Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT)
 
MNKT merupakan badan tertinggi yang menggubal dasar serta undang-undang bagi mengawal dan memajukan PBT selaras dengan peruntukan Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan. MNKT dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua YAB Ketua Menteri dan Menteri Besar bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia serta 10 orang YB Menteri Kabinet Persekutuan yang berkaitan seperti di bawah. Wakil dari Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak turut dijemput hadir sebagai pemerhati.

1. YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
2. YB Menteri Kerja Raya
3. YB Menteri Kewangan II
4. YB Menteri Kesihatan
5. YB Menteri Sumber Manusia
6. YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
7. YB Menteri Wilayah Persekutuan
8. YB Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
9. YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
10. YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovas

Senarai MNKT yang berkaitan dengan JKT adalah seperti di bawah:-
 
Bil. Bil. MNKT Tarikh
1 MNKT ke-66 3 September 2013
2 MNKT ke-64 23 Mei 2011
3 MNKT ke-61 2 Disember 2008

  •  
  • Print
  • Email this page