JataJKT 

PENGENALAN


Program Trim & Fit JKT 2015 merupakan satu program intervensi kesihatan dan pengurusan berat badan yang dilaksanakan di tempat kerja. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Kerajaan Tempatan. Program intervensi ini mengambil masa enam(6) bulan bermula Mei 2015 hingga Oktober 2015.

Objektif program ini adalah:

1. Mempromosikan cara hidup yang sihat di tempat kerja;
2. Mewujudkan tempat kerja yang menyokong aktiviti-aktiviti kawalan obesiti;
3. Mensasarkan penurunan berat badan secara purata sebanyak 3.5kg;
4. Menghasilkan pekerja yang sihat & produktif; dan
5. Mensasarkan peserta untuk mengikuti sekurang-kurangnya 80% aktiviti dianjurkan.

 

Program ini akan dimulakan dengan Saringan Kesihatan kepada semua warga JKT untuk mendapatkan data asas kesihatan sebelum program intervensi di mulakan. Saringan Kesihatan telah diadakan pada 27 Mac 2015. Seramai 72 orang warga JKT telah membuat saringan dan didapati:

1. Status Berat Badan (BMI):

 

Jantina Kurang Berat Badan (<18.5) Normal (18.5 - 24.9) Berlebihan Berat Badan (>=25 - 29.9) Obes (>=30) Jumlah
Lelaki 0 6 15 7 28
Perempuan 2 16 12 14 44


2. Paras Gula Dalam Darah (RBS):
 

Jantina Normal (<7 mmol/l) Berisiko (>7 mmol/l) Jumlah
Lelaki 23 5 28
Perempuan 39 5 44


3. Tekanan Darah:

 

Jantina Normal (<120/80) Berisiko (>120/80) Jumlah
Lelaki 6 22 28
Perempuan 27 17 44




 

Cadangan Program Trim & Fit JKT 2015

 

No. Tarikh Masa Program Lokasi
1 27 Mac 2015 9.00 pg - 12.00 tgh hari Saringan Kesihatan Bilik Seminar Aras 25, JKT
2 8 - 9 Mei 2015 2 hari Trim & Fit Boot Camp Siri I I-KPKT
3 22 - 23 Mei 2015 2 hari Trim & Fit Boot Camp Siri II I-KPKT
4 24 Jun 2015 1 hari Ceramah Diet Di Bulan Ramadan
Tips Pemakanan Sihat di Bulan Ramadan
Bilik Seminar Aras 25, JKT
5 20 Ogos 2015 3.00 ptg - 5.00 ptg Aquarobik Wanita Pusat Sukan Air Presint 6
6 21 Ogos 2015 3.00 ptg - 5.00 ptg Aquarobik Lelaki Pusat Sukan Air Presint 6
7 29 Oktober 2015 4.00 ptg - 5.00 ptg Aquarobik Wanita Pusat Sukan Air Presint 6
8 30 Oktober 2015 4.00 ptg - 5.00 ptg Aquarobik  Lelaki Pusat Sukan Air Presint 6
9  31 Oktober 2015 7.00 pg Aktiviti Mendaki Bukit Broga Bukit Broga
10     Berbasikal Jelajah Putrajaya  
11     Sharing Experience & Dietary Intake Evaluation  
12     Pertandingan Badminton  

 

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Trim & Fit, sila hubungi En. Zulkifli bin Mohammad di zulkiflim@kpkt.gov.my (03-8891 3378) atau En. Jamal bin Abd. Razak di jamal@kpkt.gov.my (03-8891 3327).

 

 

  •  
  • Email this page
  • 1321