[ SUK & PBT ]

Kategori PBT

KATEGORI PBT

Matriks Perbandingan Kategori PBT:

Kriteria Majlis Bandaraya Majlis Perbandaran Majlis Daerah
Keterangan
  • kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri
  • bandar utama atau pusat pentadbiran sesebuah negeri ataupun daerah
  • kawasan selain bandar utama
Penduduk
  • melebihi 500,000 orang
  • melebihi 150,000 orang
  • kurang 150,000 orang
Pendapatan
  • sumber kewangan yang mapan (fiscally sustainable)
  • hasil tahunan tidak kurang dari RM100 juta
  • mampu mengimbangkan perbelanjaan
  • sumber kewangan yang mapan (sustainable)
  • hasil tahunan tidak kurang dari RM20 juta
  • menyediakan perkhidmatan yang selesa
  • hasil tahunan kurang daripada RM20 juta
Perkhidmatan
  • menyediakan perkhidmatan pada tahap yang tinggi
  • menyediakan ruang dan peluang kepada para peniaga
  • menggalakkan pertumbuhan aktiviti pelaburan, perniagaan dan komersial
  • lebih tertumpu kepada kemudahan infrastruktur dan utiliti awam
Pembangunan
  • menekankan kepada pembangunan mapan (sustainable development)
  • memberi tumpuan kepada usaha untuk menangani isu-isu perbandaran seperti setinggan, operasi kilang haram, keselamatan, perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan pemeliharaan alam sekitar
  • Indikator bandar mapan seperti yang ditekankan dalam Sistem Malaysia Urban Indicator Network (MURNInet)
  • perancangan bandar yang mapan (sustainable) yang berupaya menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk didiami.
  • Indikator bandar mapan seperti yang ditekankan dalam Sistem Malaysia Urban Indicator Network (MURNInet)
-
Kemudahan Lain
  • mempunyai pusat perindustrian, institusi kewangan
  • pusat institusi pendidikan yang lengkap
  • pusat kepada aktiviti kebudayaan, acara sukan dan riadah
  • kemudahan infrastruktur yang lengkap, utiliti awam termasuklah taman-taman awam yang mesra pengguna terutamanya kepada Orang Kurang Upaya (OKU)
  • pengiktirafan tertentu sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa
  • menggalakkan penduduk setempat untuk membangunkan komuniti masing-masing melalui tadbir urus bandar yang cekap seperti pelaksanaan Program Local Agenda 21 (LA 21)
-

Kategori PBT:
 
(a) Majlis Bandaraya

  1. PBT itu harus meliputi kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri;
  2. mempunyai penduduk tidak kurang daripada 500,000 orang;
  3. mempunyai pendapatan dari sumber kewangan yang mapan (fiscally sustainable) dengan hasil tahunan tidak kurang dari RM100 juta serta mampu mengimbangkan perbelanjaan;
  4. berupaya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pada tahap yang tinggi termasuklah aktiviti kutipan hasil, kelulusan pemajuan pembangunan, penguatkuasaan dan lain-lain fungsi PBT serta mempunyai struktur organisasi yang mantap serta kakitangan yang berkebolehan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan;
  5. pembangunan bandar yang menekankan kepada pembangunan mapan (sustainable development) serta memberi tumpuan kepada usaha untuk menangani isu-isu perbandaran seperti setinggan, operasi kilang haram, keselamatan, perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan pemeliharaan alam sekitar. Indikator bandar mapan seperti yang ditekankan dalam Sistem Malaysia Urban Indicator Network (MURNInet) juga akan diambil kira;
  6. pembentukan imej bandar ataupun identiti yang bersesuaian dengan fungsi bandar dan budaya nasional yang melambangkan sejarah dan warisan. Kawasan-kawasan dan bangunan-bangunan yang mempunyai nilai sejarah, budaya dan senibina yang unik serta perlu dipelihara;
  7. mempunyai pusat perindustrian, institusi kewangan dan kemudahan menjalankan perniagaan dan perdagangan bagi menarik kemasukan pelabur. Ini termasuklah kemudahan-kemudahan perhotelan bagi menggalakkan kegiatan pelancongan dan urusan perniagaan. Tumpuan diberikan kepada kepesatan sektor perkhidmatan serta pembangunan aktiviti ekonomi bandar yang bernilai tambah dan berorientasikan pengetahuan;
  8. pusat institusi pendidikan yang lengkap dengan universiti, kolej, maktab, muzium dan perpustakaan awam;
  9. pusat kepada aktiviti kebudayaan, acara-acara sukan dan riadah serta konvensyen di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  10. mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap, utiliti awam yang mencukupi termasuklah taman-taman awam yang mesra pengguna terutamanya kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Ini termasuklah kemudahan-kemudahan pengangkutan awam, sistem pengurusan lalulintas dan rangkaian jalan raya yang cekap serta perkhidmatan ICT; dan
  11. mendapat pengiktirafan tertentu sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa dalam bidang-bidang tertentu sejajar dengan taraf sebagai sebuah bandar raya.

