JataJKT 

PELANCARAN OSC ONLINE FASA 3
 

OSC Online


 OSC Online diperkenalkan bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan terutamanya di pihak PBT. Bagi memenuhi aspirasi Kerajaan untuk mempertingkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam, khususnya dalam aspek approval process, Kementerian ini telah melancarkan Sistem OSC Online pada 2 Februari 2010. OSC Online menyediakan platform pengemukaan dan pemprosesan permohonan 24 jam 7 hari seminggu (24/7) dan dari mana-mana tempat bagi urusan pertimbangan terhadap permohonan cadangan pemajuan yang dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 

 Pelancaran OSC Online Fasa I melalui multi points video conferencing kepada 10 PBT secara serentak telah diadakan pada 4 Januari 2011 yang disempurnakan saya sendiri bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pengemukaan secara real-time kepada 10 PBT tersebut telah menunjukkan peningkatan walaupun terdapat isu-isu pelaksanaan (feething problem) yang sedang ditambahbaik dari masa ke semasa. Manakala pelancaran OSC Online fasa II pula telah diadakan dari 15 hingga 31 Julai 2011 dan telah dipanjangkan tempoh sehingga 15 September 2011 yang lalu. Sementara pelancaran OSC Online fasa III pula akan diadakan mulai 15 hingga 31 Oktober 2011, bergantung kepada perancangan pelancaran setiap daripada 36 PBT yang terlibat. 36 PBT tersebut adalah terdiri daripada 4 Majlis Perbandaran dan 32 Majlis Daerah. Kementerian turut menjangkakan bahawa kesemua 98 PBT di Semenanjung Malaysia akan menggunapakai OSC Online di PBT masing-masing sebelum penghujung tahun 2011.

 

 

Menjadi harapan Kementerian agar para industry player proaktif, komited dan didorong (urge) untuk menerima dan menggunapakai sepenuhnya OSC Online sebagai medium mengemukakan sesuatu permohonan cadangan pemajuan kepada PBT. Pihak kerajaan akan menetapkan satu tarikh kelak di mana pengemukaan permohonan cadangan pemajuan akan hanya dilaksanakan secara online dan tidak lagi secara manual.


36 PIHAK BERKUASA TEMPATAN SEMENANJUNG MALAYSIA YANG AKAN MELANCARKAN OSC ONLINE MULAI 15 - 31 OKTOBER 2011.

 
1. MD Kuala Langat
2. MD Jelebu
3. MD Sabak Bernam
4. MD Jempol
5. MD Hulu Selangor
6. MD Kuala Pilah
7. MD Kuala Selangor
8. MD Rembau
9. MD Tapah
10. MD Segamat
11. MD Perak Tengah
12. MD Labis
13. MD Lenggong
14. MD Tangkak
15. MD Gerik
16. MP Muar
17. MD Pengkalan Hulu
18. MD Simpang Renggam
19. MD Kerian
20. MP Pasir Gudang
21. MD Bandar Baharu
22. MP Kulai
23. MD Baling
24. MD Yong Peng
25. MD Yan
26. MD Kota Tinggi
27. MD Sik
28. MD Mersing
29. MP Langkawi
30. MD Rompin
31. MD Raub
32. MD Bera
33. MD Hulu Terengganu
34. MD Jerantut
35. MD Besut 36. MD Lipis

 

  •  
  • Email this page
  • 1790