ARKIB ADUAN JKT 2017 (Jan - Jun)


Aduan yang diarkibkan adalah aduan-aduan yang diselesaikan oleh pegawai JKT sendiri atau mempunyai nilai untuk diarkibkan.
 

Bil. Tarikh Aduan Sumber Aduan Nama
Pengadu
Aduan/ Pertanyaan Tarikh Selesai Penyelesaian Diselenggara oleh
1 6/1/2017 The Star Samuel Y There is a lack of public toilets in Seremban. The only known public toilet in town is the one behind the old The Store shopping complex and has been closed for repair. The toilets in Wisma Punca Emas ground floor are in a bad state 26/1/2017 Pembersihan dan pencucian tandas di Wisma Punca Emas adalah di bawah pengurusan pemilik bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, Majlis telah membuat pemeriksaan dan notis pembaikan telah diserahkan kepada pihak pengurusan untuk proses penambahbaikan. YDP Majlis Perbandaran Seremban
2 7/1/2017 3237 En. Adrian Zulkarnain bin Zakaria Dharamaraj Terdapat keraguan tentang perakuan yang dikeluarkan memandangkan saya terima rumah dalam keadaan tidak dapat diduduki kerana siling bilik utamanya telah runtuh. Runtuhan ini dikesan sebelum Perakuan Siap dikeluarkan dan telah dimaklumkan pada pemaju.

Bahagian bumbung anjung juga berada dalma keadaan tidak selamat dan membahayakan penghuni. Pemaju menggunakan kayu yang rendah kualiti dan meleding dengan teruk. Kayu yang menyokong bumbung anjung tersebut tidak disambungkan dengan selamat serta berkemungkinan untuk jatuh ditiup angin.
18/1/2017
Selaras aduan yang dibuat, bahagian ini mendapati projek masih dalam Tempoh Tanggung Kecacatan (DLP) yang mana CCC bagi projek ini telah dikeluarkan oleh PSP pada 19 Oktober 2016. Sehubungan dengan itu, kesemua kecacatan pada bangunan yang telah dikenalpasti hendaklah direkod oleh Pengadu dan dilaporkan terus kepada Pemaju bagi tujuan pembaikan memandangkan Pemaju bertanggungjawab memperbaikinya selaras dengan kontrak Pembinaan.

Sekiranya setelah dibaik pulih, pengadu masih tidak berpuas hati dan ragu-ragu atas keselamatan penghuni rumah, pengadu boleh memanjangkan aduan terus kepada pihak PBT yang berkaitan. PBT pula selaras seksyen 258, UKBS 184 hendaklah menyampaikan suatu notis kepada PSP apabila mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kemungkinan kepada mana-mana bangunan atau sebahagian daripada sesuatu bangunan telah berlaku.
Pn. Zurina binti Elyas
Perunding
Bahagian Perundingan Kawalan Pemajuan, JKT
3 19/1/2017 3240 En. Azahhar bin Ahmad Penempatan baru di RPT Bukit Bertam tanpa bekalan air bersih dan tercemar serta infrastruktur awam yang tidak lengkap. 21/3/2017 PLANMalaysia telah merujuk kepada Majlis Daerah Selama, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Selama dan PLANMalaysia Perak. Hasil semakan mendapati PLANMalaysia Perak telah menyediakan pelan susun atur yang lengkap dan komprehensif untuk pembangunan RPT di Bukit Bertam. Kompenen pelan susun atur juga telah mengambil kira keperluan terhadap penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur seperti surau, dewan, kawasan lapang, rizab tangki air, rizab parit dan pencawang elektrik.

PTD Selama telah menyediakan bekalan air yang disalurkan melalui sistem poly pipe. Namun, bekalan air tersebut tidak selamat untuk digunakan kerana sistem poly pipe disalurkan daripada sungai berhampiran. PTD Selama telah membuat beberapa permohonan kepada Lembaga Air Perak untuk membuat penyambungan terus air dari paip utama.

PTD Selama memaklumkan juga bahawa penyambungan paip utama memerlukan kos yang tinggi dan telah mengambil langkah-langkah proaktif dengan memohon peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Lembaga Air Perak dan agensi berkaitan dan kini sedang menunggu maklum balas daripada KKLW
 
Dato' TPr Zainuddin bin Ahamad
Timbalan Ketua Pengarah
PLANMalaysia
4 8/2/2017 3245 En. Muhamad Sahrul bin Noh Apakah prosedur sekiranya pihak SPAD Bahagian Penguatkuasaan ingin mendapatkan rekod saman tertunggak bagi beberapa Syarikat Pengendali Kenderaan Perdagangan di Semenanjung Malaysia? 27/2/2017 Untuk makluman, rekod saman tertunggak bagi syarikat pengendali kenderaan perdagangan di PBT tidak disimpan oleh JKT. Maklumat tersebut disimpan oleh PBT masing-masing. Walau pun begitu, pihak tuan boleh memohon kerjasama SUK setiap negeri untuk mengumpul mklumat-maklumat tersebut daripada PBT-PBT yang dibawah seliaannya. Pn. Poon Ai Phin
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Maklumat
5 9/2/2017 3246 Pn Jalielah Noor Jehan binti Johari Di manakah boleh dapat Borang Penyertaan Pertandingan Tandas ATB1M 2017 dan power point presentation kaedah teknik pengambil gambar sebagai rujukan? 27/2/2017 Borang Penyertaan Pertandingan Tandas ATB1M 2017 dan manual teknik mengambil gambar boleh didapati di http://jkt.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/183 atau Portal JKT->Pusat Sumber->Dokumen Perunding Kesihatan Persekitaran dan klik pada ikon pdf bagi kategori yang berkenaan. Pn. Poon Ai Phin
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Maklumat
6 11/2/2017 0915 Pn. Cecelia Nayagam when we purchased properties on this street, it was planned to be a dead end road. Despite several complaints about our safety and health posed by the high traffic on this street, the council has remained adamant on keeping it open. 21/4/2017 Berhubung perkara ini, Mesyuarat Majlis Penuh Bil. 12/2016 bertarikh 19/12/2016 telah memutuskan untuk menolak permohonan cadangan untuk menutup Jalan RJ 1/5, Taman Rasag Raya.

Faktor penolakan adalah:
1. jalan tersebut merupakan jalan yang menghubungkan antara taman-taman yang berdekatan (kemudahan sekolah, masjid, kedai)
2.. Penduduk dari Taman Rasah Jaya perlu melalui jalan yang jauh untuk masuk ke tol atau menghala ke arah Mambau/Port Dickson.
En. Nuh Nurul Mushawwir bin Abdul Aziz
Penolong Pegawai Jalan dan Saliran 1,
Majlis Perbandaran Seremban
7 13/2/2017 3247 En. Mohd Noorazam bin Alias Di mana boleh dapatkan borang penyertaan dan bagaimanakah cara pengisiannya? 27/2/2017 Borang Penyertaan Pertandingan Tandas ATB1M 2017 dan manual teknik mengambil gambar boleh didapati di http://jkt.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/183 atau Portal JKT->Pusat Sumber->Dokumen Perunding Kesihatan Persekitaran dan klik pada ikon pdf bagi kategori yang berkenaan. Pn. Poon Ai Phin
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Maklumat
8 28/2/2017 e-mel En. Muhammad Hafiz bin Bahruddin Saya ingin bertanya kepada siapa saya patut ajukan pertanyaan mengenai kereta rosak dalam kotak parking? 28/2/2017 Jika kereta rosak tersadai di:
1. bangunan apartment - aduan boleh dibuat kepada pihak syarikat pengurusan bangunan itu sendiri
2. kawasan taman perumahan - aduan boleh dibuat kepada pihak Majlis Daerah/Perbandaran/Bandaraya atau Rukun Tetangga kawasan perumahan tersebut
Pn. Poon Ai Phin
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Maklumat
9 28/2/2017 The Star Online Pn. Grace Chen http://www.thestar.com.my/metro/community/2017/02/28/trading-in-dirty-premises-wet-markets-in-selangor-are-a-mixed-bag-when-it-comes-to-cleanliness/
 
5/4/2017 Pihak MPSJ telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan di Pasar SS15, Subang Jaya iaitu mengenai:
  1. Kutipan sampah
  2. Penyelenggaraan Kebersihan Tandas
 
Bagi isu kutipan sampah, semakan pihak MPSJ mendapati ianya dilakukan pada setiap hari oleh kontraktor MPSJ. Sepanjang tahun 2017, tidak terdapat aduan rasmi yang diterima berhubung kegagalan kerja-kerja kutipan sampah di lokasi aduan. Walau bagaimanapun, pihak MPSJ akan memastikan pihak kontraktor mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tindakan Notis Tindakan Pembetulan akan dikenakan kepada kontraktor sekiranya didapati kontraktor gagal mematuhi arahan yang ditetapkan.
 
Seterusnya, bagi isu penyelenggaraan kebersihan tandas, ingin dijelaskan bahawa pihak MPSJ telah melantik kontraktor pembersihan dan mereka telah disyaratkan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan tandas setiap hari. Pemantauan kebersihan tandas di lokasi aduan ini dijalankan setiap minggu oleh pihak MPSJ dan semakan terkini mendapati kebersihan berada di tahap yang memuaskan. Walau bagaimanapun, terdapat kerosakan pada salah satu tandas di lokasi aduan dan ianya sedang diambil tindakan pembaikan oleh pihak MPSJ.
 
Pihak MPSJ merakamkan penghargaan kepada semua yang mengemukakan aduan dan sekiranya terdapat sebarang permasalahan, orang awam boleh menghubungi talian hotline MPSJ 03-80247700 untuk menyalurkan aduan serta cadangan untuk tindakan selanjutnya dari pihak MPSJ.
En. Azfarizal bin Abdul Rashid
Timbalan Pengarah Korporat
Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik                                          
Majlis Perbandaran Subang Jaya
10 1/3/2017 e-mel Pn. Syahirah Liyana Saya ingin bertanya berkenaan permohonan premis makanan. Syarikat kami telah mengisi borang pendaftaran premis makanan dan bagaimana saya hendak menghantar borang ini? 2/3/2017 Untuk makluman, perkara ini di luar bidangkuasa JKT. JKT tidak pernah mengendalikan sebarang urusan pendaftaran premis makanan di PBT.

Borang Pendaftaran Premis Makanan sepatutnya dihantar ke Jabatan Kesihatan yang berdekatan premis makanan, contohnya jika pengadu ini membuat pendaftaran premis makanan di negeri Selangor maka pengadu perlu menghantar borang terserbut kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Senarai alamat Jabatan Kesihatan di Malaysia boleh dirujuk di http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/50
Pn. Poon Ai Phin
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Maklumat
11 8/3/2017 3260 En. Mohd Zali bin Ab Kadir Majlis Perbandaran Kajang tidak bertindak merampas lembu yang berkeliaran di kawasan taman perumahan dan tempat awam 29/5/2017 Hasil siasatan dan pemantauan yang dilakukan pihak Majlis pada 4/5/2017 jam 12.30 tengah hari mendapati tiada lembu yang dilihat berkeliaran. Bagaimana pun akan dibuat dari semasa ke semasa. Majlis Perbandaran Kajang
12 28/3/2017 e-mel En. R. Shankaran Tandas awam berhampiran Melaka River Park dan Cruise di Jalan Merdeka amat teruk. Tandas lelaki di Perkampungan Portugis walaupun dikenakan bayaran RM 0.30 tetapi tempat flash tidak ada. 30/3/2017 Siasatan mendapati pada tarikh 25 dan 26 Mac 2017, kawasan Bandar Melaka mengalami gangguan bekalan air dan tandas tersebut antara salah satu Tandas Awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang berada di dalam kawasan terlibat menyebabkan penyelenggaran tandas tidak dapat dilaksanakan.

Bagi tandas awam medan selera perkampungan Portugis pula, tangki 'flushing' telah dipecahkan oleh orang tidak bertanggungjawab. Pihak MBMB telah menggantikan dengan tangki 'flushing' yang baru setelah dimaklumkan oleh kontraktor pembersihan yang dilantik.
En. Muhammad Rifdi bin Mohammad Roslan
Jabatan Pengindahan Bandar,
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
13 5/4/2017 e-mel Pn. Nor Syazila binti Abdul Rahim Saya memerlukan pecahan mengikut lokasi populasi bandar dan luar bandar, dengan siapa saya boleh berhubung untuk mendapatkan senarai poskod bagi memastikan poskod tersebut berada dalam lokasi bandar atau luar bandar? 6/4/2017 Kod poskod adalah di luar bidang kuasa JKT. Setakat ini, hanya Pos Malaysia Berhad yang bertanggungjawab untuk menyediakan kod poskod.

Sehubungan dengan itu, dipohon agar puan boleh berhubung terus dengan Pos Malaysia Bhd di care@pos.com.my atau pun membeli buku poskod yang dijual di pejabat pos untuk tujuan tersebut.
Pn. Poon Ai Phin
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Maklumat
14 11/4/2017 3269 Pn. Azimiah binti Ahmad 1. Adakah perlu kemukakan Borang G dan keluarkan CCC jika hanya kerja-kerja pindaan & tambahan dalaman sahaja tanpa mengubah bentuk asal bangunan?

2. Jika saya mengemukakan pelan As-Built ke PBT untuk kelulusan (bangunan lama yang tiada kelulusan pelan @hilang) adakah saya perlu kemukakan Borang G dan keluarkan CCC?
21/4/2017 1. tiada keperluan, walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kerja-kerja ubahsuai kecil yang disenaraikan dalam Jadual 1 dan Jadual 2 Garis Panduan Prosedur Pengeluaran Permit Kerja Ubahsuai.

2. Pengemukaan as-built bukan merupakan syarat pengeluaran CCC tetapi sekiranya pihak puan memerlukan CCC terhadap projek puan, pemutihan dokumen (atas budi bicara PBT) perlu dilaksanakan. Pelan bangunan perlu dikemukakan untuk kelulusan PBT dan seterusnya proses dan tatacara pengeluaran CCC perlu dipatuhi.
Pn. Zurina binti Elyas
Perunding
Bahagian Perundingan Kawalan Pemajuan, JKT
15 13/4/2017 e-mel Ir. Kok Weng Kong 1. what type of mechanical ventilation in Form G10 referred to? Form G10 make reference to "Pelan yang diperakui" but we do not submit any mechanical ventilation system drawing to Majlis Tempatan or Bomba.

2. is smoke spill system using mechanical ventilation fan included under Form G10? In other words, are we also certifying the smoke spill system is installed in accordance with "Pelan yang diperakui" by signing Form G10 for a building which have both mechanical ventilation system and smoke spill system?

3. for building which has air-conditioning system but does not have mechanical ventilation, is it required to sign Form G10? we also do not submit any air-conditioning system drawings to Majlis tempatan or Bomba.
19/4/2017 1. all type of mechanical ventilation such as centralized air conditioning, split unit, window unit etc. 'Pelan yang diperakui' in Form G10 is refering to endosed plan by submitting person (SP) that is that mechanical engineer.

2. smoke spill system are certified under Form G9 (Fire - Fighting active)

3. yes submitting person (SP) must certified it in Form G10. any air-conditioning system plan or drawing does not required endorsement by the Local Authority.
Pn. Zurina binti Elyas
Perunding
Bahagian Perundingan Kawalan Pemajuan, JKT
16 6/5/2017 e-mel Pn. Fatin Nabilah binti Fadzil Saya ingin membuat aduan mengenai tahap kebersihan Aeon Supermarket, Mid Valley yang kelihatan tikus memijak dan makan ayam 15/5/2017 Siasatan telah dilakukan pada 9/5/2017 11.00 pagi dan hasil pemeriksaan mendapati tiada urungan dan kesan urungan tikus ditemui. Namun, terdapat lipas dan kesan urungan lipas. Kompaun telah dikeluarkan di bawah UUK 5(b) JKAS No. 079534 dan UKK 5 (c) JKAS No. 080772 dan tindakan susulan pemeriksaan bersama pihak pengurusan Aeon dan Mid Valley akan dilakukan secara berkala Pn. Noor Adibah binti Mahassan
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar, DBKL
17 15/5/2017 e-mel En. Shawn Voon Pihak kami ingin mengetahui PBT yang kawal selia Dataran C180 Cheras 15/5/2017 C180 Cheras berada di kawasan Selangor dan ia berada di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Kajang secara umumnya sebagai pihak berkuasa tempatan, akan tetapi bangunan yang berada di dalam kawasan C180 sepatutnya diseliakan oleh pihak pengurusan C180 jika pemilik lot-lot kedai/pejabat di bangunan C180 dikenakan management fee. Pn. Poon Ai Phin
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Maklumat
18 22/5/2017 3297 Pn. Nur Ain binti Kamruddin  Cebisan kaki lipas di makanan 8/6/2017

Hasil semakan pada 3 Jun 2017 mendapati tahap kebersihan premis Taiwan House Restaurant di Pusat Membeli Belah Ampang Point berada dalam keadaan kurang memuakan. Pemilik premis telah diberi notis arahan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan kadar segera.

