Perutusan Ketua Pengarah

PERUTUSAN KETUA PENGARAH

 

Assalammualaikum WBT.

Salam sejahtera dan Salam NegaraKu Malaysia.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari portal rasmi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT). Saya berharap maklumat yang dipaparkan di dalam portal ini dapat memenuhi keperluan pengunjung dalam memperolehi maklumat berkaitan peranan JKT dalam memartabatkan Pihak Berkuasa Tempatan sebagai organisasi bertaraf dunia dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Harapan saya adalah supaya JKT menjadi jabatan terbaik menerusi 3 teras utama iaitu kepantasan bekerja, kerjasama organisasi dan integriti dalam melaksanakan tugas.

Selaras dengan saranan kepimpinan negara yang menyatakan Tahun 2017 adalah permulaan tahun penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat maka warga JKT perlu terus melipat gandakan usaha dalam melatih diri menjadi multi-tasking, multi-skills dan multi-talented, berbudaya kreatif lagi berinovatif, yang mampu menyumbang kepada budaya kerja high productivity, high value, high thinking, high skills dan highly motivated, untuk sentiasa bekerja keras bagi mencapai kejayaan untuk organisasi.

Justeru itu, saya berharap portal ini menjadi satu landasan terbaik para pengunjung untuk mendapatkan maklumat serta memberi cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan dan memantapkan lagi keberkesanan portal ini.

Selamat melayari portal Jabatan Kerajaan Tempatan.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Noor-Ihsan Bin Haji Che Mat

Ketua Pengarah

Jabatan Kerajaan Tempatan

 

 

 

 

 


Last Updated 2018-03-07 13:33:29 by Administrator(Poon)

  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2017 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 681287 Tarikh Kemaskini : 21-08-2018