JataJKT 

PROGRAM HAND HOLDING PIHAK BERKUASA TEMPATAN
PADA 13 -14 DISEMBER 2010
DI CORUS PARADISE RESORT, PORT DICKSON


Pada 13-14 Disember 2010, JKT telah menganjurkan Program Hand Holding Pihak Berkuasa Tempatan 2010 bertempat di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Halimi Bin Abd. Manaf, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT). Program Hand Holding selama 2 hari ini adalah untuk memberi pendedahan kepada hampir 130 orang peserta daripada 59 PBT terpilih berhubung bidang-bidang tertentu yang perlu ditambah baik berdasarkan penilaian tahun 2008 sebelum penilaian SSR-PBT dilaksanakan sepenuhnya tahun 2011.
 
 
Sebanyak 8 kertas kerja telah dibentangkan dalam program ini di mana tajuk-tajuk kertas yang dipilih memberi tumpuan khusus kepada bidang-bidang yang akan dinilai dalam SSR-PBT, iaitu pelan strategik, perkhidmatan barisan hadapan, aspek integriti, program latihan, amalan inovasi, pelaksanaan pesuruhjaya bangunan (COB), pengurusan aduan dan penyertaan komuniti. Ia akan memberi persediaan awal kepada PBT yang terlibat agar keputusan yang lebih baik diperolehi pada tahun hadapan berbanding tahun 2008 dan 2009. Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh wakil-wakil daripada JKT, MAMPU, Institut Integriti Malaysia (IIM), Jabatan Perumahan Negara (JPN), Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
 

Amalan Inovasi Dalam Tadbir Urus PBT (MAMPU)

 

Ekspektasi Rakyat Terhadap Perkhidmatan Barisan Hadapan PBT (MAMPU)

 

Pengurusan & Pemantapan Integriti Di PBT (IIM)

 

Pengurusan Aduan Di PBT (BPA)

 

Pengurusan Program Latihan Dalam Perkhidmatan PBT (JPA)

 

Penyediaan Dan Pelaksanaan Pelan Strategik (MAMPU)

 

Pesuruhjaya Bangunan Di PBT (JPN)

 

Usaha-Usaha Meningkatkan Penyertaan Komuniti Dalam Tadbir Urus PBT (JKT)



<<< LAPORAN PROGRAM HAND HOLDING PIHAK BERKUASA TEMPATAN 2010 >>>


  •  
  • Email this page
  • 1203