Pemantauan susulan selepas tempoh 14 hari akan dijalankan dan tindakan menarik semula lesen premis akan dibuat jika premis gagal membuat tindakan penambahbaikan segera.

Drs. Sarodin bin Hj Shahri
Pengarah
Jabatan Kesihatan, Alam Sekitar dan Penjaja

19 4/6/2017 3350 Pn. Junaidah binti Abu Samah Banyak kucing terbiar di kawasan rumah saya dan jiran tidak menjaga kebersihan kawasan rumah, bau najis kucing di tepi tangga, bumbung dan depan rumah 5/7/2017 Pada 15 Jun 2017, unit kawalan pest Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar telah menjalankan siasatan dan kawalan tikus di sekitar kawasan yang diadu dan telah menangkap seekor kucing. Pada 17 Jun 2017, tindakan susulan dijalankan namum tiada kucing yang berjaya ditangkap.

En. Azli Syam bin Mohd Anuar

Ketua Unit Kawalan Pest

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

20 8/6/2017 3352 Pn. Nur Afeza binti Jaafar Adakah membina rumah di atas tanah sendiri tidak perlu mendapatkan CCC dari PBT? 9/6/2017

Certificate of Completion and Compliance (CCC) telah dikuatkuasakan oleh semua PBT di S. Malaysia bermula pada April 2007. Penguatkuasaan CCC adalah terhadap semua jenis pembangunan. Tiada pengecualian terhadap CCC bagi bangunan-bangunan baru yang mana Pelan Bangunan dikemukakan kepada PBT selepas dari April 2007. CCC dikeluarkan oleh PSP iaitu orang utama yang mengemukakan Pelan yang perlu dilantik oleh Pemilik Bangunan. CCC tidak dikeluarkan oleh PBT. Sehubungan dengan itu, tiada pengecualian CCC walaupun dibina di atas tanah sendiri dan dalam kawasan kampung.

Ada kawasan yang diklasifikasikan di luar kawasan operasi PBT tetapi selaras Seksyen 5, Akta 172 (Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976) bagi mana-mana kawasan dalam Negeri yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana PBT, Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Negeri hendaklah menjadi PBT. Segala urusan berkaitan perancangan perlu dirujuk kepada JPBD Negeri.

Pn. Zuri na binti Elyas
Perunding
Bahagian Perundingan Kawalan Pemajuan, JKT
21 11/6/2017 3354 Pn. Wan Zainura binti Wan Ibrahim Adakah setiap pembeli rumah perlu diberikan Sijil Perakuan Siap untuk simpanan semasa proses serah kunci? Pemaju tidak menyerahkan sijil tersebut semasa proses penyerahan kunci. 14/6/2017 Selaras Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118) (Jadual G Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan - Kawalan dan Perlesenan 1989: Perjanjian Jual dan Beli (Tanah dan Bangunan) Perkara 23 dan Jadual H (Bangunan Atau Tanah yang dihasratkan supaya dipecah bahagi kepada petak) Perkara 26 penyerahan pemilikan kosong oleh penjual hendaklah disokong oleh suatu perakuan siap dan pematuhan. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak puan menerima pemilikan kosong tanpa suatu perakuan siap dan pematuhan daripada penjual, adalah menjadi kesalahan di bawah perkara 13, peraturan-peratran pemajuan perumahan (kawalan dan perlesenan) 1989, Akta 118 dan Penjual boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada 20 ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya. Pn. Zuri na binti Elyas
Perunding
Bahagian Perundingan Kawalan Pemajuan, JKT
22 28/6/2017 3249-15 En. Shane Tan Gangguan bunyi bising 28/6/2017

Aktiviiti bising yang mengganggu ketenteraman awam secara umumnya bawah kategori masalah kacau ganggu. Seksyen 80 Akta Kerajaan Tempatan 1976 memperuntukkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah mengambil langkah-langkah bagi menghapuskan kacau ganggu sama ada premis awam atau premis persendirian dan PBT boleh mengambil tindakan undang-undang serta mendapatkan ganti rugi. PBT juga merupakan agensi yang berkuasa meluluskan permohonan penubuhan taska berdasarkan Garis Panduan Perancangan Penubuhan Tadika dan Taska.

Jesteru, disarankan untuk membuat aduan terus kepada PBT yang berkaitan (Majlis Perbandaran Seremban).

En. Ahmad Mustafa Kamal bin Salim

Penolong Pengarah

Bahagian Dasar dan Pengurusan Strategik

23 12/7/2017 3251-15 En. Adnan bin Mat Jusoh Sijil Menduduki (CF) 17/7/2017

Selaras peruntukan di bawah UKBS 1984, pengeluaran Perakuan Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation -CFO) untuk sesebuah bangunan yang telah siap dibina, yang mengesahkan bahawa bangunan tersebut layak diduduki, dikeluarkan oleh PBT. Pengeluaran CF tersebut adalah tertakluk kepada permohonan diterima dari pemohon iaitu para profesional mengemukakan Borang E kepada PBT.

Mulai 12 April 2007, kerajaan telah menguatkuasakan Sistem Pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance – CCC) yang dikeluarkan oleh para profesional menggantikan pengeluaran CF yang dahulunya oleh PBT. Kaedah baru ini adalah satu usaha ke arah pendekatan self regulation dan self certification. Sistem CCC terpakai ke atas projek-projek pemajuan di mana pelan bangunannya dikemukakan kepada PBT mulai 12 April 2007. Projek-projek di mana pelan bangunannya telah dikemukakan dan diluluskan sebelum tarikh tersebut, masih lagi tertakluk di bawah sistem CF.

Bagi perkara ini, pihak tuan perlu mengetahui samada rumah pihak tuan jatuh kepada CF ataupun CCC. Sekiranya rumah tuan jatuh dalam sistem CF, pihak tuan perlu melantik perunding untuk mengemukakan permohonan mendapatkan CF menggunakan Borang E kepada PBT. Borang E tersebut tidak perlu dikepilkan bersekali dengan pelan bangunan yang telah diluluskan tetapi hanya memadai menyatakan nombor kelulusan pelan bangunan tersebut. Dalam tempoh 14 hari dari tarikh Borang E dikemukakan, CF hendaklah dikeluarkan, dan sekiranya gagal, permohonan hendaklah dianggap telah diluluskan dan CF telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, sekiranya rumah tuan jatuh dalam sistem CCC, pihak tuan perlu melantik perunding untuk mengisi dan memperaku Borang G1-G21 (Perakuan Berperingkat) serta memperakukan Borang F (CCC) bahawa beliau telah mengawasi pembinaan dan penyiapan bangunan tersebut. Perunding Arkitek tersebut juga dikehendaki dalam tempoh 14 hari dari pengeluaran CCC mengemukakan sesalinan borang F dan Borang G kepada PBT.

Seelok-eloknya pihak tuan melantik perunding asal projek perumahan tuan bagi memudahkan urusan.

Pn. Ezza Atieqah

Perunding
Bahagian Perundingan Kawalan Pemajuan, JKT

 

24 12/8/2017 3256-15 En. Mohd Zuraidee bin Abdul Ghani Tandas awam tidak berfungsi 18/8/2017 Hasil pemeriksaan pegawai Majlis pada 17/8/2017 mendapati aduan berasas tandas yang diadu beroperasi pada pukul 2.00 petang hingga 10.00 malam kerana masalah kekurangan anggota untuk menjaga tandas. Walau bagaimanapun, tindakan teguran telah dilaksanakan ke atas pemajak yang terlibat supaya lebih prehatin dan bertanggungjawab agar perkara tersebut tidak berulang lagi.

Pn. Noorhayati binti Abdul Rahim

Pegawai Tadbir

Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran

Majlis Perbandaran Manjung

ARKIB ADUAN JKT 2016 (Ogos - Dis)


Aduan yang diarkibkan adalah aduan-aduan yang diselesaikan oleh pegawai JKT sendiri atau mempunyai nilai untuk diarkibkan.
 

Bil. Tarikh Aduan Sumber Aduan Nama
Pengadu
Aduan/ Pertanyaan Tarikh Selesai Penyelesaian Diselenggara oleh
41 4/8/2016 3143 En. David Heng Follow up of meeting with Mustafa Kamal on 19 July 2016 7/9/2016 Untuk makluman, tindakan terkini terhadap aduan kes David Heng adalah seperti berikut:
 
i) Isu penyata akaun
      - pihak MC telah kemukakan penyata akaun bertarikh 01 Julai 2016 kepada David Heng.
Wakil kepada David Heng, iaitu Stella Pang melalui email kepada pihak ejen pengurusan
pada 26 Ogos 2016 telah membuat kuiri berkaitan penyata tersebut dengan menyatakan terdapat bayaran yang telah dibuat pada akhir tahun 2015 tetapi tidak ditolak dari penyata.
      - Isu ini adalah melibatkan isu  penyerahan rekod oleh David Heng (bekas Pengerusi MC 2014/2015) kepada MC yang sekarang dimana MC yang lama belum membuat penyerahan semua rekod kepada MC yang baru. Perkara ini telah difailkan di Tribunal dan pendegaran telah dibuat pada 22 Ogos 2016. Walau bagaimanapun, David Heng tidak hadir. Tribunal akan keluarkan tarikh perbicaraan kes yang baru berkaitan isu penyerahan ini.
     - Oleh itu, pihak COB akan menunggu keputusan Tribunal dahulu sebelum tindakan selanjutnya dapat diambil.

ii) Isu kebocoran bumbung
   - Satu perjumpaan diadakan pada 06.09.2016 bertempat di Bayu Emas jam 2.00 petang antara pihak COB, ejen pengurusan, peguam David Heng dan pihak kontraktor.
    - Peguam David Heng telah menyatakan David bersetuju untuk membuat pembaikan tersebut. Walau bagaimanapun pihak COB meminta supaya pihak peguam dapat sediakan surat dan dihantar kepada pihak MC dan COB berkaitan perkara ini. Ini bertujuan sebagai rekod bagi mengelakan sebarang masalah pada masa hadapan. Perkara ini telah dipersetujui dan pihak peguam David Heng akan sediakan surat tersebut dengan segera.
Sr Nik Ariff bin Long Dir
Pengarah Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
42 9/8/2016 0907 Pn. Linda May i know the procedures on burial exhumation as it is my friend's wish to reunite his dead paretns together in one burial site? 12/8/2016 According to Local Government Act 1976, (Act 171) under Exhumation of corpses (97) specify as follows:

No person shall within the  local authority area exhume any corpse of the remains of any corpse otherwise order of a Magistrate's Court for the purpose of a judicial enquiry or under a license granted by the local authority autorizing such exhumation and after payment to the local authority of such fee as may be determined by the local authority with the approval of the state authority. However, if cause of death was an infectious disease and corpse has been buried for less than five years, no license shall be granted.
Cik Sheela A/P Samivellu
Ketua Penolong Pengarah, JKT
43 17/8/2016 e-mel Pn. Nurul Syahirah Saya mohon pencerahan bagi waktu sebenar perjalanan kenderaan berat di kawasan Sungai Lembu, Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang 17/8/2016 Mohon panjangkan aduan/pertanyaan puan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan, pihak Jabatan tidak terlibat dalam urusan kawalan trafik. Cik Sheela A/P Samivellu
Ketua Penolong Pengarah, JKT
44 18/8/2016 3145 Pn. Nur Atikah binti Zainal Abidin Mohon pencerahan dan maklum balas di peringkat JKT berkaitan penambahan daerah Mu'alim, Perak dan daerah Kuala Nerus, Terengganu. Adakah pewujudan PBT telah dibuat di daerah tersebut. 8/9/2016 Dimaklumkan bahawa Daerah Mua'lim di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tanjung Malim dan Daerah Kuala Nerus di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. En. Ahmad Mustafa Kamal bin Dato' Haji Salim
Penolong Pengarah
Bahagian Dasar & Pengurusan Strategik, JKT
45 22/8/2016 3146 Pn. Zuraidah bin Noorazmi Suami saya telah membeli rumah di bawah pinjaman perumahan kerajaan di alamat surat menyurat tersebut pada tahun 2012. Pada tahun 2014, rumah tersebut sudah siap sepenuhnya.

Kami sudah menduduki rumah tersebut kerana pemotongan gaji telah dibuat. Masalah yang dihadapi sehingga kini, kami masih belum mendapat CCC atau CF rumah tersebut. Bagaimana cara untuk saya menyelesaikan masalah ini?
22/8/2016 Langkah pertama adalah untuk pihak puan dapatkan kepastian dari Bahagian Bangunan MBKB samada projek ini berada di bawah sistem CFO atau CCC. Jika CFO maka MPKB boleh membantu menerangkan prosedur yang perlu dilakukan untuk pengeluaran CFO. Jika CCC maka aduan atau pertanyaan adalah wajar ditujukan kepada pihak pemaju dan arkitek projek berkenaan.

MPKB juga boleh membantu dalam berkongsi maklumat mengenai pemaju dan arkitek projek. Sebagai pembeli pihak puan ada hak untuk mendapatkan penjelasan berkaitan ketiadaan CFO atau CCC tersebut. Dalam mana-mana keadaan pun sepatutnya CFO atau CCC diserahkan terlebih dahulu kepada pembeli sebelum rumah boleh diduduki.
Pn. Aminah binti Abd Rahman
Ketua Perunding
Kawalan Kemajuan
46 23/8/2016 3154 En. Mohd Irwan bin Mohd Nizam Aduan berkenaan sampah di Apartment Residensi Warnasari 2, Pelangi Seri Alam 25/8/2016 Untuk makluman tuan, walaupun cukai taksiran kawasan kediaman tuan sudah dikutip oleh pihak Majlis, pengurusan kutipan sampah masih lagi diuruskan oleh pihak pemaju kerana mereka belum menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Join Mangement Body (JMB) bagi Residensi Warnasari 2.

Pemaju diberikan tempoh oleh undang-undang selama 12 bulan dari tarikh CCC dikeluarkan untuk menubuhkan JMB. Bagi kejiranan Warnasari 2, CCC dikeluarkan pada 14 September 2015. Pihak Majlis sudah mengeluarkan notis kepada pemaju supaya berbuat demikian.

Selagi mereka belum menubuhkan JMB di kejiranan itu, mereka perlu menguruskan sendiri semua urusan berkaitan kebersihan dan keselamatan kawasan itu.

Kutipan cukai taksiran yang dibuat oleh Majlis tidak melepaskan tanggungjawab pemaju untuk terus melaksanakan perkara-perkara yang mesti mereka lakukan sebelum tertubuhnya JMB.

Benarlah pada waktu ini urusan kebersihan dan pungutan sampah dilakukan oleh agen pengurusan yang dilantik oleh pemaju. Pembeli-pembeli unit kediaman di Residensi Warnasari berhak untuk meminta agen pengurusan yang dilantik oleh pemaju untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna.

Pihak Majlis akan campur tangan dengan memberikan peringatan kepada pemaju supaya menjaga hak dan kebajikan pembeli seperti yang ditentukan oleh undang-undang.