(b)     Majlis Perbandaran

  1. merupakan bandar utama atau pusat pentadbiran sesebuah negeri ataupun daerah;
  2. penduduknya tidak kurang daripada 150,000 orang;
  3. mempunyai pendapatan dari sumber kewangan yang mapan (sustainable) dengan hasil tahunan tidak kurang dari RM20 juta dan berupaya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pada tahap yang wajar dan selesa sesuai dengan tahap kualiti hidup sebuah perbandaran;
  4. mempunyai kegiatan perindustrian, perniagaan, pelancongan dan perumahan utama sedia ada ataupun dalam perancangan yang dikenal pasti berpotensi memberi sumbangan kepada pertambahan pegangan yang boleh dikenakan cukai serta penjanaan peluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor;
  5. keupayaan menyediakan ruang dan peluang kepada para peniaga di samping menggalakkan pertumbuhan aktiviti pelaburan, perniagaan dan komersial;
  6. mempunyai kemudahan infrastruktur yang memuaskan serta dihubungkan dengan sistem lebuhraya yang cekap. Mempunyai konsep perancangan bandar yang mapan (sustainable) yang berupaya menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk didiami. Indikator bandar mapan seperti yang ditekankan dalam Sistem Malaysia Urban Indicator Network (MURNInet) juga akan diambil kira; dan
  7. mempunyai program yang boleh menggalakkan penduduk setempat untuk membangunkan komuniti masing-masing melalui tadbir urus bandar yang cekap seperti pelaksanaan Program Local Agenda 21 (LA 21) ataupun penglibatan jawatankuasa penduduk.

(c)     Majlis Daerah

  1. lain-lain kawasan selain bandar-bandar utama;
  2. penduduknya kurang daripada 150,000 orang;
  3. jumlah hasil tahunan kurang daripada RM20 juta; dan
  4. keperluan penduduk lebih tertumpu kepada kemudahan infrastruktur dan utiliti awam berbanding dengan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran.

Pertimbangan Khas
 
Pertimbangan khas boleh diberikan atas kepentingan tertentu, umpamanya bagi tujuan menarik pelaburan dan pelancongan. Permohonan mestilah mendapat sokongan daripada agensi berkaitan.
Sungguhpun demikian, sekiranya sesebuah PBT itu tidak berjaya mencatatkan jumlah hasil tahunan minima yang ditetapkan, pertimbangan masih boleh diberikan sekiranya PBT tersebut mempunyai keupayaan dan kemampuan menjana pendapatan tambahan dari pelbagai sumber lain yang diperakui sehingga mampu mencapai jumlah minimum sebagaimana ditetapkan bagi tujuan naik taraf sama ada ke Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran. Bagi ibu negeri yang belum lagi mendapat taraf bandaraya, maka ia wajar diberi pertimbangan khas dan kerajaan negeri boleh membantu khususnya dari segi hasil sekiranya perlu.
 
Nota :

Kriteria baru ini telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-60 pada 3 Jun 2008
Senarai nama PBT di Malaysia, sila KLIK SINI.
Statistik PBT di Malaysia, sila KLIK SINI.


  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2014 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 489938 Tarikh Kemaskini : 24-06-2017