Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) 2015
15 - 16 Mac 2015
Hotel Weil, Ipoh, Perak

 

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) merupakan acara tahunan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyampaikan dasar-dasar terkini Kerajaan berhubung Kerajaan Tempatan. Mesyuarat JPPBT dihadiri oleh semua Datuk Bandar/ Yang di-Pertua/ Pengerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara. Ia turut dihadiri oleh wakil Kerajaan Negeri dan beberapa agensi pusat yang berkaitan. Tujuan Mesyuarat JPPBT adalah untuk:

 

  • Membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan di PBT yang boleh memberi impak kepada pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan Pusat berhubung dengan Kerajaan Tempatan;
  • Menyediakan peluang kepada PBT untuk berkongsi pengalaman dan pandangan serta mendapatkan maklum balas bagi memperbaiki kualiti penyampaian perkhidmatan di PBT; danmaklum balas bagi memperbaiki kualiti penyampaian perkhidmatan di PBT; dan
  • Sebagai forum untuk meningkatkan pemahaman Kerajaan Negeri dan PBT terhadap dasar-dasar serta program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat bagi membolehkan PBT memberi perkhidmatan yang lebih efektif kepada penduduk setempat.


Ucaptama Menteri dan Ketua Setiausaha Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, aturcara dan kertas kerja yang dibentangkan sempena perasmian Mesyuarat JPPBT 2015 adalah seperti di bawah.
 

Pembentangan Kertas Kerja

Kertas Kerja 1
"Transformasi Zoo Taiping dan Night Safari ke Arah Zoo Bertaraf Antarabangsa"
Majlis Perbandaran Taiping
Kertas Kerja 2
"Akta Pengurusan Strata"
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kertas Kerja 3
"Cadangan Indikator dan Kaedah Baharu Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan (SPB-PBT) 2015"
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kertas Kerja 4
"Projek Pembangunan BP1: Integeriti dan Keefisienan dalam Perlaksanaan Projek"
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kertas Kerja 5
"Kerjasama PBT dalam Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil"
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Kertas Kerja 6
"Memohon Kerjasama PBT dalam Pelaksanaan Projek Pembangunan Fizikal Sekolah-sekolah"
Kementerian Pendidikan Malaysia
 

  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2017 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 536179 Tarikh Kemaskini : 17-10-2017