Pihak kami akan memantau supaya kualiti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal domestik yang diterima oleh kejiranan tuan setanding dengan apa yang diberikan oleh kontraktor kami di kejiranan lain iaitu kutipan sampah dari kebuk sampah perlu dilakukan dengan kekerapan 3 kali seminggu.
Mohammed Zakir Husin bin Mohammed Zahid
Pengarah,
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam,
Majlis Daerah Kuala Selangor
47 23/8/2016 3155 Pn. Mardziah binti Ramli Kepada siapakah saya perlu mengadu mengenai masalah lalat dari ladang ayam di kawasan kampung saya? 25/8/2016 Pihak puan boleh membuat aduan berkenaan kacau ganggu tersebut kepada pihak Majlis Daerah Manjung sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab atas kawasan Beruas, Perak. Untuk makluman puan, seksyen 80, 81 Akta 71 memperuntukkan PBT untuk mengambil langkah-langkah bagi menghapuskan kacau ganggu sama ada di premis awam atau premis persendirian. En. Ahmad Mustafa Kamal bin Dato' Haji Salim
Penolong Pengarah
Bahagian Dasar & Pengurusan Strategik, JKT
48 24/8/2016 3156 Pn. Rahila binti Anang Berahim Bagaimana untuk memohon sijil PKA? Pihak JPA mencadangkan saya bertanya dengan Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan. Ini adalah kerana dua staf baru PKA tidak mempunyai sijil PKA semasa dilantik. Mohon pencerahan lanjut tentang prosedur dan cara memohon. 29/8/2016 Bagi memohon sijil PKA:
1. pihak PBT perlu mendapatkan perlantikan dengan kelonggaran bersyarat dariapda pihak JPA
2. setelah diluluskan perlantikan sebagai PKA dengan kelonggaran bersyarat tersebut, kemukakan senarai nama PKA itu kepada Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan
3. seterusnya pihak kami akan memaklumkan kepada pihak pengambilan kursus PKA di Kementerian Kesihatan Malaysia
4. seterusnya, pihak KKM akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan kemasukan PKA dari PBT ke Institusi latihan PKA di KKM. Ini dilaksanakan 2 kali setahun mengikut sesi pengambilan pelajar iaitu pengambilan Januari dan Julai
5. mereka akan menjalani latihan selama 2 tahun yang dijalankan di institusi KKM
6. pihak PBT perlu membayar gaji penuh termasuk elaun yang berkenaan kepada pelatih PKA tersebut mengikut pekeliling perbendaharaan
7. mereka wajib lulus dalam kursus ini bagi melayakkan mereka mendapat sijil PKA dan seterusnya untuk disahkan dalam jawatan. Jika tidak lulus, tiada sijil diberikan.
Dr. Hasnah binti Bibon
Ketua Perunding Bahagian Perundingan Kesihatan Persekitaran, JKT
49 26/8/2016 3161 En. Mohd Ubaidillah bin Mohamad Saya ada membeli sebuah rumah lot banglo atas nama perseorangan. Rumah tersebut telah dibina oleh syarikat perumahan suami penama tersebut. Malangnya sampai hari ini saya masih belum mendapat CCC dari pemaju tersebut. Apa tindakan yang boleh saya buat untuk mendapatkan CCC 28/8/2016 Soalan bertulis boleh diajukan kepada Arkitek bagi projek tersebut dan salinkan kepada pemaju projek. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta 133 bagi mana-mana orang yang menduduki rumah atau orang yang menyebabkan rumah diduduki tanpa CCC. Pn. Aminah binti Abd Rahman
Ketua Perunding
Kawalan Kemajuan
50 26/8/2016 3165 En. David Heng Zero response from COB Penang 7/9/2016 Untuk makluman, tindakan terkini terhadap aduan kes David Heng adalah seperti berikut:
 
i) Isu penyata akaun
      - pihak MC telah kemukakan penyata akaun bertarikh 01 Julai 2016 kepada David Heng.
Wakil kepada David Heng, iaitu Stella Pang melalui email kepada pihak ejen pengurusan
pada 26 Ogos 2016 telah membuat kuiri berkaitan penyata tersebut dengan menyatakan terdapat bayaran yang telah dibuat pada akhir tahun 2015 tetapi tidak ditolak dari penyata.
      - Isu ini adalah melibatkan isu  penyerahan rekod oleh David Heng (bekas Pengerusi MC 2014/2015) kepada MC yang sekarang dimana MC yang lama belum membuat penyerahan semua rekod kepada MC yang baru. Perkara ini telah difailkan di Tribunal dan pendegaran telah dibuat pada 22 Ogos 2016. Walau bagaimanapun, David Heng tidak hadir. Tribunal akan keluarkan tarikh perbicaraan kes yang baru berkaitan isu penyerahan ini.
     - Oleh itu, pihak COB akan menunggu keputusan Tribunal dahulu sebelum tindakan selanjutnya dapat diambil.
 
ii) Isu kebocoran bumbung
   - Satu perjumpaan diadakan pada 06.09.2016 bertempat di Bayu Emas jam 2.00 petang antara pihak COB, ejen pengurusan, peguam David Heng dan pihak kontraktor.
    - Peguam David Heng telah menyatakan David bersetuju untuk membuat pembaikan tersebut. Walau bagaimanapun pihak COB meminta supaya pihak peguam dapat sediakan surat dan dihantar kepada pihak MC dan COB berkaitan perkara ini. Ini bertujuan sebagai rekod bagi mengelakan sebarang masalah pada masa hadapan. Perkara ini telah dipersetujui dan pihak peguam David Heng akan sediakan surat tersebut dengan segera.
Sr Nik Ariff bin Long Dir
Pengarah Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
51 29/8/2016 3166 Cik Poon Mei Zi Jiran saya yang tinggal di tingkat atas pangsapuri saya di Kinrara Ria, Puchong mempunyai taman tumbuh-tumbuhan yang besar dan merebak ke rumah jiran. Kes ini telah dilaporkan ke Jabatan Pengurusan Pangsapuri, namun tiada perubahan. 28/9/2016 Pihak Jabatan Pesuruhjaya Bangunan telah mengeluarkan surat kepada pemilik unit dan juga MC Kinrara Ria untuk tindakan selanjutnya kerana kawasan tersebut di bawah penyenggaraan pihak MC pada 6/5/2016.

Pihak COB telah mengeluarkan surat ke-2 kepada pemilik unit B-10-14 mengenai tanaman pokok supaya menyelenggara dengan baik dan meminta pihak MC mengambil tindakan sewajarnya sekiranya penghuni tidak mematuhi arahan pada 20/5/2016.

Pihak COB telah mengeluarkan surat ke-3 keapda MC Kinrara Ria supaya mengambil tindakan dengan sewajarnya pada 6/9/2016.
Pn. Noor Sabrina binti Samsudin
Majlis Perbandaran Subang Jaya
52 10/9/2016 3178 Pn. Nur Fatihah Atap rumah kosong sebelah rumah saya telah pecah oleh ribut dan mengakibatkan air masuk dan bertakung. 11/11/2016 Siasatan telah dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Masyarakat dan Perbandaran, MPT pada 22/9/2016 dan mendapati rumah tersebut tidak berpenghuni. MPT telah mengambil tindakan dengan melakukan penyemburan 'abate' di sekitar luar rumah kerana pagar depan dan belakang rumah tersebut berkunci. Pn. Kamisah binti Zainal Affuad
Bahagian Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Temerloh
53 14/9/2016 3179 En. Hafez bin Amazah Apakah syarat atau undang-undang yang diguna pakai cara meletak kenderaan dalam taman perumahan? 21/9/2016 Perancangan suatu perumahan perlu berpandukan kepada Garis  Panduan Perancangan Perumahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa manakala bagi sesuatu taman perlu mematuhi Undang-undang Kecil Taman Pihak Berkuasa Tempatan. En. Ahmad Mustafa Kamal bin Salim
Bahagian Dasar dan Pengurusan Strategik, JKT
54 19/9/2016 e-mel Pn. Wan Sok Yen Saya sebagai pemilik kedai menghadapi masalah lalulintas di Jalan Puteri 4/8 sejak 2014. Aduan telah diadu kepada MPSJ mengenai isu kereta letak di petak letak kereta tanpa bayaran dan kereta diletak merata-rata tempat di luar petak kereta sehingga menghalang lalulintas tetapi tiada tindakan MPSJ 25/10/2016
Hasil siasatan pada 7/10/2016 dan 19/10/2016 mendapati kawasan ini merupakan kawasan komersial baru dan kurang dikunjungi orang awam. Permasalahan ini tiada kaitan dengan pemasalahan lalulintas di lokasi tersebut.

Masalah kenderaan yang meletakkan kenderaan secara berlapis tidaklah kritikal memandangkan jalan di lokasi tersebut mempunyai keluasan jalan yang agak lebar dan tidak mendatangkan permasalahan kepada pengguna jalan raya. Sepanjang Januari hingga 5 Oktober 2016, 1665 Notis Tawaran Kompaun serta 30 tundaan di kawasan Bandar Puteri 4, Puchong telah dikeluarkan oleh Majlis.
 
Isu pemasangan mesin bayar dan peraga di lokasi tersebut baru diwartakan dan pemasangan tersebut dijangka akan dilakukan di Fasa Ketiga.

Pihak Majlis turut melawat lokasi pengadu bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi dan mendapati premis yang dinyatakan pengadu tutup dan tidak beroperasi. Semakan Majlis mendapati premis tersebut pernah mempunyai lesen sementara tetapi gagal mendapatkan lesen penuh perniagaan kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak Majlis.
Pn. Noor Sabrina binti Samsudin
Majlis Perbandaran Subang Jaya
55 26/9/2016 3186 En. Ahmad Fauzi bin Mohd Noordin On behalf of PNB Development Sdn Bhd, we would like to be brief further on mandatory installation of mosquito trap 8/11/2016 Bahagian Perundingan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan sedang mendapatkan ulasan daripada pihak berkepentingan iaitu Universiti Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung dengan kesesuaian pemasangan alat ini di tapak-tapak bina oleh pemaju perumahan. Dr. Hasnah binti Bibon
Ketua Perunding Kesihatan Persekitaran
56 27/9/2016 3187 Pn. Hew Li Huang Oleh sebab kolam renang di kondo yang saya tinggal tidak bersih, saya harap dapat garispanduan penyelenggaraan kolam renang supaya dapat hantar kepada Badan Pengurusan Kondo. 23/11/2016 Untuk makluman puan, garis panduan Pengurusan dan Penyenggaraan Kolam Renang masih belum mendapat kelulusan untuk digunapakai di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Status bagi garis panduan ini adalah sedang menunggu untuk dibentangkan di peringkat Kementerian dan selanjutnya dibentangkan di Mesyaurat Negara dan Kerajaan Tempatan (MNKT) bagi kelulusan. Pn. Norazlina binti Rozali
Perunding
Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum
57 29/9/2016 3189 En. Mohd Saharudin bin Abuludin Mohon ada tindakan jangka panjang bagi masalah longkan dipenuhi sampah di kawasan perumahan Taman Bahagia, Temerloh 6/12/2016 Kerja-kerja pembersihan longkan besar tersebut telah dilakukan pada 11-18 September 2016. En. Lee Yoke Tham
Ketua Jabatan
Khidmat Masyarakat dan Perbadanan
Majlis Perbandaran Temerloh
58 2/10/2016 Portal e-Home Pn. Ho Bei Le Saya ingin membuat aduan tentang pokok yang terlebih tinggi dan bahaya di depan rumah saya. Ketinggian pokok ini telah melebihi tiang elektrik dan bumbung rumah. 10/10/2016 Hasil siasatan dan semakan telah dibuat dan mendapati 1 nos pokok jenis 'Tower Tree'. Ianya di luar bidang kuasa Jabatan Landskap dan Rekreasi, MP Kajang kerana pokok tersebut ditanam oleh penduduk. Pihak Majlis tidak menyelenggara pokok-pokok yang ditanam oleh penduduk, pokok-pokok yang bukan ditanam oleh pihak Majlis dan pokok-pokok buah. En. Kamarul Izlan bin Sulaiman
Majlis Perbandaran Kajang
59 3/10/2016 0908 En. Wong Wee Soo I have receive a notice from teh developer to acknowledge teh receipt of the CCC of my new house but later found out that water and electrical supply from TNB and SAINS have not been connected and went to clarify with the developer. i was told that CCC can be issued without the supply of water and electricity as long as it has been certified by the architect that the premises supply is ready for connection. i would like to know is it true in CCC guidelines, the developer will have no obligation to ensure there supply of water and electricity to the premises? 27/2/2017 The responsiblity of the developer is to ensure that all the G Forms (G1-G21) and F Form are in order according to the laws (Act 133 and UBBL 1984 (amendment 2007). They are also responsible to makesure that the said project are ready for connection which means the infrastructure for the water and electrical supply are constructed according to the approved plan by the Authorities. Meanwhile teh utilities provider (TNB and SYABAS or other water authority) are responsible to makesure the water and electrical supply are ready for the project or building as per demand when all the necessary fees have been paid by building owners. Pn. Zurina binti Elyas
Perunding
Bahagian Perundingan Kawalan Pemajuan, JKT
60 11/10/2016 0910 En. Tee Ah Soon My current project contained of podium and 3 residential tower and the completion date for each tower is different. may i know whether i can apply the CC for 3 towers respectively or there is only one CCC issued for 3 towers 27/2/2017 Each block can have its own CCC but at the early stage of submission (planning permission and building plan), the developer/PSP of the project must declare that the project are based on phases development. Hence there are several CCC for the whole project base of number of phases. Pn. Zurina binti Elyas
Perunding
Bahagian Perundingan Kawalan Pemajuan, JKT
61 14/10/2016 e-mel En. Rambanda Herath 1. Kereta saya telah dikompaun dan ditarik perondo MPSJ walaupun meletak di bawak pokok-pokok yang tiada 'garis kuning' dan langsung tidak menghalang lalu lintas.

2. Setiap hari, banyak kereta besar serta kecil pakir secara haram di depan sekolah Internaional Sri Sedaya, Subang Jaya tetapi pihak MPSJ tidak berbuat apa-apa

3. Di Bandar Sunway, selalu berlaku kesesakan lalulintas dan banyak kereta pakir secara 'double parking' tetapi tiada tindakan daripada MPSJ
25/10/2016 Hasil siasatan mendapati pihak pengadu telah melakukan kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak (MPSJ) 2007) di atas kesalahan meletak kenderaan di tempat bukan letak kereta. Kenderaan pengadu telah ditunda dan satu Notis Tawaran Kompaun telah dikeluarkan kepada pengadu pada 12/10/2016 mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Semakan lanjut Majlis mendapati pihak pengadu telah mejelaskan kompaun yang dikenakan.

Kesesakan lalulintas di Sekolah International Sri Sedaya adalah bersifat sementara di mana kesesakan berlaku kerana ibu bapa ingin menghantar dan mengambil anak mereka dari sekolah. Pihak MPSJ dan Polis turut membantu di dalam usaha penyuraian kesesakan lalu lintas dari masa ke semasa di lokasi tersebut.

Bagi isu kesesakan lulu lintas di Lebuhraya Damansara Puchong/Bandar Sunway, kesesakan tersebut tidak dapat dielakkan kerana bilangan pengguna kenderaan yang melalui jalan tersebut semakin meningkat setiap hari dan ianya di luar kawalan pihak Majlis.
Pn. Noor Sabrina binti Samsudin
Majlis Perbandaran Subang Jaya
62 17/10/2016 e-mel En. Parthiban a/l Shumugam Rumah jiran saya telah ditinggalkan oleh pemilik bertahun yang lepas dan telah menjadi semak-samun serta belukar. Aduan telah dihantar kepada Unit Kesihatan Majlis Daerah Tampin tetapi tiada tindakan diambil. 28/10/2016 Notis di bawah seksyen 74 (mengkehendaki pembersihan rumah kotor) bertarikh 17/10/2016 telah dihantar melalui pos kepada pemilik rumah Encik Wong Sze Sean.

Lawatan semula ke lokasi aduan pada 26/10/2016 mendapati premis yang diadu telah dibersihkan oleh pemilik rumah. Pemakluman status telah dimaklumkan kepada pengadu pada 26/10/2016 melalui aplikasi whatsapp.
Pn. Norliza binti Md Isa
Majlis Daerah Tampin
63 20/10/2016 0911 Pn. Sue i am renovating my house. My house plan has been approved and the roof tiles stated in the plan was red. can i change the roof tiles to another colour and does it affect during the application of teh CF? 27/2/2017 house owner just declare to the Local Authority that want to do some changes or amendment to the approved plan (roof tiles color). The changes of roof tiles color doesn't effect the issuance of CCC. Pn. Zurina binti Elyas
Perunding
Bahagian Perundingan Kawalan Pemajuan, JKT
64 24/10/2016 3211 En. Muhammad Johar bin Mohamad Mohon bantuan sekiranya PTPTN ingin mendapatkan kawasan-kawasan yang berada di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkuatkuasa. Ini berikutan berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012, penetapan bagi elaun Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk pegawai Perkhidmatan Awam adalah berdasarkan kepada kawasan-kawasan di bawah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat - Kawasan A, Kawasan B dan lain-lain kawasan. Ini juga berikutan PTPTN telah membuka cawangan di seluruh Malaysia dan pihak PTPTN sukar untuk menetapkan elaun BSH yang berkelayakan kepada pegawai memandangkan pihak kami tidak mempunyai kepakaran dalam penetapan kawasan yang terlibat di bawah PBT yang mana 29/11/2016 merujuk kepada pertanyaan tuan, diharap pihak tuan dapat merujuk kepada data di http://www.epbt.gov.my/osc/PBT2_index.cfm?Neg=00&Taraf=0&S=2 bagi penetapan BSH yang diperlukan. Pn. Poon Ai Phin
Bahagian Pengurusan Maklumat, JKT
65 27/10/2016 3213 Pn. Jenny Tang Tiada tindakan penguatkuasaan terhadap aduan saya (No: 34564 25/5/16). Jiran membina tembok haram disempadan anjungan tempat letak kereta. Banyak notis dan kompaun yang dikeluarkan oleh Majlis tetapi tembok tidak diroboh semula oleh jiran. 28/2/2017 Beberapa aduan telah diterima oleh pihak Majlis berkaitan aduan ubahsuai tembok pagar perantaraan yang dijalankan oleh pemilik rumah no 75 dna pihak Majlis telah menjalankan beberapa sesi perbincangan yang diwakili Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan, Penolong Pegawai Senibina dan pemilik rumah no 75 bagi mendapatkan penyelesaian.

