[ SUK & PBT ]

PBT Challenge

PBT Challenge

PENGENALAN

1. Idea bagi mengadakan PBT Challenge adalah lanjutan daripada Majlis Perjumpaan Y.Bhg. Tan Sri KSN Bersama Datuk Bandar / YDP PBT dan Mesyuarat Panel 3P Bil 4/2011 pada 15 Jun 2011 yang telah bersetuju supaya diadakan pertandingan yang melibatkan PBT bagi menyemak semula atau menambah baik dasar dan undang-undang yang sudah lapuk dengan menggunakan kaedah Blue Ocean Strategy.

2. PBT challenge bertujuan untuk:
 
  • Menggalakkan amalan inovasi dan kreativiti di kalangan pegawai PBT bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan prestasi PBT.
  • Mengenal pasti amalan-amalan terbaik yang boleh diaplikasikan oleh PBT.
  • Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai PBT yang menyumbang kepada peningkatan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan prestasi PBT.


METODOLOGI
 
1.Terbuka kepada semua pegawai PBT. Setiap permohonan penyertaan dibuat melalui laman web JKT.

2. Kategori cabaran adalah seperti berikut:
 
  • CABARAN 1 : Cetusan Idea
  • CABARAN 2 : Inovasi / Business Process Reengineering (BPR)
 
3. Setiap penyertaan akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilai dan seterusnya diperakukan oleh Jawatankuasa Induk.


JAWATANKUASA PENILAI
 
Pengerusi :         Ketua Pengarah, JKT
Ahli             :         (i)      JKT
                             (ii)      Bahagian Inspektorat, KPKT
                             (iii)     Bahagian Dasar, KPKT
                             (iv)     Kem. Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar
                             (v)      INTAN
                             (vi)     Persatuan Arkitek Malaysia (PAM)


JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi :     Ketua Setiausaha, KPKT
Ahli             :     (i)      JPBD            
                         (ii)      JPSPN                
                         (iii)     JPA            
                         (iv)     MAMPU
                         (v)      Sekretariat PEMUDAH
                         (vi)     Institut Integriti Malaysia (IIM)
                         (vii)    MPC
                         (viii)   Wakil IPTA

Urus Setia :    JKT


CABARAN 1 : CETUSAN IDEA

FOKUS CABARAN

1. Mengenal pasti undang-undang / peraturan / proses kerja yang tidak sesuai lagi dilaksanakan di PBT dan seterusnya mencadangkan idea-idea bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan PBT kepada pelanggan dan produktiviti PBT.

2. Setiap idea akan dinilai berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut:
 
  • idea yang dicadangkan merupakan idea baru, jelas, praktikal, kreatif dan boleh dilaksanakan;
  • boleh meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan prestasi PBT; dan
  • idea yang dicadangkan berupaya menghapuskan atau menambahbaik undang-undang / peraturan / proses kerja lapuk dan tidak relevan di PBT.


CABARAN 2  : “INOVASI / BUSINESS PROCESS REENGINEERING (BPR)”
 
FOKUS CABARAN
 
1. Pelaksanaan inovasi / BPR hasil idea pegawai dan kakitangan PBT sendiri yang meliputi perkara-perkara baru melibatkan undang-undang / peraturan / proses kerja yang tidak sesuai lagi dilaksanakan di PBT.
 
 
METODOLOGI
 
1. Setiap inovasi / BPR akan dinilai berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut:
 
  • inovasi / BPR merupakan idea baru, jelas, praktikal, kreatif dan boleh dilaksanakan yang telah diperakukan oleh Datuk Bandar / YDP PBT;
  • inovasi / BPR telah dilaksanakan bermula tahun 2010 sehingga kini;
  • boleh meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan prestasi PBT; dan
  • idea yang dicadangkan berupaya menghapuskan atau menambahbaik undang-undang / peraturan / proses kerja lapuk dan tidak relevan di PBT.
  • boleh meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan prestasi PBT; dan
  • idea yang dicadangkan berupaya menghapuskan atau menambahbaik undang-undang / peraturan / proses kerja lapuk dan tidak relevan di PBT.


PELAKSANAAN
 
1. Keseluruhan penyertaan adalah seperti berikut :
 
  • Cabaran 1          :        425 penyertaan
  • Cabaran 2          :        107 penyertaan



SENARAI PEMENANG PBT- CHALLENGE

Pemenang Bagi Cabaran 1
 

Bil Nama Individu/ PBT Idea
1 Cik Rosfaizah Bt. Abd. Rahman
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Smart Card “Penjaja”
 
  • Memudahkan urusan penjaja memperbaharui lesen.
  • Menyimpan pelbagai data penjaja di dalam memori sahaja.
  • Memberi kemudahan dalam penukaran informasi dan data mengenai penjaja.
  • Menyimpan pelbagai data atau mengintegrasikan semua maklumat dari segi kesihatan, perniagaan dan kesalahan penjaja (kompaun).
2 En. Lee Lih Shyan
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Pindaan ke atas Akta 171 supaya membenarkan PBT dengan kelulusan PBN menimbangkan skim rebat kepada pemilik hartanah yang mesra alam, menjalani tanggungjawab sosial dan komuniti ataupun tindakan lain yang mendorong menjadikan bandar sebuah petempatan yang sejahtera dan mampan serta mesra masyarakat.
 
3 Pn. Rosliza Bt. Mohd.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
 
Mewujudkan Unit Operasi Luar iaitu satu pasukan khas yang mengendalikan kutipan bayaran di tapak. Pasukan khas kutipan luar ini akan dilengkapkan dengan kemahiran dan kepakaran bagi proses pembaharuan lesen premis perniagaan, kutipan cukai taksiran, kutipan sewaan gerai serta kutipan kompaun. Ia akan dianggotai oleh kakitangan yang bersifat multi tasking. Pasukan ini juga akan dilengkapi dengan peranti simpanan data yang mengandungi semua maklumat berkaitan kutipan sesuatu PBT disamping diberikan AP untuk melakukan kutipan wang di tapak
 
4 Pn. Maruziaton Bt. Omar
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
 
Mewujudkan konsep di mana setiap jalan di PBT dijadikan anak angkat kepada Jabatan-Jabatan di PBT. Ini bermakna bahawa satu jalan akan dipantau oleh satu kumpulan kakitangan bagi mewujudkan ownership kepada setiap jalan.
 



Pemenang bagi Cabaran 2
 

Bil Nama Individu/ PBT Idea
1 MB Shah Alam
(Tempat Kedua)
 
Kelulusan Pelan Cadangan Banglo Baru (Individu) Daripada 60 Hari Kepada 1 Hari
2 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(Tempat Ketiga)
e-Opinion Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur (DPBRKL) 2020
 

  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2017 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 526068 Tarikh Kemaskini : 25-09-2017