[ HUBUNGI KAMI ]

Apa itu RSS

RSS JKT
 
Apa Itu RSS?
RSS adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web / portal yang menyokong aplikasi ini.
 
RSS Di Halaman JKT
Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun portal bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh JKT. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan dapat menyalurkan  Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada Portal JKT dengan lebih pantas dan berkesan.
 
Melalui RSS Feeds ini juga:
  1. Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak
  2. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (Spam)
  3. Anda dapat mengetahui Maklumat Terkini mengenai JKT lebih cepat dan berkesan
  4. Berita atau Maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini
 
Langkah-Langkah Pemasangan
RssReader adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat dari halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke desktop anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila ke halaman ini http://www.rssreader.com
 
Langkah 1 
Muat turun Microsoft.NET framework terlebih dahulu jika anda tidak menggunakan Windows 2003 atau versi Windows XP yang terkini. Cara yang paling mudah adalah dengan Windows Update atau lawati How to obtain Microsoft.NET Framework 1.1 Service Pack 1.
 
Langkah 2
Muat turun RssReader 1.0.88.0 seperti berikut : rssreader.zip atau rssreader.exe.
 
Langkah 3
INSTALL RssReader.
Jika anda muat turun versi .zip, UNZIP fail tersebut terlebih dahulu dan RUN setup.exe.
Terus RUN jika anda muat turun versi .exe
 
Langkah 4
Sila lihat imej ini,   di dalam laman Utama JKT (bahagian kanan). Klik pada button tersebut dan satu laman khas RSS JKT akan dipaparkan. Letakkan cursor mouse di atas salah satu pautan tersebut kemudian klik kanan, dan pilih "Copy Shortcut". Run RssReader dan pergi ke "add (+) " seterusnya klik kanan dan " paste " url dan tekan OK.
 

  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2014 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 489971 Tarikh Kemaskini : 25-06-2017