Pada 22 Februari 2017, perbincangan telah dijalankan di antara pengadu, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan dan Penolong Pegawai Senibina bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil sendiri oleh pemilik rumah no 75 bagi membantu menyelesaikan aduan yang berbangkit.
En. Ismail bin Ngajeri
Penolong Pegawai Senibina
Jabatan Kawalan Bangunan
Majlis Perbandaran Sepang
66 19/11/2016 3224 En. Syahruddin bin Mustafa Bagaimana caranya untuk memohon meletakkan bangunan sementara iaitu kabin bersaiz 20'x10' di taman permainan kanak-kanak untuk kegunaan pentadbiran ahli jawatankuasa persatuan? 30/11/2016 Permohonan TOL adalah dibawah Pejabat Tanah Daerah Klang (PTD Klang). 

Di bawah Seksyen 65 KanunTanah Negara

Suatu kebenaran dalam bentuk lesen yang bersifat sementara diberikan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pihak yang diberikan kuasa untuk suatu tujuan yang telah dikhaskan di mana tanpanya seseorang itu akan dianggap sebagai penceroboh dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON
  1. Warganegara Malaysia selain remaja
  2. Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan masing-masing memegang tanah
  3. Raja-raja memerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa memegang tanah di bawah Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957
  4. Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang-undang bertulis masing-masing
     
BAGAIMANA MEMOHON
  1. Dibuat melalui Pentadbir Tanah
  2. Dibuat oleh Pemilik Tanah Sendiri
  3. Permohonan hendaklah disertakan dengan segala dokumen yang berkaitan.
CARA MEMOHON
  1. Permohonan dibuat oleh pemohon melalui Pejabat Tanah Daerah, pemohon perlu membeli pelan untuk kawasan yang dipohon
  2. Pemohon perlu mengisi borang LPS di Pejabat Tanah DaerahBorang yang telah lengkap diisi perlu dikemukan semula ke Pejabat Tanah Daerah beserta dokumen berikut:
  • salinan kad pengenalan pemohon
  • 2 salinan Pelan Lokasi / kedudukan tanah
  • 1 salinan Lesen Pendudukan Sementara ( jika ada )
FI PERMOHONAN
  • Kadar bayaran permohonan akan dikenakan di Pejabat Tanah Daerah
KADAR PREMIUM YANG DIKENAKAN
  • Mengikut Kaedah Tanah Selangor
KUASA MELULUSKAN
  • Pihak Berkuasa Negeri
Sehubungan itu, mohon hubungi PTD Klang bagi ulasan lebih lanjut di talian 03 - 33711963 berkenaan syarat terkini bagi permohonan TOL.
Pn. Aziana binti Idris
Unit Aduan
Majlis Perbandaran Klang
67 6/12/2016 3229 Cik Fara Fina binti Fakhrul Mohon pelan perancangan JKT tahun 2017 14/12/2016 Pelan Strategik JKT dirangka untuk tempoh 5 tahun. Pelan Strategik JKT sebelum ini adalah dari tahun 2010 – 2015. Bagi Pelan Strategik JKT 2016 – 2020, ianya sedang dalam peringkat akhir kajian semula (revised) dan dijangka akan dapat diakses atau dicapai sebelum pertengahan tahun 2017. En. Ahmad Yusri Bin Yaacob
Bahagian Dasar & Pengurusan Strategik, JKT
68 7/12/2016 e-mel Cik Satila I would like to know if your department provide UBBL latest version book for sale? I can;t find at nearby Popular Book Store (Seberang Prai area) 7/12/2016 So far there is no Government Agency in Malaysia that is allowed to publish any book for the purpose of selling for profit. Kindly refer to MPH online or Borders online if the book is not available at Seberang Prai Popular Book Store. Pn. Poon Ai Phin
Bahagian Pengurusan Maklumat, JKT
69 19/12/2016 3235 En. Nor Azrin Izuan bin Mohamad Adakah pemasangan jeriji keselamatan pada pintu dan tingkat untuk rumah baru perlu mendapat kebenaran atau kelulusan daripada pbt 22/12/2016 Pemasangan jeriji keselamatan di rumah memerlukan permit pembinaan kecil dan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Ini kerana kerja-kerja pemasangan jeriji keselamatan melibatkan kerja-kerja pembinaan kecil di tapak. Ini adalah selaras dengan Garis Panduan Pengeluaran Permit Kerja Ubah Suai yang dikeluarkan oleh JKT En. Ahmad Mustafa Kamal bin Salim
Bahagian Dasar dan Pengurusan Strategik, JKT

ARKIB ADUAN JKT 2016 (Jan - Jul)


Aduan yang diarkibkan adalah aduan-aduan yang diselesaikan oleh pegawai JKT sendiri atau mempunyai nilai untuk diarkibkan.
 

Bil. Tarikh Aduan Sumber Aduan Nama
Pengadu
Aduan/ Pertanyaan Tarikh Selesai Penyelesaian Diselenggara oleh
1 15/1/2016 3002 En. Muhammad Fadhlan bin Marzukhi Adakah  benar sekiranya projek premis kerajaan yang direkabina dan diselia pembinaan oleh pihak JKR (tanpa campurtangan perunding) tidak perlu mendapatkan Sijil Kelayakan Menduduki daripada Pihak Berkuasa Tempatan? Adakah mana-mana pekeliling yang boleh mengesahkan kenyataan ini? 15/1/2016 Projek-projek kerajaan persekutuan dikecualikan dari Perakuan Siap dan Pematuhan atau Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) selaras pekeliling kementerian tahun 1995 dan 1999 yg bertajuk Peraturan Membina Bangunan Kerajaan Persekutuan Dalam Kawasan PBT. Pekeliling boleh dimuat turun dari laman sesawang Jabatan Kerajaan Tempatan. Pn. Aminah binti Abd Rahman
Ketua Perunding
Kawalan Kemajuan
2 21/1/2016 3005 Pn. Rahana binti Abdullah Kenaikan lesen/permit perniagaan yang tidak munasabah 16/2/2016 Fi lesen yang dikenakan adalah berdasarkan kepada penetapan yang telah diwartakan di dalam peruntukan undang-undang kecil. Pelesenan, tred, perniagaan dan perindustrian (Majlis Perbandaran Selayang) 2007. Fi lesen ini dikenakan bagi tempoh 1 tahun yang akan tamat pada 31 Disember tahun semasa. Bahagian Pengaduan Awam
Jabatan Korporat
Majlis Perbandaran Selayang
3 26/1/2016 e-mel Cik funky_fisha 1. Saya ingin bertanya sama ada perlantikan PKA skim khidmat singkat akan diteruskan setiap tahun atau tahun ini sahaja
2. Sekiranya ingin sambung belajar PKA, bagaimana syarat perlantikan dan permohonan yang ingin dibuat?
3/2/2016 1. Pelantikan Contract For Service PKA hanya dibuat sekali iaitu pada tahun 2009 di bawah Pakej Rancangan Ekonomi Kedua, walau bagaimanapun penyambungan Kontrak PKA setiap tahun adalah tertakluk kepada keputusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan
2. Tidak berkaitan.
Pn. Siti Noorhafzan binti Ahmad Zaki
Bahagian Khidmat Pengurusan
4 30/1/2016 3006 En. Mohd Muzani bin Mukhtar Terdapat banyak banner, bunting dan iklan haram di Ipoh 23/2/2017 Iklan-iklan yang tiada kelulusan atau menyalahi peraturan sedia ada, tindakan menurun iklan-iklan tersebut akan dilaksanakan. Sebanyak 78,645 dengan purata bulanan sebanyak 730 tawaran kompaun dengan denda sebanyak RM 142,800.00 dari bulan Januari hingga Disember 2016 telah dikeluarkan. Untuk perhatian pengadu, mana-mana permohonan iklan akan ditolak jika permohonan tersebut tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan berdasarkan Undang-undang Kecil Iklan MBI 2013. En. Mohd Zakuan bin Hj. Zakaria
Setiausaha Bandaraya Ipoh
5 10/2/2016 e-mel En. Muhd Niezam Permohonan bantuan kewangan pengajian Ijazah Sarjana Muda 25/2/2016 Setakat ini, JKT tidak pernah menawarkan apa-apa bentuk biasiswa pengajian kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, mohon untuk merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk tujuan tersebut. Pn. Poon Ai Phin
Bahagian Pengurusan Maklumat
6 11/2/2016 3010 En. Ahmad Asmawi bin Abd Rahman 1. di manakah urusan penyelesaian pinjaman/pembiayaan perumahan boleh dilakukan di negeri Perak?
2. setelah pembayaran penuh/penyelesaian penuh dibuat, berapa lamakah proses pemulangan geran tanah, borang melepas gadai 16N dan pendua gadaian akan diserahkan kepada pemilik?
3. adkah pihak kementerian menyediakan/melaksanakan borang melepas gadai 16N dengan selengkapnya termasuk penyaksian tandatangan sebelum diserahakan kepada pemilik atau pemilik perlu menyediakan borang 16N untuk disempernakan oleh kementerian sebelum pendaftaran dilakukan di pejabat tanah yang berkenaan?
4. adakah rebat akan diberikan pada akaun yang belum cukup tempoh tetapi pembayaran/penyelesain awal dilakukan?
26/2/2016 Jabatan ini tiada berkaitan dengan pinjaman perumahan. Sila rujuk kepada Bahagian Pinjaman Perumahan, Putrajaya untuk penjelasan lanjut pengenai tatacara dan prosedur mengenai pertukaran nama dan pinjaman perumahan. Cik Sheela A/P Samivellu
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Dasar dan Pengurusan Strategik, JKT
 
7 15/2/2016 3011 En. Mohd Hakimi bin Mohamad Bakari Adakah pihak PBT bertanggungjawab ke atas parit dan longkang di tepi jalan raya? kerana tiada tindakan yang diambil oleh PBT untuk menguruskan longkang yang tersumbat di tempat saya 1/3/2016 Hasil siasatan pentadbiran pada 29/2/2016 jam 10.30 pagi mendapati sistem saliran longkang tersumbat adalah di Jalan FT004 (Jalan Baling/Kulim Gerik). Untuk makluman, longkang yang dimaksudkan adalah bidang kuasa JKR di bawah selian Belati Wangsa. Perkara ini telah dimaklumkan keapda JKR Baling untuk tindakan. Pejabat Daerah Baling
8 24/2/2016 e-mel Pn. Winnie Chuah 1.belakang rumah kediaman kami dibina tiada setback/tiada jarak/laluan pejalan kaki (40 kaki) terlalu hampir dengan lereng/cerun bukit yang mana telah menyebabkan boleh berlaku daun, pasir, batu dan kekotoran jatuh dari lereng/ceren bukit tersebut memasuki ke kawasan belakang rumah. cerun/bukit yang terlalu hampir dengan rumah kami - zon penampan dan tembok penahan tidak dibina untuk melindungi zon kediaman dari bencana alam atau mencegah kegelinciran tanah pada masa hadapan. cerun/lereng bukit tersebut sangat tegak 90 degree bukan granite dan di bawah kaki bukit (soft soil) sangat bahaya jika berlaku tanah runtuh.

2. apabila musim hujan, air kotor yang turun dari cerun/lereng bukit memasuki ke kawasan rumah kami seperti air terjun. Benteng dinding yang dibina di bahagian belakang rumah kami tidak mampu menahan air yang turun tersebut dan longkang kecil yang dibina bagi mengalirkan air tersebut juga tidak berfungsi disebabkan pembinaan dinding di kedua-dua rumah jiran bersebelahan kami tersebut telah menutup laluan longkang tersebut sehingga menyebabkan benteng dinding tersebut terpaksa dibuat beberapa lubang bagi mengalirkan air tersebut ke dalam longkang kecil kawasan rumah kami. Ini telah menyebabkan kawasan rumah kami menjadi kotor dan fungus. Pada hari panas dan tiada hujan, kadang-kala berlaku juga pengaliran air kotar dari bukit tersebut ke kawasan rumah kami dengan beberapa bunyi yang mengganggu suasana kami.
8/6/2016 1. Aduan ini telah diambil tindakan oleh Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawasan dan Pelesenan) 1966. Melalui Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah di Kepala Batas Pulau Pinang dimana terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh pemaju iaitu:
  • pemaju perlu menyediakan zon penampan dan tembok penahan di belakang rumahnya untuk melindungi rumah tersebut daripada kegelinciran tanah berlaku. Pihak  pemaju juga hendaklah membayar kepada pengadu sejumlah wang RM 35,800 sebagai gantirugi atau kos memperbaiki dan memperbetulkan kecacatan atau kekurangan yang telah dituntut oleh pengadu
  • pemaju iaitu Hartawan Bahagian Sdn Bhd telah menyediakan sepertimana yang telah diarahkan kepada pengadu melalui surat HBSB/JPN/VistaHill/L0127. Mengikut MPT juga, pemaju dan perunding telah kemukakan semula pelan kerja tanah mengikut keadaan 'as built'. Namun pejabat ini berpendapat bahawa berkemungkinan masalah ini masih dihadapi oleh pengadu oleh disebabkan kerja pembinaan yang masih dijalankan pada masa ini di bahagian atas bukit di belakang rumah walaupun telah dibina tembok penahan oleh pihak pemaju. Pejabat ini juga berpandangan pemaju wajar membina interceptor drain dan pagar penghadang sementara bagi mengelakkan air dan sisa binaan daripada memasuki kawasan rumah pengadu.
 
2. melalui perbincangan yang dijalankan bersama pihak MPT, pejabat ini telah dimaklumkan bahawa pembinaan rumah banglo yang dibina oleh pihak pemaju iaitu Crest Max Sdn Bhd adalah tidak dibenarkan kerana tidak memenuhi garis panduan pembangunan kawasan bukit. Pemaju juga telah diarahkan untuk memberhentikan serta merta kerja-kerja tanah termasuklah kerja-kerja pembangunan di kawasan tersebut. Surat ketidakpatuhan dan pelanggaran syarat kelulusan pelan kerja tanah ini telah dikeluarkan oleh pihak MPT pada 23 Mac 2015 (MPTpg F5/291/11/08/KM (26)).

Pihak MPT perlu membuat pemantauan terhadap pembinaan yang masih dijalankan oleh pihak pemaju tersebut walaupun telah diarahkan untuk memberhentikan serta-merta kerja tanah dan kerja-kerja pembinaan. Pihak MPT juga boleh mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) di atas kesalahannya.

Pihak MPT disyorkan supaya mengarahkan pemaju untuk membina interceptor drain dan outlet drain tanpa melalui Lot 53, supaya larian air dari bahagian atas tidak melalui Lot 53 secara khusus.
Puan Eka Kusmawati Suparmanto
Perunding
Bahagian Perundingan Kejuruteraan Awam, JKT
9 4/3/2016 e-mel En. Lee Chong Lin Tanah pertanian ayah dilanda banjir disebabkan projek perumahan di sebelah rumah. Semua tanaman pokok di kebun telah rosak dan mati mungkin akan menyebabkan kemalangan yang tidak diingini seperti tumbangan pokok kelapa akibat angin kencang dan ini akan menyebabkan kemalangan nyawa penduduk awam atau pekerja pemaju. selain itu, tapak pembinaan projek perumahan ini tidak dikawal oleh pagar juga mungkin akan menyebabkan kemalangan yang tidak diingini kepada penduduk awam. 27/4/2016 Melalui siasatan yang dilakukan oleh pihak pemaju yang terlibat mendapati hanya melibatkan sebatang pokok sahaja dan aduan mengatakan membahayakan orang awam adalah tidak benar. Oleh yang demikian, pihak pemaju tidak diwajibkan untuk memasang hording/pagar sempadan pemajuan kerana kawasan berkenaan hanya dikelilingi oleh kebun dan tiada kawasan perumahan ataupun pembangunan. En. Mohamad Razif bin Ramli
Setiausaha Majlis
Majlis Daerah Kerian
10 6/3/2016 FB En. Harjit Singh Gill Merujuk kepada aduan bertarikh 12 Julai 2013, no rujukan Kem/Jab: 43KPKT/(07)/COB/3/4 Jld 2._, sehingga hari ini masalah lif masih berlarutan 16/6/2016
Kerosakan lif Pangsapuri Melur termasuk di dalam kawasan harta bersama iaitu di bawah tanggungjawab Perbadanan Pengurusan (MC).

