MESYUARAT JPPBT TAHUN 2011

MESYUARAT JPPBT TAHUN 2011

 
 

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) 2011 pada 07 hingga 08 Mac 2011 bertempat di Sutera Habour Resort, Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Datuk Bandar/Yang Dipertua/Pengerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara. Ia turut dihadiri oleh wakil Kerajaan Negeri dan beberapa agensi pusat yang berkaitan. Tujuan Mesyuarat JPPBT adalah untuk:

 

(i) membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan di PBT yang boleh memberi impak kepada pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan Pusat berhubung dengan Kerajaan Tempatan;

 

(ii) menyediakan peluang kepada PBT untuk berkongsi pengalaman dan pandangan serta mendapatkan maklum balas bagi memperbaiki kualiti penyampaian perkhidmatan di PBT; danmaklum balas bagi memperbaiki kualiti penyampaian perkhidmatan di PBT; dan

 

(iii) sebagai forum untuk meningkatkan pemahaman Kerajaan Negeri dan PBT terhadap dasar-dasar serta program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat bagi membolehkan PBT memberi perkhidmatan yang lebih efektif kepada penduduk setempat.

 

Majlis Makan Malam bersempena Mesyuarat JPPBT 2011 diadakan pada 07 Mac 2011. Majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran wakil YAB. Ketua Menteri Sabah, dan Y.B. Dato' Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis penyerahan Program Merapatkan Jurang Digital (BDD), Geran Tahunan dan Sumbangan Membantu Kadar kepada PBT negeri Sabah turut diadakan. Sebanyak 11 kertas kerja daripada pelbagai agensi telah dibentangkan kepada ahli Mesyuarat JPPBT 2011. Kertas kerja yang dibentangkan adalah seperti berikut:

 

KERTAS KERJA 1 -
Pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)
oleh KPKT
 

 

KERTAS KERJA 2 -
Penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) Dan Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Di Semenanjung Malaysia
oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, KPKT
 

 

KERTAS KERJA 3 -
Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walit
oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
 

 

KERTAS KERJA 4 -
Garis Panduan Penyertaan Asing Dalam Sektor Perdagangan Pengedaran Di Malaysia (Pindaan) 2010
oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
 

 

KERTAS KERJA 5 -
Pengelasan Spa dan Pusat Refleksologi
oleh Kementerian Pelancongan
 

 

KERTAS KERJA 6 -
Pelaksanaan Program Homestay Di Malaysia
oleh Kementerian Pelancongan

 

 

KERTAS KERJA 7 -
<<< Lampiran1 >>>
<<< Lampiran2 >>>

Penggunaan Bahasa Kebangsaan Di Tempat Awam
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
 

 

KERTAS KERJA 8 -
Pendaftaran Penjaja Di Bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)
oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
 

 

KERTAS KERJA 9 -
Garis Panduan Perancangan Gated Community and Guarded Neighbourhood
oleh Jabatan Perancangan dan Desa, KPKT
 

 

KERTAS KERJA 10 -
Kempen Kesedaran Membasmi Kutu Sampah
oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)
 

 

KERTAS KERJA 11 -
Laporan Prestasi Program - Program Kerajaan Tempatan
oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT
 

 

 


  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2017 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 536179 Tarikh Kemaskini : 17-10-2017