MESYUARAT JPPBT TAHUN 2010

MESYUARAT JPPBT TAHUN 2010

 
 

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) 2010 pada 12 hingga 14 April 2010 bertempat di M.S. Garden Hotel Kuantan, Pahang. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Datuk Bandar/Yang Dipertua/Pengerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara. Ia turut dihadiri oleh wakil Kerajaan Negeri dan beberapa agensi pusat yang berkaitan. Tujuan Mesyuarat JPPBT adalah untuk:
 

(i) membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan di PBT yang boleh memberi impak kepada pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan Pusat berhubung dengan Kerajaan Tempatan;
 

(ii) menyediakan peluang kepada PBT untuk berkongsi pengalaman dan pandangan serta mendapatkan maklum balas bagi memperbaiki kualiti penyampaian perkhidmatan di PBT; dan
 

(iii) sebagai forum untuk meningkatkan pemahaman Kerajaan Negeri dan PBT terhadap dasar-dasar serta program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat bagi membolehkan PBT memberi perkhidmatan yang lebih efektif kepada penduduk setempat.
 

Satu Majlis Makan Malam bersempena Mesyuarat JPPBT 2010 telah diadakan pada 12 April 2010. Majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y.A.B. Dato’ Sri Adnan bin Yaakob, Menteri Besar Pahang dan Y.B. Dato’ Sri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
 

Sebanyak 9 kertas kerja daripada pelbagai agensi telah dibentangkan kepada ahli Mesyuarat JPPBT 2010. Kertas kerja yang dibentangkan adalah seperti berikut:

 

KERTAS KERJA 1
PENAMBAHBAIKAN URUSAN RUNDINGAN BAGI PROJEK-PROJEK JABATAN KERJA RAYA OLEH JABATAN KERJA RAYA

 

KERTAS KERJA 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT DAN TANAH TINGGI OLEH JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

 

KERTAS KERJA 3
PELAKSANAAN PROGRAM INOVASI DI MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN

 

KERTAS KERJA 4
PELAKSANAAN PROGRAM-PROGRAM KERAJAAN TEMPATAN - PRESTASI TERKINI OLEH JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

 

KERTAS KERJA 5
“INISIATIF BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) : MENGURANGKAN JENAYAHâ€Ã‚ OLEH KEMENTERIAN DALAM NEGERI (SULIT)

 

KERTAS KERJA 6
CADANGAN PENGUKUHAN PENGGUNAAN PENDEKATAN PERSEKITARAN YANG SEJAHTERA (HEALTHY SETTINGS) BAGI MENYOKONG GAYA HIDUP YANG AKTIF, PEMAKANAN YANG SIHAT DAN BEBAS DARI ASAP ROKOK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

KERTAS KERJA 7
TRANSFORMASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN OLEH UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

 

KERTAS KERJA 8
MENJADIKAN DAERAH-DAERAH DI SELURUH NEGARA BERCIRIKAN PELANCONGAN OLEH KEMENTERIAN PELANCONGAN

 

KERTAS KERJA 9
ISU-ISU  AUDIT  MENGENAI  PIHAK  BERKUASA  TEMPATAN  YANG SERING  DIBANGKITKAN  DALAM LAPORAN  KETUA  AUDIT  NEGARA OLEH JABATAN AUDIT NEGARA

 

MAKLUMBALAS


  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2017 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 510273 Tarikh Kemaskini : 17-08-2017