Pihak Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COBKL) ingin membawa perhatian pihak MC untuk merujuk kepada Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) berkenaan kewajipan dan kuasa pihak MC. Di bawah seksyen 21(1) menyatakan kewajipan MC adalah menyenggarakan dan menguruskan dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama, dan menjaganya dalam keadaan yang baik.
 
Pihak COBKL ingin menegaskan dan mengingatkan kepada pihak MC akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagaimana diperuntukan di bawah peruturan. Kegagalan/keengganan pihak MC melaksanakan tanggungjawab tersebut membolehkan pengadu/pemunya petak boleh membawa perkara tersebut ke Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata, peraturan ini boleh dimuat turun di www.federalgazette.agc.gov.my
En. Mas Haikal Faiz bin Mas Jamalullail
Bahagian Pesuruhjaya Bangunan,
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, DBKl
11 14/3/2016 3024 Cik Fariesha Farha binti Ramli Saya telah membeli sebuah rumah teres 2 tingkat di Taman Samrat (kini Taman Asoka) di Jalan Batu 3 35000 Tapah. Masalah yang dialami apabila pemaju mengatakan ccc/cfo telah dikeluarkan tanpa kemudahan jalan berturap serta rumput dan kebersihan kawasan keliling tidak diselia dengan sebaiknya. Saya telah berhubung dengan Majlis Daerah Tapah dan mengatakan ia tanggungjawab pemaju. Apabila diadukan kepada pemaju, pemaju mengatakan ia tanggungjawab PBT 4/4/2016 CFO atau CCC dikeluarkan apabila pembinaan sesuatu projek dan bangunan telah siap dan mamatuhi kehendak undang-undang. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab pemaju memastikan jalan berturap dan rumpat disediakan sebelum CFO atau CCC dikeluarkan. Pemaju juga adalah bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan kawasan sekeliling dalam tempoh tanggungan kecacatan sebelum diserahkan kepada PBT Pn. Siti Nurafikah binti Sani
Bahagian Penyelidikan dan Perundangan Teknikal
12 26/3/2016 3063 En. Amir bin Ilias Saya mengalamai masalah dengan anjing jiran. Jiran tidak mengambil tahu tentang kebersihan setelah beberapa kali ditegur. Najis dan kencing anjingnya tidak dibersihakan sekerap yang mungkin. 8/4/2016 Pihak majlis telah menjalankan siasatan pada 5 April 2016. Notis kacauganggu dihapuskan Sek. 82 dikeluarkan kepada pemilik supaya memohon lesen pemilikan anjing daripada Majlis Perbandaran Selayang dalam tempoh 7 hari dan menjaga kebersihan kawasan persekitran. Pn. Wan Azamimi binti Wan Abdullah
Bahagian Pengaduan Awam
Jabatan Korporat
Majlis Perbadaran Selayang
13 29/3/2016 3064 Pn. Emalina Abd Ghafar Saya pembeli  Taman Anggun Pesona 2, Desa Saujana dari Pemaju Aima REalty Sdn Bhd telah delay selama hampir 3 tahun. Dijangka siap April 2013 tetapi sehingga kini belum siap dan pemaju maklumkan hanya tunggu CCC ketika dihubungi pada 28 Mac 2016. 29/3/2016 Selaras Akta Pemaju Perumahan 1976 (Akta 118) adalah menjadi tanggungjawab pemaju menyerahkan rumah yang telah siap kepada pembeli melalui pengeluaran bersekali Pemilikan Kosong dan CCC. Bagi perumahan berstrata rumah hendaklah diserahkan selewat-lewatnya dalam tempoh 36 bulan dan 24 bulan bagi perumahan sesebuah. Pemaju mempunyai obligasi untuk baya pampasan sekiranya lewat serah rumah dikira 10% per annum atas harga rumah. Sebarang implikasi kelewatan pengeluaran CCC ditanggung sepenuhnya oleh pemaju dan tidak boleh dijadikan sebab oleh pemaju untuk tidak membayar pampasan jika lewat deliver rumah n. Aminah binti Abd Rahman
Ketua Perunding
Kawalan Kemajuan
14 14/4/2016 e-mel Pn. Lee Jing 1. Majlis Perbandaran Taiping mengeluarkan notis amaran tanpa asas yang kukuh dan munasabah, dan gagal menjelaskan dasar di mana notis ini dikeluarkan
2. Notis amaran Majlis Perbandaran Taiping tidak menyebut secara jelas apakah kesalahan ayah saya
20/5/2016 Dimaklumkan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah menerima aduan daripada pengadu awam mengenai hartanah (milik bapa Puan Lee Jing) berkaitan pokok-pokok yang tidak dirapi sehingga menyebabkan semak samun dan dikhuatiri pembesaran pokok-pokok tersebut mencencah kepada wayar letrik yang merentasi kawasan rumah tersebut serta bimbang akar pokok tersebut juga akan memberi kesan kepada kerosakan longkang serta struktur dinding rumah pengadu awam berkenaan.

Sehubungan dengan itu, siasatan ke hartanah tersebut telah dibuat dan mendapati kawasan hartanah terdapat pokok-pokok serta tumbuhan tapa perapian sempurna yang berkeadaan semak dan perekitaran kawasan juga tidak bersih. Oleh itu, pemilik hartanah tersebut hendaklah membersihkan semak tersebut berdasarkan Seksyen 74, Akta Kerajaan Tempatan yang mana notis teleh diserahkan. MPT berpendapat tindakan yang dilakukan dengan mengeluarkan notis adalah bagi menjaga kepentingan awam dan selaras dengan peruntukan undang-undang. Keadaan semak tersebut boleh menjejaskan keselamatan penduduk sekitar terutamanya ancaman binatang berbisa seperti ular.
Haji Khairul Anwar bin Hashim
Pengarah Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan
Majlis Perbandaran Taiping
15 19/4/2016 e-mel En. Rambanda Herath Saya ingin membuat aduan terhadap Pengurusan Pangsapuri Merak (Merak Apartment) di Jalan BK 3/1 Bdr Kinrara, 47100 Puchong, Selangor
1. Lif rosak - pada 18hb April 2016 jam lebih kurang 6.30pm, saya dan anak perempuan saya balik ke Pangsapuri Merak selepas kerja dan dapati lif rosak dan kawasan di sekeliling tingkat bawah & lobi gelap tetapi di dalam pangsapuri ada elektrik
2. tiada air - pada 19hb April 2016 jam 6.20am, didapati tidak ada bekalan air ke pangsapuri. ini sering berlaku.
3. bahaya kolam renang - kolam renang pangsapuri ini selalu rosak di bahagian tepi kelilingnya
4. bahaya di lif - warga pangsapuri masuk ke lif dengan badan yang basah selepas berenang dan menjadikan lif basah dan simen luar lif juga basah. Perkara ini boleh dilihat di CCTB tetapi pengurusan pangsapuri tidak mengambil tindakan
23/5/2016 Aduan berkenaan pengurusan lif
  • berdasarkan semakan dokumen yang dibekalkan oleh pihak pengurusan, pihak MS Elevators Engineering Sdn Bhd merupakan kontraktor yang dilantik oleh pihak Perbadanan Pengurusan (MC)  bagi menjalankan kerja-kerja penyenggaraan lif bagi pangsapuri tersebut.
  • berdasarkan laporan daripada pihak kontraktor didapati bahawa lif berkaitan berada dalam keadaan yang baik

Aduan berkenaan masalah gangguan air sering berlaku
  • gangguan air berlaku disebabkan kebocoran paip di seluruh kawasan Bandar Kinrara 3 (BK3). Pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mengambil tindakan segera dengan membaiki kebocoran paip tersebut

Sekiranya pihak tuan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak MC, pihak tuan boleh mengusulkan perkara tersebut ke dalam mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) atau Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
Sr. Satinah binti Safirol
Majlis Perbandaran Subang Jaya
16 21/4/2016 3069 Pn. Putri Irdawaty binti Ali Ashgar Saya ingin bertanya mengenai Pelan Induk Kampung Tradisional dan Petempatan Tersusun di mana kajian tersebut telah dijalankan oleh KPKT. Di manakah saya boleh mendapatkan dokumen pelan induk tersebut? 22/4/2016 Batasan kajian Pelan Induk Kampung Tradisional dan Petempatan Tersusun di dalam Kawasan Pihak Berkusasa Tempatan Semenanjung Malaysia hanya melibatkan kawasan pentadbiran 98 buah PBT di Semenanjung Malaysia tidak termasuk:
1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
2. Perbadanan Putrajaya
3. Perbadanan Labuan
4. Lembaga Pembangunan Tioman
5. Lembaga Bandaran Johor Tenggara
6. PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim

Sekiranya pihak puan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Pelan Induk berkenaan, pihak jabatan bersedia untuk memberikan kerjasama.
Pn. Norliah binti Hashim
Penolong Pegawai Senibina J38
Bahagian Pembangunan, JKT
17 21/4/2016 3070 En. Mohd Nur Afiq bin Mohamad Saya ingin merujuk mengenai larangan membela kucing di dalam kawasan premis perumahan kerana saya telah mendapat surat dari MD Raub berkenaan larangan tersebut. 27/4/2016 Hasil semakan dengan pihak MD Raub mendapati bahawa pemeliharaan haiwan kesayangan pihak tuan mengakibatkan kacau ganggu terhadap kawasan kejiranan, notis tersebut dikeluarkan berkaitan dengan artikel Seksyen 81, Akta Kerajaan Tempatan En. Ahmad Mustafa Kamal bin Dato' Haji Salim
Penolong Pengarah
Bahagian Dasar & Pengurusan Strategik, JKT
18 21/4/2016 3071 En. Mohd Rafizal bin Razali Permohonan untuk mendapatkan garis panduan PBT bagi penempatan pelajar antarabangsa di hostel 14/7/2016 Hasil semakan dengan seksyen perundangan, tidak terdapat garis panduan PBT berkenaan dengan penempatan pelajar antarabangsa di hostel En. Ahmad Mustafa Kamal bin Dato' Haji Salim
Penolong Pengarah
Bahagian Dasar & Pengurusan Strategik, JKT
19 23/4/2016 3073 Pn. Kasturi A/P Das Tolong bersihkan iklan-iklan wang pinjaman berlesen di seluruh semenyih 18/7/2016 1. Tindakan penurunan iklan di Bandar Sunway Semenyih/ Taman Desa Mewah pada 25/4/2016 3 petang
bunting - 60
banner - 20
poster - 80

2. Tindakan penurunan iklan pada 3/5/2016
bunting - 50
banner - 15
poster - 80
Bahagian Aduan,
Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Kajang
20 3/5/2016 3074 En. Benny Goh Terlalu banyak nyamuk di stesyen Komuter Subang Jaya. 19/5/2016 Satu notis telah dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak kontruktor TRC bagi kerja-kerja pembersihan (Perintah Berkenaan Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000)) Majlis Perbandaran Subang Jaya
21 3/5/2016 e-mel Cik Chua Kopitiam yang beralamat No 117, Jalan Setia Jaya Utama, Taman Setia Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor menyidangkan makanan yang ada lipas dan penjual makan tersebut ambil keluar lipas itu sahaja bila diadu. Di belakang kedai didapati parabut untuk simpan cawan-cawan, mangkuk-mangkuk dipenuhi dengan najis tikus.

Kedai tersebut juga berniaga tanpa lesen dan pekerja kedai tiada suntikan
9/6/2016 Siasatan telah dijalankan pada 9/5/2016 oleh Unit Jabatan Kesihatan dan Pelesenan Majlis Perbandaran Batu Pahat dan didapati aduan tersebut adalah benar.

Kompaun telah dikeluarkan (No. 102301) dan kebersihan keseluruhan premis kurang memuaskan dari segi barang-barang yang perlu dibuang masih ada di dalam kedai serta menyumbang kehadiran lipas dalam premis tersebut.
Pn. Esa Sayuti
Pegawai Khidmat Pelanggan
Majlis Perbandaran Batu Pahat
Unit Aduan Awam
22 3/5/2016 e-mel En. Steven Thoo Q&A session with the head of the vektor Malaysia fogger team 3 March 2016 claimed that:
1. they are Malay Government and foggers must wear mask or buy their own mask in Malaysia or be poisoned
2. they are authorised to poison any house without any mask worn by citizens and without any fogging warrants and documentations from Cheras Pantai Hospital Records, claiming that they represent the Graduated Doctors of Malaysia
3. they said western government and doctors does not use poisons, that is their medicine business
4. they sworn using the Malaysian government nama, that they are the government servants and not the sub contractors to the government in Malaysia
5. they fog any homes in Malaysia as if it is their own house as much as they like with or without getting paid
6. if i were to stop them from fogging my parents at home, they will vow to threaten me in a group with threats as recorded in video.
20/6/2016 Setiap aktiviti kawalan vektor termasuk semburan ruang thermal (SRT) dan Ultra Low Volume (ULV) dijalankan mengikut Standard Operating Procedure (S.O.P) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Untuk makluman pihak tuan, Aktiviti kawalan vektor yang dijalankan di sekitar kawasan Taman Cheras telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pihak KKM menjalankan aktiviti-aktiviti berkenaan Semburan Ruang Termal (SRT) dan Ultra Low Volume (ULV) berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Mengikut SOP yang dikeluarkan oleh KKM, sebelum semburan dijalankan i) Notis pemberitahuan akan diedarkan kepada penduduk semasa Penghapusan Tempat Pembiakan (PTP) dijalankan pada sebelah pagi ii) pemakluman melalui siar raya sejurus sebelum aktiviti SRT dan ULV dilaksanakan menerusi pembesar suara. Pemberitahuan/pemakluman melalui notis dan siar raya ini hanya akan dilaksanakan di lokasi wabak dan hot spot denggi sahaja. Kebanyakan bahan kimia yang digunakan untuk SRT dan ULV adalah bahan aktif racun Organofosfat yang kurang toksik. Walaubagimanapun jika seringkali terdedah dalam temoh jangkamasa yang lama boleh mengakibatkan keracunan. Jika pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus dengan pihak Pejabat Kesihatan Cheras.
En. Tong Foo Kong
Pegawai Kesihatan Persekitaran
Jabatan Kebersihan dan Alam Sekitar, DBKL

Dr. Hasnah binti Bibon
Ketua Perunding Kesihatan Persekitaran, JKT
23 6/5/2016 3089 Pn. Siti Hanim binti Sungit Memohon stiker atau poster berkaitan tandas dan lain-lain yang berkaitan dengan sekolah rendah terutamanya Program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) 19/5/2016 1. Pamplet tandas bersih, banjir, anjing terbiar dan tikus
2. Poster tandas bersih, penyakit Leptospirosis dan tikus

telah diambil pada 9 Mei 2016 oleh pemohon
En. Mohd Hafiz bin Mohd Azmi
Perunding Kesihatan Persekitaran, JKT
24 10/5/2016 3091 Pn. Chai Siew Fern Saya ternampak rumah berdekatan saya terdapat kolam terbiar dan saya bimbang kolam jadi sarang nyamuk. 31/5/2016 Siasatan telah dijalankan pada 31/5/2016 dan didapati tiada pembiakan ditemui. Pemeriksaan juga dijalankan di sekitar kawasan perumahan juga tiada pembiakan.

Racun pembunuh jentik-jentik (AZAI)  telah diletakkan ke dalam kolam sebagain tindakan pencegahan

Dalam proses mencari pemilik rumah terebut untuk diberi notis pembersihan kerana semasa siasatan pemilik tiada di rumah.
En. Jamaludin bin Mohd Nor
Jabatan Kebersihan dan Alam Sekitar, DBKL
25 16/5/2016 3094 En. Hadi Aduan tentang taman permainan yang rosak kepada MBSA tiada maklum balas selepas 3 bulan 26/10/2016 Maklum balas kepada pengadu telah dibuat pada 25/5/2016 melalui emel pengadu.

