
12. Majlis Perbandaran Jasin
13. Majlis Perbandaran Temerloh
14. Majlis Perbandaran Kampar
15. Majlis Perbandaran Kluang
16. Majlis Perbandaran Kulim
17. Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
18. Majlis Perbandaran Taiping
19. Majlis Perbandaran Seberang Perai
20. Majlis Perbandaran Bentong
21. Majlis Perbandaran Batu Pahat
22. Majlis Perbandaran Teluk Intan
23. Manjlis Perbandaran Kangar
24. Majlis Perbandaran Seremban
25. Majlis Perbandaran Port Dickson
26. Majlis Perbandaran Kemaman
27. Majlis Perbandaran Dungun
28. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
29. Majlis Daerah Tampin
30. Majlis Daerah Kubang Pasu
31. Majlis Daerah Selama
32. Majlis Daerah Batu Gajah
33. Majlis Daerah Tanjung Malim
34. Majlis Daerah Pontian
35. Majlis Daerah Marang


 

  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2014 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 490333 Tarikh Kemaskini : 28-06-2017