[ PERKHIDMATAN ]

Ahli Menteri Kabinet

MAJLIS NEGARA KERAJAAN TEMPATAN (MNKT)
  • Berdasarkan pada Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan, peranan dan fungsi MNKT adalah:
    (i)    membentuk dari masa ke semada, dengan berunding dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan - kerajaan Negeri, suatu dasar Negara untuk memajukan, membangunkan dan mengawal Kerajaan Tempatan di seluruh Persekutuan; juga untuk mentadbir sebarang undang-undang mengenainya. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan - kerajaan Negeri hendaklah mengikuti dasar yang telah dibentuk dan dipersetujui oleh MNKT.
  • (ii)   memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai sebarang undang-undang berhubung Kerajaan Tempatan;
    (iii)  membolehkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berunding mengenai sebarang perkara berhubung Kerajaan Tempatan;dan
    (iv)  mesyuarat MNKT hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun.
  • MNKT yang pertama telah diadakan pada 23 November 1960 yang dipengerusikan oleh Menteri yang bertanggungjawab ke atas Kerajaan Tempatan.
  • Pada tahun 2000, MNKT mula dipengerusikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri berdasarkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 15 Disember 1999 yang memutuskan supaya YAB Timbalan Perdana Menteri mempengerusikan MNKT.
  • PBT di Sabah dan Sarawak juga tidak tertakluk kepada keputusan MNKT seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 95E(2) Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, setiap keputusan MNKT turut dipanjangkan kepada kedua-dua negeri untuk dilaksanakan mengikut kesesuaian.

SENARAI KEAHLIAN MNKT
 
I. PERWAKILAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
  YAB Timbalan Perdana Menteri                                                      - Pengerusi
YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Menteri Kerja Raya
YB Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
YB Menteri Sumber Manusia
YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Menteri Kewangan II
YB Menteri Kesihatan
YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
YB Menteri Pelancongan

Ketua Setiausaha Negara
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Ketua Setiausaha Penbendaharaan
KSU Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
KSU Kementerian Kerja Raya
KSU Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
KSU Kementerian Pelancongan
KSU Kementerian Sumber Manusia
KSU Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
KSU Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
KSU Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
KSU Kementerian Kesihatan

Ketua Pengarah EPU, JPM
Ketua Pengarah ICU, JPM
Ketua Pengarah MAMPU, JPM
Datuk Bandar DBKL
   
II. PERWAKILAN KERAJAAN NEGERI
  YAB Menteri Besar Perlis
YAB Menteri Besar Kedah
YAB Menteri Besar Selangor
YAB Menteri Besar Negeri Sembilan
YAB Menteri Besar Pahang
YAB Menteri Besar Kelantan
YAB Menteri Besar Terengganu
YAB Menteri Besar Johor
YAB Menteri Besar Perak
YAB Ketua Menteri Melaka
YAB Ketua Menteri Pulau Pinang
 
YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak
YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
               
YB SUK Johor
YB SUK Kedah
YB SUK Melaka
YB SUK Negeri Sembilan
YB SUK Pahang
YB SUK Perak
YB SUK Perlis
YB SUK Pulau Pinang
YB SUK Selangor
YB SUK Terengganu
YB SUK Kelantan
 
Setiausaha Tetap, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak
Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2017 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 537417 Tarikh Kemaskini : 20-10-2017