Pemantauan semula di tapak telah dilaksanakan pada 28 September 2016 dan didapati alat permainan adalah dalam keadaan baik
En. Azlan bin Dolah
Unit Pengaduan Awam
Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam
Majlis Bandaraya Shah Alam
26 18/5/2016 3116 En. Tang Koon Kee Aduan tentang kebersihan di sekitar flat lama. Kebelakangan ini terdapat banyak tikus yang besar berkeliaran di sekitar kawasan perumahan flat dan bangkai-bangkai tikus di sekitar kawasan ini. 10/6/2016 Hasil pemeriksaan mendapati:
  • beberapa lokasi seperti di sekitar rumah pangsa, tempat pembuangan sampah, longkang utama dalam keadaan tidak memuaskan dan menggalakkan pembiakan tikus di kawasan rumah pangsa
  • edaran risalah telah diberikan kepada penduduk sekitar rumah pangsa mengenai tahap kebersihan dan penyakit bawaan oleh tikus

Bahagian Kawalan Penyakit dan Promosi Kesihatan MBAS telah menjalankan operasi penangkapan tikus di sekitar rumah Pangsa Simpang Kuala:
  • pada 2- 3/6/2016 jam 9.00 malam
  • melibatkan seramai 8 orang anggota
  • melibatkan sebanyak 6 blok rumah pangsa (Blok A-F)
  • sebanyak 33 ekor tikus telah berjaya ditangkap dan dihapuskan
  • tindakan susulan telah dibuat pada 9-10/6/2016 dan sebanyak 25 ekor tikus telah berjaya ditangkap
  • pemantauan berkala setiap bulan akan dibuat
Bahagian Kawalan Penyakit dan Promosi Kesihatan
Jabatan Kesihatan Persekitaran
Majlis Bandaraya Alor Setar
27 30/5/2016 3119 En. Nazri bin Sudin Ingin membuat aduan mengenai penguatkuasaan pakir kereta yang menjalankan tugas secara pilih kasih dan tidak amanah 30/6/2016 Bahagian Penguatkuasa MPTI telah mengambil tindakan kompaun terhadap kenderaan No. Pendaftaran BCK 4962 pada tarikh 25/5/2016. Lawatan susulan pada 8/6/2016 mendapati tiada kenderaan yang diadu di lokasi aduan. En. Ayub Shadan bin Abdul Rani
Setiausaha
Majlis Perbandaran Teluk Intan
28 7/6/2016 3120 En. Muhd Bahrudin bin Sari'at Aduan ancaman anjing liar di kawasan Hospital Permai Lama, Johor Bahru 30/6/2016 Jabatan Kesihatan telah menjalankan pemeriksaan sebanyak 2 kali pada 29 Jun 2016 di kawasan Hospital Permai Lama dan mendapati tiada anjing yang berkeliaran di kawasan tersebut.

Pegawai yang membuat pemeriksaan juga telah berjumpa dengan pengawal keselamatan di Hospital Permai Lama untuk mendapatkan maklumat berkaitan kedudukan anjing liar yang diadukan.

Pegawai tersebut membuat pemeriksaan di Jalan Lurah 18 yang bersebelahan dengan Hospital Permai Lama dan mendapati terdapat anjing liar di kawasan tersebut. Sebanyak 6 ekor anjing liar telah ditangkap di Jalan Lurah 18 pada 29 Jun 2016.

Kami juga mendapati keadaan persekitaran tempat berkenaan tidak diuruskan sehingga terdapat semak samun. Ini mengundang kehadiran haiwan berkenaan. Tambahan pula, pagar yang tidak sempurna tidak dapat menghalang kehadiran haiwan berkenaan masuk ke kawasan berkenaan.
Dr. Rahim bin Tumin
Pengarah Kesihatan,
Majlis Bandaraya Johor Bahru
29 10/6/2016 3121 Cik Carmen Chong Saya ingin membuat aduan terhadap "Carbenter Showroom Cafe" tentang penjagaan kebersihan dan sanitasi semasa mengendalikan makanan. Saya dan sepupu mengalami keracunan makanan selepas makan di Carbenter Showroom Cafe dan masuk ke hospital selama 5 hari. 18/7/2016 Hasil siasatan mendapati:
1. premis berada dalam keadaan sangat memuakan
2. pengendali makanan tidak mempunyai salinan sijil kursus pengendali makanan
3. semua pengendali makanan mempunyai suntikan anti tyfoid (ty2)
4. pemilik premis telah melakukan aktiviti kawalan serangga secara efektif setiap bulan
5. tidak menjumpai hurungan lipas, lalat dan tikus di dalam premis tersebut
6. perangkap sisa minyak pada sinki dan dapur memasak diselenggara dengan sempurna
7. tiada aktiviti basuhan di atas lantai premis dijalankan
8. lantai bersih, tidak basah dan tidak licin

Tindakan:
Notis pembersihan premis makanan dikeluarkan kepada pemilik premis dalam tempoh serta merta dan pemantauan akan dijalankan dari semasa ke semasa
Pn. Azura binti Mohd Don
Majlis Perbandaran Subang Jaya
30 20/6/2016 3122 En. Muhammad Amzari bin Jamaludin Saya mewakili Jawatankuasa Badan Pengamal Perubantan Tradisional & Komplementari yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia. Buat masa ini hanya Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah bekerjasama dengan kami bagi memastikan rumah urut mahu pun pusat terapi kesihatan perlu merujuk kami bagi tujuan mendapatkan lesen perniagaan. Akan tetapi tiada keseragaman maklumat. Bagaimana JKT boleh membantu kami untuk promosi AKTA 775 setelah dikuatkuasakan di mana semua pengamal perumbatan tradisional & komplementari perlu menyertai Badan Pengamal yang diiktiraf 20/6/2016 1. Akta 775 adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan hak milik KKM
2. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya mengeluarkan lesen untuk premis perniagaan sahaja
3. Pihak KKM yang bertanggungjawab untuk mempromosikan Akta 775. Mereka boleh mempromosi melalui Pejabat Kesihatan Negeri dan Daerah
4. Pihak KKM juga boleh mempromosikan secara pemakluman kepada PBT
5. Pihak JKT tidak mendapat sebarang pemakluman untuk membantu bagi dipanjangkan kepada PBT
6. JKT adalah di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Dr. Hasnah binti Bibon
Ketua Perunding Kesihatan Persekitaran, JKT
31 18/6/2016 3123 En. Chew Chung Ming Mana nak mengadu kalau doktor Hospital Miri maki dan menyerang pelawat? 18/6/2016 Salah laku doktor adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan bukannya Jabatan Kerajaan Tempatan. Mohon untuk mengadu tentang kesalahan tatatertib doktor di laman aduan Kementerian Kesihatan http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do Pn. Poon Ai Phin
Bahagian Pengurusan Maklumat, JKT
31 24/6/2016 3126 En. Mohd Shakirin bin Bosra Adakah CCC sudah memadai bagi menentukan bahawa kerja tersebut dikategorikan sebagai siap dan boleh diduduki. Jika ia melibatkan projek kerajaan yang dilaksanakan oleh agensi pelaksana (JKR), adakah keperluan CPC sudah memadai? Di manakah arahan atau pekeliling tersebut boleh dirujuk? Bagi projek kerajaan yang dilaksanakan oleh perunding yang dilantik, adakah CPC berserta CCC adalah dokumen yang diperlukan untuk menandakan projek siap? Atau CPC sudah memadai? Di manakah arahan atau pekeliling yang boleh dirujuk? 15/7/2016 Certificate of Practical Completion iaitu CPC adalah elemen kontrak yang mengesahkan kerja binaan telah siap mematuhi kontrak dan spesifikasi dan bangunan boleh diduduki. Certificate of Completion and Compliance iaitu CCC pula adalah kehendak undang-undang yang mengesahkan kerja binaan telah siap mematuhi undang-undang dan spesifikasi dan layak untuk diduduki. Melalui 2 Pekeliling Kementerian yang dikeluarkan pada tahun 1995 dan 1999 dengan tajuk Peraturan Membina Bangunan Kerajaan Persekutuan Dalam Kawasan PBT, projek-projek yang dilaksanakan oleh agensi pelaksana termasuk oleh JKR dikecualikan dari memperolehi CCC sementara kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan-pelan Kejuruteraan masih perlu diperolehi. Pengecualian tersebut tidak melepaskan agensi pelaksana dari tanggungjawab mematuhi sepenuhnya Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Kedua-dua Pekeliling tersebut boleh dimuat turun dari laman sesawang Jabatan Kerajaan Tempatan. Pn. Aminah binti Abd Rahman
Ketua Perunding
Kawalan Kemajuan
32 24/6/2016 3127 En. Nazri bin Sudin Pada 24/6/2016 van putih BCK 4962 dipakir dalam petak kuning motosikal dari 8.00 pagi sampai 2.15 petang tetapi tak dikeluarkan kompaun

*Ulangan
30/6/2016 Bahagian Penguatkuasa MPTI telah mengambil tindakan kompaun terhadap kenderaan No. Pendaftaran BCK 4962 pada tarikh 25/5/2016. Lawatan susulan pada 8/6/2016 mendapati tiada kenderaan yang diadu di lokasi aduan. En. Ayub Shadan bin Abdul Rani
Setiausaha
Majlis Perbandaran Teluk Intan
33 28/6/2016 3128 En. Rejini Shan Thuraisingam Masalah-masalah telah diadukan kepada pihak MPK berkali-kali namun tiada tindakan
1. longkang tiada dibina saluran outlet keluar oleh pemaju. Menyebabkan air bertakung bila hujan dan masalah nyamuk

2. lori-lori parking dalam taman perumahan
19/7/2016 1. Aduan no 0720/06/2016
    - Jalan Sungai Batu 20/KU6 (sampah dibuang
     di tepi jalan serta banyak barang diletak di tepi
      jalan)
  • Kutipan sampah telah dilakukan
     
     Aduan no 0108/06/2016
      - Jalan Sungai Batu 56B/KU6 (pemotongan
         rumput berjadual tidak dilakukan)
  • Kerja pemotongan rumput telah dijalankan oleh Kontraktor Kawasan (Zyfco Enterprise) pada 7 Jun 2016

     Aduan no 0031/06/2016
     - Simpang Jalan Sungai Puloh dan Jalan
        Sungai Batu 57/KU6 (kawasan pembinaan
        terbiar serta air bertakung di kolam di
        kawasan ini)
  • Aduan masih dalam siasatan pihak Majlis. Lawatan tapak pada 8 Jun 2016 mendapati satu tapak projek yang terbengkalai di kawasan Taman Klang Utama berhampiran perumahan Jalan Sungai Batu 56. Semakan Tapak dan semakan di dalam sistem DPMS di jabatan mendapati pemaju mempunyai kelulusan pelan bangunan melalui fail 600-4/1/150037

    Aduan no 0030/06/2016
    - Jalan Sungai Batu 57/KU6 (longkang besar -
       masalah 6 tahun belum selesai, air
       longkang masih bertakung)
  • cadangan tindakan yang akan diambil adalah untuk pembaikan pada 'level' longkang. Dalam proses kelulusan kerja
   
   Aduan no 0133/05/2016
    - hujung Jalan 57/KU6 serta kira/kanan jalan
      masuk sebelum rumah pengawal Jalan 56A/
      KU6 (tanah terbiar dan bersemak tidak
     dibersihkan.Banyak nyamuk serta haiwan liar)
  • Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang akan keluarkan Notis Kacauganggu Sek. 82 mengkehendaki kacauganggu dihapuskan iaitu membersihkan semak samun supaya tidak menjadi tempat pembiak nyamuk pembawa penyakit dan tempat pembiakan haiwan berbisa

2. Aduan no 0036/08/2015
    - sepanjang Jalan 57/KU6 (kenderaan berat
       meletakkan kenderaan antara pukul 9
       malam hingga 6 pagi
  • tindakan kompaun telah dikeluarkan di lokasi aduan pada tarikh seperti berikut:-
              4/8/2015
              20/8/2015
              24/9/2015
              9/10/2015
              3/11/2015
              26/1/2016
              27/4/2016
              24/5/2016
              4/6/2016
              8/6/2016
              21/6/2016    
En. Mohd Fadhil bin Mohammad @ Ariffin
b/p Pengarah
Komunikasi Korporat
Majlis Perbandaran Klang
 
34 29/6/2016 3131 En. David Heng Saya telah membuat aduan sebanyak beberapa kali kepada e-Aduan MBPP namun, mereka tidak memberi sebarang maklumbalas dan respond mengenasi isu Bayu Emas Apartment. 21/7/2016
1. pihak COB telah menerima permohonan daripada David Heng untuk mengisytiharkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bayu Emas pada 26/9/2015 tidak sah
  • hasil siasatan COB
i. AGM adalah sah
ii. Perlu adakan EGM bagi Agenda 8.1 disebabkan kesilapan bilangan majoriti
iii. bagi agenda lain, ia didapati dijalankan mengikut prosedur yang betul

2. aduan berkaitan kakitangan COB iaitu En. Sufahani
  • siasatan telah dibuat dan didapati kakitangan berkenaan telah menjalankan tugas dengan sewajarnya

3. Penyata akaun terkini unit-unit di Bayu Emas Apartment
  • pihak COB telah memberi salinan penyata sehingga Mac 2016 yang diterima dari pihak MC. Surat telah dikeluarkan pada 27 Jun 2016 bagi meminta penyata akaun sehingga Jun 2016 tetapi masih belum ada maklum balas dari pihak MC

4. Aduan
i. tidak pamerkan minit mesyuarat
ii. tidak pamerkan penyata bulanan pendapatan dan perbelanjaan
iii. kolam renang kotor
iv. bayaran tempat letak kereta
v. notis di papan kenyataan tidak ditandatangani oleh pihak MC
vi. senarai tugas ejen pengurusan
vii. aduan berkaitan pembinaan papan tanda oleh pihak MC
  • pihak COB telah keluarkan surat pada 24 Mei 2016 dan surat peringatan pada 21 Jun 2016 kepada pihak MC untuk memberikan maklumbalas. Surat peringatan kedua dikeluarkan pada 13 Julai 2016

5. Aduan
i. aduan berkaitan pengawal keselamatan
ii. pejabat pengurusan tiada no. telefon, faks dan emel
iii. aduan berkaitan notis pembaikan lif
iv. bil bekalan air
v. tiada kutipan bagi pengusaha rumah penginapan
vi. memo pada papan notis berkaitan tanggungjawab COB kepada penghutang
vii. tindakan kepada pemilik petak yang mempunyai tunggakan caj
viii. surat kepada Tetuan Chiong & Partners
viv. aduan berkaitan lori dalam kawasan Bayu Emas
  • pihak COB telah keluarkan surat pada 21 Jun 2016 dan surat peringatan pada 13 Julai 2016 kepada pihak MC untuk memberikan maklum balas

6. Aduan berkaitan pemeliharaan anjing
  • pihak COB telah keluarkan surat pada 24 Mei 2016 kepada pihak MC dan pihak MC telah keluarkan notis kepada pemilik petak pada 3 Jun 2016

7. aduan berkaitan ejen pengurusan tidak serahkan bon kepada pihak MC
  • pihak ejen pengurusan iaitu Key Building System telah menyerahkan bon dalam bentuk premium insurans kepada pihak MC bagi tempoh 10 Mac 2016 sehingga 9 Mac 2019. Nilai insurans yang telah diambil oleh ejen pengurusan adalah RM 500,000

8. aduan berkaitan pengawal keselamatan mengedar dadah dan kereta curi dalam kawasan Bayu Emas
  • pihak COB menyarankan agar laporan polis dibuat berkaitan perkara tersebut
Sr Nik Ariff bin Long Dir
Pengarah Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
35 29/6/2016 3132 En. Derek Wang Si-Hang Kami telah menghantar beberapa surat rasmi melalui faks dan emel untuk meminta pegawai MBPP COB iaitu En. Nik Ariff memberikan maklum balas mengenai penyata kewangan Apartment Bayu Emas namun tiada maklum balas setelah hampir sebulan. 21/7/2016
36 29/6/2016 3133 Pn. Pang Geck Hwa Kami telah menghantar beberapa surat rasmi melalui faks dan emel untuk meminta pegawai MBPP COB iaitu En. Nik Ariff memberikan maklum balas mengenai penyata kewangan Apartment Bayu Emas namun tiada maklum balas setelah hampir sebulan. 21/7/2016
37 30/6/2016 3134 En. Shamrulizam bin Shamsudin Kenderaan saya dan beberapa orang rakan telah disaman oleh pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh kira-kira 8.15 pagi - 8.30 pagi pada 29hb Jun 2016. Kami terpaksa parking di atas jambatan bersebelahan Bangunan Seri Kinta untuk mengejar waktu punch 8.30 pagi pejabat. Setelah selesai punch card, kami akan kembali untuk mengalih kenderaan ke parking berbayar Bangunan Seri Kinta. Kenderaan kami telah disaman. Kami tidak berpuas hati kerana pegawai bertindak tiada ikhsan dan pilih kasih. Banyak kenderaan lain tidak disaman selepas jam 8.30 - 9.00 pagi. 19/8/2016 Rondaan dan tindakan kompaun terhadap pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan di luar petak dilaksanakan setiap hari bekerja di kawasan tersebut mulai jam 8 pagi hingga 5 petang. Anggota-anggota yang mengeluarkan kompaun menjalankan tugas yang diamanahkan dan tiada apa-apa perasaan tidak iklas atau pilih kasih seperti yang dinyatakan oleh pihak pengadu sebaliknya pihak pengadu perlu tahu dan mengaku kesalahan lalulintas yang telah dilakukan tersebut serta lebih bertanggungjawab pada masa hadapan. En. Mohd Zakuan bin Hj Zakaria
Setiausaha Bandaraya Ipoh
38 6/72016 3136 En. Tan Lian Chuan Meminta keizinan mendapatkan report mingguan situasi denggi untuk tahun 2015 dan 2016 26/8/2016 Untuk maklumat tuan, pihak kami juga mendapat laporan situasi denggi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh yang demikian, pihak kami mohon agar tuan mendapatkan maklumat situasi mingguan denggi yang lebih sahih daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Tuan bolehlah menghubungi Sektor Kawalan Penyakit KKM di talian 03-88810200 atau 03-88834344. Bahagian Perundingan Kesihatan Persekitaran, JKT
39 12/7/2016 3137 Pn. Haslinda binti Abu Bakar Area perumahan yang tidak bersih berpunca dari kedai makan dan kedai runcit berhampiran yang mengakibatkan terlalu banyak tikus mula masuk ke dalam rumah dan mengganggu keselamatan 21/7/2016 Siasatan telah dijalankan dan didapati banyak lubang tikus dan tikus berpunca dari kedai makan di deretan belakang rumah pengadu. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam, Majlis Perbandaran Kajang telah meletakkan racun di lorong belakang rumah pengadu dan 1 notis dikeluarkan kepada pemilik kedai makan. En. Mohd Shahrul Azawee bin Roslan
Pembantu Kesihatan Awam, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam, Majlis Perbandaran Kajang
40 31/7/2016 3141 Pn. Ida Suriani binti Refin Bolehkah seorang pegawai memohon untuk ditukarkan antara PBT ke PBT yang lain? Jika dibolehkan apakah pekeliling atau panduan yang diguna pakai? 11/8/2016 Kakitangan yang dilantik oleh sesebuah Pihak Berkusasa Tempatan (PBT) tidak boleh bertukar di PBT yang lain. Ini kerana Ketua Perkhidmatan/ Pihak Berkuasa Melantik bagi kakitangan PBT adalah Yang DiPertua (YDP) bagi sesebuat PBT.

