Bahagian Dasar dan Pengurusan Strategik

BAHAGIAN DASAR DAN PENGURUSAN STRATEGIK

A) SEKSYEN DASAR DAN PERUNDANGAN

  1. Merangka dasar pekeliling dan garis panduan yang berkaitan dengan peranan dan fungsi PBT.
  2. Urusetia kepada Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT).
  3. Menyelaras Mesyuarat Penyelarasan Dasar PBT.
  4. Mengumpul data serta menyelaras maklumat asas berkaitan PBT.
  5. Urusetia Induk JPPBT.
  6. Menyelaras maklumbalas bagi mesyuarat-mesyuarat utama yang melibatkan JKT.
  7. Memberi khidmat nasihat berkaitan fungsi dan peranan PBT.
  8. Menganggotai Jawatankuasa di lain-lain Kementerian.

 

        B) SEKSYEN KEURUSETIAAN DAN KOLABORASI STRATEGIK

  1. Bertanggungjawab terhadap kajian, pindaan dan semakan terhadap Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan undang-undang kecil dibawah Akta 171 dan melakukan semakan terhadap bidang kuasa PBT di bawah akta-akta lain.
  2. Menyelaras aduan-aduan berhubung fungsi dan peranan PBT.
  3. Bertanggungjawab terhadap kajian dan pengwujudan serta peruntukan undang-undang baharu (Akta dan Perundangan Subsidiari)
  4. Bertanggungjawab memproses permohonan naik taraf dan perluasan kawasan PBT yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri supaya selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan dan Dasar Tempatan.
  5. Menyelaras penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam.
  6. Bertanggungjawab menyediakan maklumbalas / input berhubung peranan dan bidang kuasa PBT kepada agensi lain.
  7. Mengurus dan menyelaras lawatan pelawat dari dalam dan luar negeri.
  8. Mengumpul data serta maklumat asas berkaitan PBT.
  9. Memberi khidmat nasihat berkaitan fungsi dan peranan PBT.
  10. Menganggotai Jawatankuasa di lain-lain Kementerian.

 

      C) SEKSYEN TRANSFORMASI DAN PEMANTAUAN

  1. Bertanggungjawab untuk memastikan Pelan PBT di Hati Rakyat dilaksanakan mengikut perancangan dan mengkaji keberkesanannya.
  2. Membantu Urusetia dalam pelaksanaan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) dan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT).
  3. Menyelaras Pelaksanaan Petunjuk Utama Prestasi (KPI) di Jabatan.
  4. Menyelaras Pelaksanaan ISO 9001-2000 di Bahagian.
  5. Menyelaras Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Jabatan.
  6. Bertanggungjawab menyediakan maklumbalas / input berhubung peranan dan bidangkuasa PBT kepada agensi lain.
  7. Mengumpul data serta maklumat asas berkaitan PBT.
  8. Menganggotai Jawatankuasa di lain-lain Kementerian.

 

Bahagian ini juga bertanggungjawab menyelaras dan memantau peranan dan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan peruntukan undang-undang seperti berikut:

1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
2. Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
3. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
4. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
5. Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663)
6. Akta Makanan 1983 (Akta 281)
7. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154)
8. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
9. Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 (Akta 302)
10. Akta Peniaga Sekendhend 1946 (Akta 189)
11. Akta Kawalan Sewa (Pemansuhan) 1997 (Akta 572)
12. Akta Eksais 1976 (Akta 176)
13. Akta Hakcipta 1987 (Akta 332)
14. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127)
15. Undang-Undang Kecil berkaitan Kerajaan Tempatan

 

 


  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2017 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 556280 Tarikh Kemaskini : 18-11-2017