Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) 2014

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) 2014
27 - 29 April 2014
Hotel Equatorial, Melaka
 

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) merupakan acara tahunan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyampaikan dasar-dasar terkini Kerajaan berhubung Kerajaan Tempatan. Mesyuarat JPPBT dihadiri oleh semua Datuk Bandar/ Yang di-Pertua/ Pengerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara. Ia turut dihadiri oleh wakil Kerajaan Negeri dan beberapa agensi pusat yang berkaitan. Tujuan Mesyuarat JPPBT adalah untuk:

 

  • Membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan di PBT yang boleh memberi impak kepada pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan Pusat berhubung dengan Kerajaan Tempatan;
  • Menyediakan peluang kepada PBT untuk berkongsi pengalaman dan pandangan serta mendapatkan maklum balas bagi memperbaiki kualiti penyampaian perkhidmatan di PBT; danmaklum balas bagi memperbaiki kualiti penyampaian perkhidmatan di PBT; dan
  • Sebagai forum untuk meningkatkan pemahaman Kerajaan Negeri dan PBT terhadap dasar-dasar serta program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat bagi membolehkan PBT memberi perkhidmatan yang lebih efektif kepada penduduk setempat.

Ucaptama Menteri dan Ketua Setiausaha Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, buku aturcara dan kertas kerja yang dibentangkan sempena perasmian Mesyuarat JPPBT 2014 boleh didapati daripada jadual di bawah.
 

Pembentangan Kertas Kerja

Kertas Kerja 1
"Cabaran-cabaran Dalam Pencegahan Jenayah dan Peranan PBT"
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
Kertas Kerja 2
"Inovasi dan Kecemerlangan - Strategi dan Peranan"
Yayasan Inovasi Malaysia
Kertas Kerja 3
"Pelepasan Terus: Isu dan Cabaran ke Arah Persekitaran Bandarayaku Gemilang"
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Kertas Kerja 4
"Pelan Kecemasan Luar Tapak di Pepasangan Bahaya Kemalangan Besar"
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran, Kementerian Sumber Manusia
Kertas Kerja 5
"Ringkasan Kertas Kerja yang Telah Dibentangkan Dalam MNKT ke 66 dan 67"
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kertas Kerja 6
"Tatacara Mempertimbangkan Permohonan Cadangan Pemajuan yang Berkesan"
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kertas Kerja 7
"Latihan dan Pemberian Peruntukan Untuk Projek Pembangunan yang Disediakan Oleh JKT Kepada PBT"
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kertas Kerja 8
"Halatuju Projek ICT di PBT - ePBT, OSC Online"
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kertas Kerja 9
"Taklimat Program MyHome"
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
 

  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2017 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 510262 Tarikh Kemaskini : 17-08-2017