Buat masa ini, sekiranya hendak bertukar ke PBT yang lain, kakitangan tersebut hendaklah meletakkan jawatannya terlebih dahulu sebelum memohon jawatan di PBT yang baharu. Untuk makluman puan juga, PBT adalah merupakan satu Pihak Berkuasa Melantik (PBM) sendiri berdasarkan perkara 16(4) Akta 171 dan mempunyai kuasa untuk melantik seseorang menjawat perjawatan dalam waran perjawatan di bawah satu-satu PBT
Cik Sheela A/P Samivellu
Ketua Penolong Pengarah, JKT

ARKIB ADUAN JKT 2015


Aduan yang diarkibkan adalah aduan-aduan yang diselesaikan oleh pegawai JKT sendiri dan mempunyai nilai untuk diarkibkan.
 

Bil.Tarikh AduanSumber AduanNama
Pengadu
Aduan/ PertanyaanTarikh SelesaiPenyelesaianDiselenggara oleh
 7/1/20151389Pn. Nazeehan bin NasseriSaya difahamkan bahawa permit diperlukan untuk pemasangan gril di kawasan Sepang. Saya merupakan salah seorang pembeli rumah di kawasan Tiara Heights, Sepang. Saya inigin mendapatkan maklumat berkenaan dasar perundangan yang digunapakai dalam kutipan fi untuk pemasangan gril ini dan adakah amaun fi sebanyak RM 110 itu digazetkan di mana-mana Peraturan. Jika tidak digazetkan, saya rasa tindakan pengutipan ini adalah tidak sah di sisi undang-undang, tambahan pula adalah tidak adil untuk membebankan rakyat dengan mengenakan fi untuk memasang gril di dalam rumah sendiri bagi tujuan keselamatan.28/3/2016Pemasangan grill adalah termasuk dalam kategori kerja-kerja kecil. Dimaklumkan bahawa kerja-kerja kecil memerlukan permit sebagai ganti pelan dalam kerja pengubahsuaian dan terdapat bayaran fi dikenakan bagi permit yang dikeluarkan. Perkara ini adalah tertakluk di bawah akta Undang-undang Kecil Bangunan Malaysia 1984 dan Undang-undang Kecil Bangunan Negeri Selangor.En. Ahmad Mustafa Kamal bin Salim
Penolong Pengarah
Seksyen Keurusetiaan & kolaborasi strategik
Bahagian Dasar & Pengurusan Strategik
 7/1/20151391En. Khairil bin AnuarApakah perlunya pemeriksaan dilakukan oleh badan penguatkuasa seperti pihak Telekom, TNB untuk membolehkan CCC dikeluarkan?8/1/20165Untuk mengeluarkan CCC, salah satu keperluan undang-undang ialah memastikan pengisian borang-borang G adalah lengkap dan teratur. Skop-skop berikut perlu diperiksa oleh agensi yang berkaitan, sebelum surah pengesahan diberi bagi membolehkan CCC dikeluarkan, seperti berikut:
  1. Skop Kebombaan Pasif seperti di G8
  2. Skop Kebombaan Aktif seperti di G9
  3. Skop Pemasangan Lif atau Escalator seperti G11
  4. Skop Bekalan Air Luaran seperti G13
  5. Skop Retikulasi Pembentungan seperti G14
  6. Skop Loji Rawatan Kumbahan seperti G15
  7. Skop Sistem Bekalan Elektrik Luaran seperti G16
  8. Skop Jalan dan Parit seperti G17
Pn. Aminah binti Abd Rahman
Ketua Perunding Kawalan Kemajuan
 9/1/20151394En. Balakrishnan A/L A. SupiahCadangan supaya PBT meletakkan CCTV dan notis larangan/denda pembuangan sampah di kawasan awam terutama di perhentian bas selain membanyakkan tong sampah di kawasan tersebut.12/1/2015Beberapa PBT telah membuat pemasangan CCTV. Tujuan utama pemasangan CCTV di kawasan PBT adalah untuk mengurangkan jenayah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) NKRA. Lebih 4,000 buah CCTV telah dipasang di kawasan PBT di seluruh negara yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut di atas.

Selain daripada itu pemasangan CCTV di kawasan PBT juga adalah sangat berkesean bagi tujuan kawalan bandar seperti kawalan pembuangan sampah dan trafik. Justeru itu, beberapa PBT telah pun memasang CCTV bagi tujuan tersebut, walau bagaimanapun ianya bergantung kepada keupayaan PBT masing-masing. Pihak PBT akan sentiasa digalakkan untuk mengambil langkah-langkah kawalan pembuangan sampah yang sesuai mengikut kawasan masing-masing.
Ir. Roslan bin Mat Sapri
Perunding Kanan
Ketua Perunding Kejuruteraan Awam
130/1/2015FBEn. Abdul Halim ZakariyaKalau rumah PPR Gua Musang dah siap, kenapa tak bagi-bagi lagi kat penduduk yang takde rumah tu??? nak tunggu perasmian gak ke???30/1/2015Jabatan Perumahan Negara (JPN) bertanggungjawab membina rumah PPR tersebut, kemudian diserahkan kepada SUK Negeri kerana urusan penempatan penghuni PPR dikendalikan oleh pihak SUK Negeri. Procedure ini dilakukan di setiap PPR yang dibina.Wakil JPN, KPKT
 18/2/20151398En. wan Ahmad Hilmie bin Wan Mustapha AlbakriSaya Pembantu Tadbir N17 di Unit OSC, Majlis Daerah Jeli, Kelantan. Saya ingin bertanya, bolehkah saya membuat permohonan bertukar tempat kerja kerana sudah hampir 7 tahun saya berkhidmat di Unit OSC dan saya ingin merasa suasana baru dalam sektor awam ini.3/3/2016Unit sokongan di Unit OSC yang diwujudkan di PBT adalah di bawah waran penjawatan PBT dan bukannya JKT. Walau bagaimanapun, menyedari kekangan kewangan di pihak PBT, JKT bersetuju untuk menyalurkan peruntukan emolumen untuk pegawai sokongan sehingga PBT tersebut berkemampuan. Isu tidak diberi peluang untuk melaksanakan work rotation sepatutnya tidak timbul memandangkan PBT sepatutnya boleh melaksanakannya memandangkan jawatan tersebut adalah di bawah bidang kuasa PBT. Amalan work rotation ini telah pun dilaksanakan oleh PBT-PBT lain dan JKT tidak mempunyai halangan selagi jawatan di Unit OSC tidak dibiarkan kosong.Pn. Hazura binti Hamzah
Pengarah (Khidmat Pengurusan), JKT
 18/2/20151399En. AmriApakah syarat-syarat untuk mendapat sijil pemilikan kosong? Saya telah mendapat sijil pemilikan kosong untuk rumah yang dibeli sedangkan rumah tersebut belum mendapat bekalan air paip serta kemudahan bilik air masih tiada seperti tandas dan sebagainya. Begitu juga bekalan elektrik seperti wiring dalam rumah pun masih belum ada sedangkan saya telah diberi kunci rumah22/2/2016Pelimikan kosong - Vacant Possession (VP) dikeluarkan oleh pemaju kepada pembeli rumah apabila unit yang dibeli telah siap pembinaannya dan telah bersedia untuk diduduki. VP hendaklah diserahakan kepada pembeli bersama-sama Perakuan Siap dan Pematuhan - Certificate of Completion and Compliance (CCC) dan Quit Rent yang menyenaraikan bayaran yang perlu dijelaskan oleh pembeli kepada pemaju untuk sambungan kepada bekalan air, elektrik dan perkhidmatan perlu yang lain.

Apabila pembeli menjelaskan bayaran, maka adalah menjadi tanggungjawab pemaju membuat tindakan perlu bagi penyambungan kepada bekalan air dan elektrik. Ini bermaksud pada tarikh penerimaan VP, bekalan air dan elektrik belum lagi dibekalkan sehingga bayaran dijelaskan.

Apabila pembeli diberikan salinan CCC pula, perunding projek telah memperakui bahawa pembinaan telah siap mematuhi pelan-pelan yang telah diluluskan dan spesifikasi pembinaan termasuklah pendawaian dalaman, pembekalan dan pemasangan peralatan tandas serta bekalan air dan elektrik telah bersiap sedia untuk disambung. Sekiranya rumah yang diterima tidak mempunyai ciri-ciri yang disebutkan tadi, CCC belum layak untuk dikeluarkan lagi dan VP belum bersedia untuk dikeluarkan kepada pembeli rumah. Pembeli mempunyai satu lagi ruang untuk menuntut haknya dengan pihak pemaju iaitu dalam tempoh 24 bulan Tanggungan Kecacatan dikira dari tarikh VP dikeluarkan. Dalam tempoh tersebut, pembeli boleh membuat aduan bertulis kepada pemaju atas isu-isu kecacatan dan kualiti kerja termasuk kerja-kerja yang tidak mematuhi spesifikasi dan pemaju mempunyai obligasi perundangan untuk memperbaiki sebarang ketidakpatuhan yang berlaku.
Pn. Aminah binti Abd Rahman
Ketua Perunding Kawalan Kemajuan
 24/2/20151403En. Noorizuan bin ZamuriAdkah menjadi satu keperluan unit OSC meminta pelan utiliti bagi pembangunan baru (skim perumahan/ industri) sebagai rujukan dan semakan diperingkat jabatan kejuruteraan pbt.22/2/2016Pelan laluan utiliti disediakan oleh perunding projek bagi tujuan mendapatkan izin lalu dari Jabatan Kejuruteraan PBT jika melibatkan jalan PBT atau dari JKT jika melibatkan jalan JKR. Pelan ini diserah kepada Jabatan Kejuruteraan atau JKR bagi tujuan dikeluarkan perakuan dan disalinkan kepada pemberi khidmat utiliti yang lain bagi tujuan pemakluman.Pn. Aminah binti Abd Rahman
Ketua Perunding Kawalan Kemajuan
 9/5/20151818En. Mohd Shukor bin AbdullahBagaimana untuk saya pastikan kesahihan maklumat dalam salinan CCC yang say perolehi daripada pemaju, contohnya tarikh CCC dikeluarkan. Bolehkan saya meminta salinan terus dari LAM atau bagimana?11/5/2015Perincian CCC dan borang-borang G boleh disemak di pihak Lembaga Profesional dan PBT yang berkaitanPn. Aminah binti Abd Rahman
Ketua Perunding Kawalan Kemajuan
 15/5/2015FBEn. Lutfan JaesApakah jenis perkhidmatan yang dikenakan GST di peringkat Kerajaan Tempatan?15/5/2015Antara perkhidmatan PBT yang dikenakan GST:
1. sewa premis
2. jualan borang/sticker dan sebagai yang tidak dinyatakan dalam mana-mana akta/UUK
3. tempat letak kereta
4. perkhidmatan pembersihan/sampah/pentadbiran (caj proses borang dan sebagai)

Perbelanjaan PBT
1. semua pembekalan yang dikenakan GST oleh pembekal
2. semua perkhidmatan yang dikenakan GST oleh pembekal

Yang tidak dikenakan GST
1. cukai taksiran (Akta 171)
2. aktiviti penguatkuasaan (Regulatory & Enforcement (R&E)) - pelaksanaan kompaun serta semua perbelanjaan dalam aktiviti R&E
3. geran Kerajaan Negeri/Persekutuan
Cik Anisyahayati binti Ismail
Bahagian Pengurusan Maklumat
 20/5/20151864Pn. Fariesha Farha binti Ramlimengikut pekeliling, PSP boleh mengeluarkan CCC menggunakan Borang F tertakluk kepada perkara antaranya apabila semua perkhidmatan perlu termasuk jalan akses, pandang darat, tempat letak kereta, parit, pemasangan alat-alat sanitari, air dan elektrik, pili bomba, kehendak pembentungan dan pembuangan sampah dan lif bomba jika dikehendaki, telah disediakan.

Apakah kriteria jalan akses yang dimakdsudkan? adakah perlu sempurna di tar jalan masuk ke kawasan tersebut ataupun cukup sekadar ada laluan sahaja tetapi tidak di luar?
20/5/2015Undang-undang Kecil Bangunan 1984 menetapkan jalan masuk sebagai perkhidmatan asas yang perlu disedia dan disiapkan sebelum CCC boleh dikeluarkan. Sehubungan dengan itu, skop kerja hendaklah disiapkan serta mematuhi undang-undang dan spesifikasi dan pelaln lulus bagi membolehkan CCC dikeluarkan.Pn. Aminah binti Abd Rahman
Ketua Perunding Kawalan Kemajuan
 20/5/20161865Pn. Fariesha Farha binti RamliApakah dokumen daripada pihak pemaju yang perlu diserahkan kepada pembeli semasa pembeli datang untuk menerima penyerahan milikan kosong?20/5/2015Bagi perumahan, pemilikan kosong (vacant possession) hendaklah diserahkan serentak bersama CCC. kegagalan berbuat demikian adalah merupakan kesalahan di bawah Akta 118.Pn. Aminah binti Abd Rahman
Ketua Perunding Kawalan Kemajuan, JKT
 25/6/2015FBEn. Lutfan Jaes1. Apakah perkhidmatan di bawah PBT yang telah diswastakan selain pengurusan sisa pepejal?
2. Adakah kupon parking letak kereta, pengurusan sampah dan pemotongan rumput juga dianggap telah diswastakan atau ia sekadar diberkan tender luar?
9/7/20151. Perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat merupakan salah satu indikator penting dalam memaparkan imej sesebuah PBT. Bagi membantu masyarakat setempat, PBT antara lainnya memberikan perkhidmatan asas dalam bentuk:
  • penyenggaraan tempat-tempat ataupun bangunan-bangunan awam
  • mengurus dan mengutip hasil cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang berada dalam kawasannya
  • mengurus dan menyenggara jalan-jalan awam, parit dan bangunan
  • melaksanakan sebarang kerja yang boleh memberi faedah dan manfaat kepada penduduk setempat

Tanggal 1 September 2011 telah menyaksikan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dikuatkuasakan. Bermula dari tarikh tersebut, kerja-kerja kutipan dan pembersihan awam yang dijalankan dan dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum ini telah diambilalih sepenuhnya oleh Perbadanan. Tidak semua negeri terlibat dalam pemakaian akta tersebut, di  mana sehingga kini penguatkuasaan akta tersebut hanya melibatkan PBT-PBT di 7 buah negeri (Perlis, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Negeri Sembilan) dan WP Putrajaya.

Sehubungan dengan itu, PBT di negeri-negeri lain masih bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerja-kerja kutipan dan pembersihan awam.

