[ PUSAT SUMBER ]

Majlis Perjumpaan Y. Bhg. Tan Sri KSN Bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT 2011

MAJLIS PERJUMPAAN YBHG. TAN SRI KSN BERSAMA 
DATUK BANDAR DAN YANG DIPERTUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

     Pada 15 Jun 2011 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah menganjurkan Majlis Perjumpaan YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara Bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Majlis yang dihadiri oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia ini turut disertai oleh Ahli PEMUDAH (Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan), Pengurusan Tertinggi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT ), Ketua Pengarah Jabatan di bawah KPKT serta pengarah dan pegawai JKT.
 
     Melalui majlis tersebut, JKT telah mengaturkan sesi perkongsian ilmu berbentuk  pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Normah Binti Malik  (Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran DBKL),  Y.Bhg. Dato' Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan), dan Encik Hairay Bin Md. Yusof (Pengarah Perbendaharan Majlis Perbandaran Seberang Perai).

Tajuk kertas yang dibentangkan adalah seperti berikut :
 
Kertas Kerja 1 : Pengurusan Aduan: Pelaksanaan Call Centre DBKL oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Kertas Kerja 2 : Pengurusan Kualiti dan Inovasi di PBT oleh Majlis Perbandaran Kuantan
Kertas Kerja 3 : Pengurusan Kewangan di PBT oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai



 

  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2017 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 566963 Tarikh Kemaskini : 11-12-2017