Seminar Pencegahan Dan Kawalan Jangkitan Denggi Melalui Kaedah Pengurusan Persekitaran Yang Mampan 2

SEMINAR PENCEGAHAN DAN KAWALAN JANGKITAN DENGGI MELALUI KAEDAH PENGURUSAN PERSEKITARAN YANG MAMPAN OLEH JABATAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERSATUAN KESIHATAN ENVIRONMEN MALAYSIA

 
Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) telah menganjurkan Seminar Pencegahan Dan Kawalan Jangkitan Denggi Melalui Kaedah Pengurusan Persekitaran Yang Mampan pada 18 Disember 2014 yang lalu bertempat di Auditorium Kolej Sains Kesihatan Sungai Buloh.

Seminar ini adalah diadakan bertujuan untuk memberikan satu platform yang berbentuk forum bagi pegawai-pegawai teknikal di Pihak Berkuasa Tempatan, dan agensi-agensi yang terlibat untuk mendapat pendedahan mengenai kaedah-kaedah pencegahan dan pengawalan jangkitan tempatan denggi, melalui pengurusan persekitaran yang mampan dan lestari.

 
Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Zainal Abidin bin Sai’dun, Timbalan Ketua Pengarah JKT, mewakili YBhg. Ketua Pengarah JKT. Sebelum ucapan perasmian tersebut berlangsung, Presiden MAEH, En. Haw Ai Beng telah memberikan sedikit kata aluan. Seminar ini telah dihadiri oleh peserta-peserta daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Kementerian Kesihatan Malaysia, IPTS dan IPTA serta anggota dari JKT sendiri.

Sebanyak tujuh (7) kertas kerja telah dibentangkan pada seminar tersebut merangkumi pelbagai aspek pencegahan dan kawalan denggi. Peserta juga telah diberikan ruang untuk berinteraksi dan bertanyakan soalan kepada para pembentang. Adalah diharapkan agar perkongsian idea dan percambahan ilmu yang diperolehi dari seminar ini, dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan di peringkat PBT dan agensi masing-masing, khususnya bagi mengurangkan bilangan kes denggi dan juga meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat secara amnya.
 
MASA ATURCARA
8.00 pg. Pendaftaran peserta
8.45 pg.
 
Ucapan Aluan oleh Presiden MAEH
YBrs. En. Haw Ai Beng
9.00 pg Ucapan Perasmian oleh Ketua Pengarah
Jabatan Kerajaan Tempatan
YBhg. Datin Maziah Binti Adnan
9.30 pg. Rehat/Minum Pagi
10.00 pg. Taklimat Pelan Tindakan Kawalan Denggi PBT di Lokaliti Hotspots
En. Sahhir Kunju bin Abdul Karim
10.30 pg. Preview Kaedah Kawalan Penyakit Demam Denggi Melalui
Pengurusan Persekitaran (MAEH)

En. Veeramohan Supramaniam
12.00 tgh. Sesi Soal Jawab
12.15 tgh. Pendekatan COMBI Sebagai Dasar dan Kaedah Perlaksanaan
Komuniti Tempatan LA 21

Tn. Haji Shaari Bin Ahmad Junid
1.00 ptg Makan Tengahari
2.00 ptg Kesan Daripada Kaedah Kawalan Denggi Secara Pengurusan Persekitaran di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Dr. Hayati Binti Abdullah
2.40 ptg Pengurusan Kawasan Terbuka dan Terbiar di Ipoh, Perak
En. M. Raman a/l Maran
3.20 ptg Penilaian Risiko Pengawalan Denggi di Taman Gamelan Kuala Sg. Baru Melaka
En. Dass Kandunni
4.00 ptg Pengalaman Pengurusan Denggi di MPAJ (UiTM Puncak Alam)
 Dr. Subramaniam a/l Karuppanan
4.40 ptg Minum Petang
5.00 ptg Bersurai

Gambar-gambar sekitar penganjuran seminar tersebut boleh dirujuk di sini.

 


Disediakan oleh :
Bahagian Kesihatan Persekitaran
Jabatan Kerajaan Tempatan
Disember 2014


 


  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2017 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 566963 Tarikh Kemaskini : 11-12-2017