Konferen Kebangsaan Amalan Terbaik Pihak Berkuasa Tempatan

Konferen Kebangsaan Amalan Terbaik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)


Pengenalan Program


Penganjuran Konferen Amalan Terbaik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia 2016 adalah susulan kejayaan penganjuran Seminar “Best Practices” Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) pada 29 Febuari 2016. Rumusan dari forum seminar tersebut adalah, adalah perlu suatu medan perkongsian amalan-amalan terbaik pengamal PBT di seluruh negara yang lebih meluas dalam bentuk konferen dan konvensyen.  Konferen/Konvensyen ini akan menjadi acara tahunan MBAS. Bagi tahun 2016, Konferen ini dianjurkan oleh MBAS dengan kerjasama Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).
 

Objektif

  1. Menyediakan medan perkongsian dan “networking linkage” di kalangan pihak pengurusan dan warga kerja PBT berkaitan amalan terbaik.
  2. Menyebarluaskan maklumat amalan terbaik terkini PBT dan berkongsi amalan terbaik dari Pihak Kerajaan Tempatan luar Negara.
  3. Menghimpunkan pakar berkaitan Kerajaan Tempatan, Datuk Bandar dan Yang Di Pertua sebagai pembentang.
  4. Memartabatkan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia menjadi PBT unggul di hati rakyat dan berkelas dunia.


Tema

“ PERKONGSIAN KE ARAH PERKHIDMATAN 5 BINTANG”
 

Tema Seminar

  1. Perancangan Amalan Terbaik masa depan PBT.
  2. Perkongsian amalan terbaik kerajaan tempatan luar negara dan menambahbaik perkhidmatan cemerlang PBT
  3. Inovasi dan penyelidikan sebagai nilai tambah perkhidmatan berkelas dunia PBT.
  4. Libaturus terancang komuniti memacu keberkesanan amalan terbaik PBT.
  5. Amalan terbaik dalam bidang kejuruteraan PBT.
  6. Melestari amalan terbaik dalam  pengurusan projek komuniti dan projek pembangunan.
  7. Meneroka Amalan terbaik untuk kemampanan Bandar.
  8. Kerjasama strategik  PBT, Komuniti dan Institusi Pengajian Tinggi sebagai strategi amalan terbaik pusat Kecemerlangan PBT.
 
Masa Aturcara
29 Mei 2016
8:00 pagi - 5.00 petang Pendaftaran Awal Peserta (Hotel & Convention Centre Alor Setar)
30 Mei 2016
8.00 pagi Pendaftaran Peserta
9.00 pagi Pembentangan 1
" Amalan Terbaik Inovasi dan Penyelidikan Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan Bertaraf Dunia "
Oleh Profesor Dato' Dr. Mohd Azmi Mohd. Lila, TNC (Inovasi & Penyelidikan) UPM
9.40 pagi Ketibaan YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman
9.50 pagi

Ucapan Aluan Presiden MALA
Dato’ Maimunah Binti Mohd Sharif

Ucapan Aluan YBhg Dato’ Hj. Mat Noh bin Ahmad
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar

10.00 pagi

Ucapan Perasmian YAB Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah
Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman

Tayangan Discover Kedah 2016

10.40 pagi Minum Pagi
11.00 pagi Pembentangan 2
" Transformasi PBT DiHati Rakyat : Pelan Amalan Terbaik Masa Depan "
Oleh Y.Bhg Dato' Dr. Ab. Rahman bin Awang
Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT
12.00 tengah hari Pembentangan 3
" Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan Dan Sektor Awam – Impak Amalan Terbaik Dan Cabaran "
Oleh Encik Naser bin Jaafar, COO AIM
1.00 petang Rehat
2.00 petang Pembentangan 4
" Best Practices of Local Government Leads To A Better Development "
By Dr.Bernadia Irawati Tiandradewi,United Cities and Local Government, Asia-Pacific
2.40 petang Pembentangan 5
" One World Winner Award; Best Practices of Dumingag Philippine "
Oleh Mayor of Dumingag Municipality, Philippine
3.30 petang Pembentangan 6
" Penjanaan Ekonomi PBT Dalam Teknologi Solar Untuk Amalan Terbaik Teknologi Hijau "
Oleh Profesor Dr. Nasrudin bin Abd Rahim,
Pengarah & Pengasas HICOE UMPEDAC Universiti Malaya
4.15 petang Minum Petang dan bersurai

  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2017 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 566964 Tarikh Kemaskini : 11-12-2017