English | Bahasa Lain | Peta Laman  
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
JataJKT 

Program Gotong-royang Perdana 2013


KEMPEN KAWALAN TIKUS DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN : PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2013

 

Masalah infestasi tikus dan kejadian penyakit yang disebabkan oleh tikus terutamanya penyakit Leptospirosis merupakan salah satu isu melibatkan kesihatan awam yang perlu diberikan perhatian. Tikus sememangnya telah diketahui umum sebagai agen pencemaran makanan dan menjadi masalah terutama sekali di premis-premis makanan, pasar dan tempat penyimpanan makanan. Tikus boleh dijangkiti pelbagai jenis parasit dan ejen zoonotik, yang seterusnya boleh menularkan penyakit kepada manusia. Selain daripada Leptospirosis, tikus juga boleh menyebabkan penyakit Hawar (Plague), Typhus, Hanta Viral dan pelbagai lagi penyakit lain. Sehubungan itu, semua pihak yang terlibat khasnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu mengambil langkah-langkah untuk menangani isu ini. Salah satu langkah yang dirancang adalah dengan mengadakan Kempen Kawalan Tikus di PBT.

 

Kempen kawalan tikus ini akan diadakan serentak di semua PBT seluruh negara pada 24 Ogos 2013 (Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pelancaran akan diadakan juga di peringkat negeri-negeri dan pelancaran di peringkat kebangsaan pula akan dirasmikan oleh YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Pekan Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
 

Kempen ini adalah diadakan bertujuan, bagi membolehkan semua PBT di negara ini, mengadakan satu program kesedaran kepada masyarakat  tentang kepentingan dan pendekatan yang boleh dijalankan bagi menangani masalah infestasi tikus. Program ini adalah dirancang untuk diadakan secara serentak di seluruh negara bagi memastikan ianya dapat menghasilkan impak yang paling maksima.

 

Senarai Lokasi Majlis Pelancaran Kempen Kawalan Tikus - Program Gotong-Royong Perdana 1Malaysia Peringkat Kebangsaan Dan Negeri Pada 24 Ogos 2013. Sila rujuk maklumat disini.


  •  
  • Email this page
  • 1255