2. Bagi perkhidmatan lain seperti kupon parking dan pemotongan rumput, ianya tidak diswastakan di mana kerja-kerja tersebut ditender kepada vendor luar. Seksyen 36(1) Akta 171 memperuntukkan pada tahun tersebut melainkan ia melibatkan tambahan peruntukan di bawah Seksyen 56 Akta 171. Walaupun begitu, PBt masih dipertanggungjawabkan terhadap isu-isu berkaitan sekiranya permasalahan timbul di kemudian hari.
En. Riduan Supadi
Bahagian Dasar
 4/8/20152502Pn. Lynn KongDatuk Pretam Singh Darshan Singh said that new law, any defaulters never pay serivce charges can continue to stay in the premises but access card block only. May i know finally service charges also waived no need to pay the management corporation?21/8/2015Semua pemilik hendaklah membayar caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas (Maintenance Charges dan Sinking Fund) kepada Perbadanan Pengurusan sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 52, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) iaitu:
52. (1) setiap pemilik hendaklah membayar caj dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, kepada perbadanan pengurusan (Management Corporation) bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama di dalam suatu kawasan pemajuan.

Jik terdapat pemiliknya yang masih tidak membayar caj dan caruman kepada kumpulan wang penjelas tersebut dalam masa 14 hari daripada penerimaan notis, perbadanan pengurusan boleh mendapatkan jumlah wang tersebut dengan memfailkan suatu saman atau tuntutan sepertimana yang dinyatakan dalam Seksyen 78(2), Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) iaitu:
78. (2) Jika mana-mana jumlah wang itu masih tidak dibayar oleh pemilik pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen 78(1), perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memfailkan suatu saman ataun tuntuan dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa atau di hadapan Tribunal untuk mendapatkan wang itu atau, sebagai alternatif kepada mendapatkan wang di bawah seksyen ini, menggunakan cara mendapatkan wang di bawah seksyen 79 (mendapatlam jumlah wang melalui penahanan harta alih)

Pemilik yang tidak mematuhi notis tanpa alasan munasabah yang  menyebabkan mereka untuk gagal membayar caj dan caruman kepada kumpulan wang penjelas boleh didenda di atas kesalahan tersebut sepertimana yang dinyatakan dalam seksyen 78 (3), Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) iaitu:
78.(3) mana-mana pemilik yang, tanpa alasan yang munasabah, tidak matuhi notis bertulis di bawah subseksyen 78(1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atua dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi 50 ringgit bagi setiap-tiap hari atau sebagainya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Adalah menjadi tanggungjawab untuk setiap pemilik unit di bangunan berstrata (bertingkat) untuk membayar kepada perbadanan pengurusan segala caj dan sumbangan kepada kumpulan wang penjelas, dan semua caj lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar keapda perbadanan pengurusan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
Pn. Sandra Emily Wong
Penolong Setiausaha Kanan
Cawangan Pengurusan Strata
Bahagian Khidmat Perbandaran, KPKT
 10/8/20152606En. Kamel Abdul Azem bin OthmanAdakah KPKT mempunyai peruntukan CCTV untuk dipasang di pos pengawal taman perumahan untuk persatuan penduduk yang berdaftar dengan ROS? taman perumahan kami terletak dalam negeri Selangor, telah wujud SRS.19/2/2016KPKT tidak mempunyai peruntukan bagi pemasangan CCTV di pos pengawal taman perumahan. Adapun program pemasangan CCTV yang dilaksanakan oleh JKT/KPKT sekarang ini lebih kepada tujuan untuk mencegah jenayah jalanan di kawasan bandar berdasarkan program GTP, NKRA untuk mengurangkan jenayah jalanan.

Sementara itu di bawah program Safe Cam yang dianjurkan oleh PDRM, masyarakat setempat disyorkan untuk memasang sendiri CCTV samada di perumahan atau premis perniagaan sendiri dan memaklumkan kepada pihak PDRM akan kewujudan CCTV tersebut supaya pihak berkenaan dapat akses dan berkongsi rakaman CCTV jika perlu dari masa ke semasa bagi tujuan pemantauan kaselamatan.
ir. Ahmad Redza bi Ghulam Rasool
Ketua Perunding
Kejuruteraan Awam, JKT
 20/8/20152651Pn. Siti Norbaya binti HussainSaya merupakan Ketua Unit OSC di Majlis Daerah Selama. Berdasarkan pengalaman saya, CCC adalah perlu untuk semua jenis bangunan termasuk bangunan individu/swasta/kerajaan. Walau bagaimanapun, di tempat saya bertugas ini, CCC tidak perlu dikeluarkan untk bangunan baru hak milik PBT. Berdasarkan semakan saya dengan Jabatan Kejuruteraan & Bangunan di Majlis Daerah Selama di maklumkan amalan semasa CCC tidak dikeluarkan untuk bangunan hak milik PBT. Mohon pencerahan puan,
1. adakah pelan Kebenaran Merancang (KM)/Pelan Bangunan perlu dikemukakan di OSC bagi cadangan bangunan baru hak milik PBT?
2. adakah CCC juga diperlukan untuk bangunan baru hak milik PBT?
2/3/2016Selaras peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), pihak berkuasa tempatan boleh memula dan mengusahakan sebarang pemajuan tanpa perlu mendapatkan kelulusan kebernaran merancang. Sementara itu, projek-projek yang dilaksanakan oleh agensi-agensi pelaksana dikecualikan dari keperluan mendapatkan CCC selaras Pekeliling KPKT 1995 dan 1999.Pn. Aminah binti Abd Rahman
Ketua Perunding Kawalan Kemajuan, JKT
 2/9/20152684YM. Tengku Asmizan bin Tengku Abd AzizAdakah perlu memohon CCC bagi pindaan dan tambahan dalaman yang menggunakan gypsum board partition pada sesebuah bangunan sedia ada, sedangkan bangunan tersebut telah ada CCC?2/9/2015Sebagai panduan, terdapat 3 kategori kerja-kerja ubahsuai
Kategori A - owner laksanakan kerja dan bertanggungjawab sepenuhnya tanpa perlu memaklumkan kepada PBT, eg. memasang window aircond unit
Kategori B - owner laksanakan kerja dan bertanggungjawab sepenuhnya tetapi perlu memohon permit ubahsuai daripada PBT. Satu permit dikenakan bayaran RM 50.00 sementara di Selangor dan Terengganu Rm 100.00, eg pemasangan non structural internal partition board yang tidak merubah kegunaan bangunan
Kategori C - ubahsuai yang libatkan pertambahan tingkat, pertambahan luas lantai melebihi 6.5m2, pertambahan bumbung, kerja rewiring dan sistem mekanikal. Bagi kerja ubahsuai sedemikian CCC dikelarkan terhadap bahagian yang diubahsuai tersebut.
Pn. Aminah binti Abd Rahman
Ketua Perunding Kawalan Kemajuan, JKT
 4/9/20152686Pn. Fariesha Farha binti RamliSaya telah mendapat salinan CCC daripada pemaju perumahan tetapi pegawai bertanggungjawab majlis daerah mengatakan bahawa kawasan tersebut belum mendapat kelulusan majlis daerah. Jadi adakah CCC yang diberikan oleh pemaju tersebut adalah sah?4/9/2015Mulai April 2007, CCC dikeluarkan oleh para profesional yang mengesahkan sesuatu banguna itu telah siap dibina mematuhi kehendak undang-undang dan spesifikasi dan layak untuk diduduki. Bagi perumahan, CCC dikeluarkan oleh Arkitek yang dilantik oleh pemaju dan Arkitek yang sama telah mengemukakan Pelan Bangunan untuk kelulusan PBT. Melalui sistem baru ini, Arkitek tidak perlu mendapatkan kelulusan majlis daerah untuk mengeluarkan CCC. Apabila 4 perkara termaktub dalam undang-undang telah dipatuhi, maka Arkitek boleh terus  mengeluarkan CCC dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas pengeluaran CCC tersebut. Untuk kepastian pihak puan boleh berurusan dengan Lembaga Arkitek Malaysia untuk menyemak kesahihan Arktiek yang berkaitan. 
 16/11/20152968En. SatinahAnjing liar berkeliaran di kawasan Serdang Perdana15/2/2016Operasi anjing liar telah dijalankan pada 15/2/2016 tetapi anjing berkenaan gagal ditangkap dan operasi akan dijalankan semula selewatnya pada 15/3/2016Penolong Pengarah (Perhubungan Awam)
Majlis Perbandaran Subang Jaya
 25/11/20152969Pn. Faridah binti Shaharuddin1. Unit kediaman yang digunakan untuk jualan runcit di blok C Taman Pulasan Bukit Minyak, Bukit Mertajam telah diubahsuai bagi membesarkan perniagaannya tanpa kebenaran
2. Tiada lesen dikeluarkan untuk unit tersebut tetapi perniagaan ini semakin berkembang dan menggunapakai ruang awam
3. perniagaan ini melibatkan pemprosesan samsu dan penjualan daging khinzir dan waktu puncak adalah hari Sabtu dan Ahad 7.30 pagi hingga 11.00 pagi. Isnin hingga Jumaat 5.30 petang hingga 9.00 malam
4. Mungkin wujud unsur rasuah atau ada kepentingan ahli majlis yang menghalang tindakan terhadap perniagaan ini
22/3/2016Tindakan terhadap aduan tersebut telah diambil.En. Muhamad Zulikqram bin Zulkifli
Penolong Pegawai Tadbir (Aduan)
Jabatan Kemasyarakatan
Majlis Perbandaran Seberang Perai
42/12/20152990En. Sabaruddin bin MohammadJiran saya telah melakukan pemungahan sisa-sisa sampah yang mana boleh menyebabkan pencemaran, penyakit batuk kering, kebarangkalian tempat pembiakan nyamuk dan sebagainya. Kes ini berlaku sangat kerap kerana jiran saya membuat kerja-kerja pungutan sampah yang mana pihak lori (MBV 9766) akan membuat pungutan dan pemunggahan mengumpul dan dihantar ke kawasan perumahan saya.25/6/2016Pihak MPAG telah melakukan siasatan terhadap aduan tersebut pada 10 Disember 2015 jam 3.30 petang. Siasatan telah dibuat dan mendapati rumah yang diadukan ada mengumpul barang-barang kitar semula (botol, kotak dan surat khabar lama) untuk dijual, satu notis tempoh tiga hari telah dikeluarkan atas kesalahan menyebabkan kawasan persekitaran rumah bersepah. Arahan juga telah diberi kepada pemilik rumah menyuruh agar mengemas dan membersihkan persekitaran rumah tersebut. Manakala lori yang diadukan tiada di lokasi dan ia di luar bidang kuasa MPAG.

Pemantauan semula notis yang dikeluarkan telah dilakukan pada 13 Disember 2015 jam 3.00 petang dan didapati barang-barang kitar semula telah dibersihkan. Bagi tuduhan pengadu terhadap pihak Majlis melaksanakan tugas tidak tulus, adalah tidak benar kerana anggota yang hadir ke lokasi aduan cuma berdasarkan butiran aduan yang diberi oleh pegawai dan maklumat pengadu adalah dilarang sama sekali terdedah kepada sesiapa.
Patrick Tan Peng Sin
Jabatan Korporat & Khidmat Masyarakat
Majlis Perbadanan Alor Gajah
515/12/2015suratEn. Ibrizam Bin GhaniKebersihan persekitaran/kawasan - burung-burung bekeliaran dengan najis burung mengganggu keselesaan, kebersihan persekitaran dan juga orang ramai di kawasan 'sarang burung' di bangunan Public Bank dan Restoran Hijas Maju, Jalan Besar, Tampin.16/2/2016satu lawatan telah dibuat bersama-sama wakil dari MDT iaitu Encik MOhd Rizal bin Abd Rashid. Temubual bersama orang di sekeliling juga telah diadakan dan didapati tiada sebarang aktiviti komersial sarang burung yang dijalankan di kawasan tersebut. Menurut mereka, hampir keseluruhan bangunan di kawasan tersebut mengalami masalah yang sama yang mana disebabkan faktor semulajadi. Keadaan menjadi lebih teruk apabila menjelang senja burung-burung menjadikan bangunan tersebut sebagai tempat rehat. Kesan masalah tersebut dapat dilihat apabila terdapat banyak najis burung di atas lantai premis dan di papan nama premis.

Cadangan:
  • menutup segala tempat atau ruangan yang membolehkan burung berehat atau bertenggek
  • memastikan sisa makan diuruskan dengan baik
  • dapatkan pandangan dan nasihat dari PBT lain yang berjaya dalam kawalan kacauganggu burung (Inovasi 'hantu burung" oleh MD Kerian)
En. Mohamad Mustaqim bin Shukri
Penolong Pengarah
Bahagian Kesihatan Persekitaran, JKT
630/12/2015e-melEn. Tay Kah PohSeksyen 86(1) telah digunakan untuk menggantikan maksud seksyen 89 (UBBL) oleh pemaju iaitu menggunakan tebal minima 100mm untuk dinging berkongsi2/3/2016MPHJ telah memutuskan untuk tidak melaksanakan perkara-perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Penyelesaian yang telah diadakan. Oleh yang demikian MPHTJ dipohon mengambil tindakan lain yang sewajarnya agar aduan yang dikemukakan dapat diselesaikan sewajarnya secara bersama.Puan Aminah binti Abdul Rahman
Ketua Perunding Kawalan Kemajuan

ARKIB ADUAN JKT 2014


Aduan yang diarkibkan adalah aduan-aduan yang diselesaikan oleh pegawai JKT sendiri dan mempunyai nilai untuk diarkibkan.
 

Bil.Tarikh AduanSumber AduanNama
Pengadu
Aduan/ PertanyaanTarikh SelesaiPenyelesaianDiselenggara oleh
16/8/20140470YM Raja Muhammad AnwarApakah garis panduan bagi pertandingan tandas awam tercantik dan terbersih di bawah KPKT?7/8/2014Dilampirkan url untuk garis panduan yang digunakan oleh KPKT bagi Star Rating Kebersihan Tandas Awam di kawasan PBT
http://jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Perkhidmatan/Pekeliling/2012/PEKELILING-KSU-KPKT-BIL-3-2012.pdf
Pn. Poon Ai Phin
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Maklumat, JKT
 2/9/20140476En. Muhammad Syamil bin Mohd ShamsulBoleh saya dapatkan definisi kg baru terkini, perbezaan antara kg baru rancangan briggs (42 buha) dan yang sekarang (607 buah)3/9/2014Definisi Kampung Bagan - merupakan kampung nelayan yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat cina di mana kehidupannya bergantung kepada tangkapan ikan di laut

Kampung Bagan di Negeri Selangor:
Bil          Daerah         Nama Kg Bagan
1.  Klang                   Kg Bagan Pulau Ketam
2.  Klang                   Kg Bagan Kg Sungai Lima
3.  Klang                   Kg Bagan Bagan Hainan
4.  Kuala Selangor Kg Bagan Kuala Tengkorak
5.  Kuala Selangor Kg Bagan Pasir
6.  Kuala Selangor Kg Bagan Sungai Yu Baru
7.  Kuala Selangor Kg Bagan Pasir Penambang
8.  Kuala Selangor Kg Bagan Sasaran
9.  Kuala Selangor Kg Bagan Sungai Janggut
10.Kuala Selangor Kg Bagan Sungai Kajang
11.Sabak Bernam  Kg Bagan Seri Sekinchan
12.Sabak Bernam  Kg Bagan Simpang B.N.O
13.Sabak Bernam  Kg Bagan Sungai Pulai
14.Sabak Bernam  Kg Bagan Teluk Rhu
15.Sabak Bernam  Kg Bagan Sungai Besar
16.Sabak Bernam  Kg Bagan Beting Kepah
17.Sabak Bernam  Kg Bagan Sungai Burung
18.Sabak Bernam  Kg Bagan Sungai Lang
19.Sabak Bernam  Kg Bagan Parit Baru
En. Lim Hui Tian
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Kampung Baru
Jabatan Perdana Menteri
 30/9/20140801Tristar Award Sdn BhdIngin mendapatkan borang-borang permohonan yang berikut
1. Pelan Kerja Tanah
2. Lampu Jalan
3. Pelan Jalan dan Parit
30/9/2014Borang-borang permohonan yang berkaitan boleh diperolehi dari pihak PBT yang bertanggungjawab meluluskan pelan-pelan tersebut kelak.Pn. Aminah binti Abd Rahman
Ketua Perunding Kawalan Kemajuan
 7/11/20141306Pn. Thanarubini A/P MurtiBagaimana membuat aduan tentang pembiakan nyamuk aedes?7/11/2014Aduan pembiakan nyamuk aedes boleh dibuat di Pihak Berkuasa Tempatan di mana tempat puan tinggal atau pun kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang paling hampir untuk tindakan mereka. Rujukan aduan online juga boleh dibuat secara online di website Jabatan Kerajaan Tempatan.Dr. Hasnah binti Bibon
Ketua Perunding Kesihatan Persekitaran

  •  
  • Print
  • Email this page