Bahagian Pembangunan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

 

Fungsi dan Peranan
BIL. SEKSYEN PERANCANGAN PEMBANGUNAN SEKSYEN PENILAIAN DAN PEMANTAUAN PROJEK
1. Menyelaras penyediaan bajet pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK) bagi semua program dan projek pembangunan JKT. Pemantauan perjalanan dan keberkesanan pelaksanaan projek di peringkat negeri dan PBT.
2. Menyelaras dan menyediakan bajet pembangunan bagi JKT setiap tahun. Menyelaras dan mengumpul data dan maklumbalas pelaksanaan projek.
3.   Menyediakan bajet pembangunan setiap tahun bagi semua PBT. Menyediakan laporan prestasi SPPII, laporan bulanan, laporan tahunan, laporan prestasi Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK) di samping menyediakan laporan yang diperlukan agensi pusat.
4. Merancang dan melaksanakan usaha-usaha bagi memperkukuhkan prestasi kewangan PBT dan membantu PBT mempelbagaikan sumber-sumber kewangan mereka. Mengemaskinikan pengkalan data mengenai prestasi fizikal dan kewangan projek dalam SPPII dan Helpdesk Jabatan.
5. Menyediakan garis panduan peraturan kewangan kepada PBT. Memastikan PBT melaksanakan projek berdasarkan kepada pekeliling/garis panduan yang telah dikeluarkan.
6. Merancang dan melaksanakan dasar pemberian kewangan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri/PBT. Mengadakan Mesyuarat Pemantauan sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memantau pelaksanaan projek mengikut perancangan dan skop yang telah ditetapkan.
7. Pengagihan peruntukan geran tahunan kepada PBT. Menjalankan Kajian Impak bagi projek-projek yang telah dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan dan matlamat projek tercapai kepada golongan sasaran.
8. Pengagihan peruntukan Sumbangan Membantu Kadar kepada PBT.  
9. Mengumpul dan menganalisis maklumat penyata-penyata kewangan PBT.  

 

AKTIVITI UTAMA BAHAGIAN

(1) BP1 - Projek-projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu dan memajukan Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui proses pembangunan fizikal dan sosio-ekonomi bagi meningkatkan tarafhidup masyarakat setempat.  Keadaan ini akan dapat dicapai melalui penyediaan perkhidmatan yang bermutu tinggi, kemudahan sosial, rekreasi dan peluang ekonomi yang seimbang selaras dengan proses pembangunan negara dan juga matlamat penyusunan semula Pihak Berkuasa Tempatan.  Di samping itu, pelaksanaan projek di bawah BP.1 terutama di bawah program sosio-ekonomi adalah juga bertujuan untuk menambah pendapatan kewangan dan menjadi sebahagian daripada aset kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan.

Projek-projek yang dilaksanakan merupakan projek-projek people-centric mengikut
skop seperti berikut :

i) Projek Infrastruktur

Komponen projek yang terlibat adalah seperti membina dan menaiktaraf parit dan longkang, jalan, laluan pejalan kaki dan lampu jalan.

ii) Projek Kemudahan Awam

Komponen projek yang terlibat adalah seperti membina dan manaiktaraf dewan serbaguna, kemudahan sukan dan rekreasi, pondok bas dan tandas awam.

iii) Projek Sosioekonomi

Komponen projek yang terlibat adalah seperti membina dan menaiktaraf premis perniagaan, pasar, bazar dan gerai makan.


(2) GERAN TAHUNAN

Geran Tahunan merupakan salah satu dari pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri. Pemberian tersebut adalah berdasarkan Akta Pemberian Kepada Negeri (Penyelenggaraan Pihak-Pihakberkuasa Tempatan) 1981, (Akta 245). Pemberian Geran Tahunan adalah dibuat di bawah peruntukan Perkara 109(3) Perlembagaan Persekutuan. Ianya merupakan pemberian untuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengurus pentadbiran mereka. Pemberian Geran Tahunan ini dibuat memandangkan kedudukan dan sumber kewangan PBT terhad berbanding kos perbelanjaan dan penyelenggaraan yang semakin meningkat. Pemberian ini juga adalah antara usaha Kerajaan Persekutuan menyokong PBT dalam melaksanakan tugasnya yang merupakan Kerajaan peringkat ketiga yang diharapkan dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi keperluan masyarakat setempat.


(3) SUMBANGAN MEMBANTU KADAR (SMK) 

Sumbangan Membantu Kadar (SMK) adalah sumbangan bagi membantu kadar di bawah Artikel 156 Perlembagaan Persekutuan mengenai kawasan-kawasan Penguasa Tempatan dan yang diduduki oleh Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan. bangunan-bangunan Kerajaan Persekutuan yang dimaksudkan termasuk bangunan-bangunan yang diduduki oleh Angkatan Bersenjata tetapi tidak termasuk bangunan-bangunan yang dipunyai dan diduduki oleh :

i)     Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri
ii)    Keretapi Tanah Melayu
iii)   Badan-badan Berkanun

Tatacara tuntutan bagi SMK adalah berdasarkan Surat Pekeliling KPKT(01)77/5 bertarikh 15 Januari 1986 dan KPKT(02)(C)/143/2Jld2(56) bertarikh 1 Julai 1989. 

 

 

 

  •  
  • Email this page
  • 10993
::Hakcipta©2014 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Tarikh Kemaskini 27-05-2017 Jumlah Pelawat : 546638