[ PERKHIDMATAN ]

Sistem ePBT

SISTEM ePBT
 


Pengenalan
 

JKT telah melaksanakan program Smart Local Government Governance Agenda (SLGGA) bermula tahun 2002. Objektif SLGGA adalah seperti berikut:

  • Sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat oleh PBT melalui ICT;
  • Membangunkan dan menjana PBT ke arah mesra rakyat;
  • Merapatkan jurang perbezaan ICT antara PBT;
  • Menaikkan taraf PBT supaya telus, bertanggungjawab, cekap berkesan dan cepat bertindak; dan
  • Memaksimumkan kegunaan sumber melalui budaya "Perkongsian Pintar" antara PBT.


Pada masa ini, pihak JKT melalui Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), KPKT telah membangunkan satu portal berpusat ePBT bagi semua PBT di Malaysia pada tahun 2003. Portal ePBT ini mengandungi capaian kepada semua perkhidmatan PBT dan borang-borang permohonan untuk dimuat turun.

 

JKT bersama-sama MAMPU dan BTM, KPKT telah membangunkan Sistem ePBT yang menggunakan kombinasi konsep "Client-Server" dan Web bermula 2006. Sistem ePBT berfungsi untuk melaksanakan fungsi dan tugasan bagi semua jabatan dalam PBT dengan dilengkapi komponen yang bercirikan MIS (Management Information System), Business Process, Workflow dan DSS (Decision Support System).

 

Projek perintis Sistem ePBT telah dilaksanakan di 2 buah negeri iaitu Perak dan Negeri Sembilan yang melibatkan kedua-dua SUK Negeri serta 3 buah PBT negeri Perak dan 3 buah PBT Negeri Sembilan. Ianya juga telah mula diperluaskan ke seluruh PBT di Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Perlis dan Terengganu bermula pada Jun 2007.


Tujuan/Objektif Sistem
 

  • Meningkatkan kecekapan jentera pentadbiran dan pelaksanaan negara selaras dengan rancangan/dasar Kerajaan berkenaan ICT;
  • Merapatkan jurang perbezaan teknologi maklumat antara PBT yang berkemampuan dan PBT yang kurang berkemampuan; dan
  • Memaksimumkan kegunaan sumber melalui budaya "Perkongsian Pintar" di mana PBT yang maju dalam sesebuah negeri membantu PBT yang kurang maju dalam sistemnya.  

 

Arkitektur Sistem
 



 

Komponen Sistem

 

Sistem ePBT terdiri daripada 5 sistem utama yang berintegrasi dan mempunyai 23 modul iaitu :-

 

1. Sistem Hasil
  • Sistem Kutipan
  • Sistem Taksiran
  • Sistem Penilaian
  • Sistem Pelesenan
  • Sistem Sewaan
  • Sistem Kompaun
  • Sistem Terimaan Pelbagai

3. Sistem e-Submission (ditangguhkan)

  • Sistem Kebenaran Merancang
  • Sistem Pelan Bangunan

4. Sistem Aduan

2. Sistem Perakaunan

  • Sistem Lejar Am
  • Sistem Jurnal
  • Sistem Belanjawan
  • Sistem Akaun Kena Bayar
  • Sistem Pengurusan Tunai
  • Sistem Personalia dan Gaji
  • Sistem Pinjaman
  • Sistem Pelaburan
  • Sistem Pengurusan Harta (tambah baik)
  • Sistem Pengurusan Projek
  • Sistem Penutupan Hujung Tahun


5. Sistem Pelaporan ke SUK

 

NOTA :

 

  • Kesemua sistem ini berintegrasi melalui Sistem ID Pelanggan (No. Kad Pengenalan/No. Pasport bagi pelanggan Individu atau No. SSM bagi pelanggan Syarikat).
  • Sistem eSubmission ditangguhkan akibat pelaksanaan pusat setempat (OSC).
  • Sistem OSC Online diperkenalkan bagi penggantian e-Submission ini.
  • Sistem Pengurusan Harta sedang ditambahbaik selaras dengan pekeliling terbaru Perbendaharaan.
  • Sistem Pelesenan diubahsuai selaras dengan pelaksanaan lesen komposit dan pelanjutan tempoh lesen sehingga 3 tahun.
     

Kelebihan dan Ciri-ciri Sistem ePBT
 

  • Modul sistem dibangunkan secara integrasi antara semua modul melalui ID Pelanggan
  • Mampu melaksanakan kutipan luar / off-line dan juga di pejabat cawangan PBT
  • Mampu membuat kutipan bagi PBT lain (bergantung kepada dasar SUK / PBT)
  • Mampu melaksanakan kaunter setempat kerana semua sistem boleh dicapai melalui satu skrin
  • Modul kutipan cukai tanah telah disediakan untuk digunakan secara opsyen
  • Boleh berintegrasi dengan alat Handheld untuk modul kompaun kenderaan dan perniagaan
  • Segala kutipan hasil dikemas kini ke sistem perakaunan
  • Data-data di PBT boleh dicapai oleh SUK melalui Sistem Pelaporan SUK
  • Data-data induk dan transaksi PBT akan dihantar ke KPKT untuk disepadukan di bawah Portal ePBT supaya semakan, permohonan dan aduan boleh dilaksanakan secara setempat sahaja.
     

Modul Online Sistem ePBT
 

  • Semakan akaun Cukai Taksiran, Pelesenan, Sewaan dan Kompaun
  • Semakan Penyata Bayaran kepada Pembekal PBT
  • Permohonan pelesenan secara online
  • Pengemukaan aduan secara online

 

Status Projek

 

Sistem telah siap dibangunkan pada Mac 2007 dan diguna pakai secara perintis di 6 PBT di 2 buah negeri iaitu :-

 

Negeri Perak
(a) Majlis Perbandaran Manjung
(b) Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
(c) Majlis Daerah Kinta Selatan

 

Negeri Sembilan
(a) Majlis Perbandaran Port Dickson
(b) Majlis Perbandaran Nilai
(c) Majlis Daerah Jelebu

 

Sistem ePBT telah diperluaskan (Fasa 1) di 23 PBT di Malaysia bermula Jun 2007 dan telah digunapakai di :

  • Semua PBT Negeri Perak kecuali MB Ipoh dan MP Taiping (10 PBT)
  • Semua PBT Negeri Sembilan kecuali MP Seremban (4 PBT)
  • Semua PBT Negeri Melaka kecuali MB Melaka Bersejarah (2 PBT)
  • Semua PBT Negeri Perlis (1 PBT)
  • Semua PBT Negeri Terengganu kecuali MB Kuala Terengganu dan MP Kemaman (5 PBT)
  • 1 PBT Negeri Selangor (MP Ampang Jaya)
 

Peluasan sistem di fasa kedua (33 buah PBT) telah bermula pada 02 Julai 2010 ke negeri :

  • Semua PBT Negeri Pahang (11 PBT)
  • Semua PBT Negeri Kelantan (12 PBT)
  • Semua PBT Negeri Kedah kecuali MP Kulim (10 PBT)
 

Sehingga kini sebanyak 62 buah PBT telah dan sedang dalam pelaksanaan sistem ePBT yang dijangka siap pada akhir Disember 2011.

 

Perjawatan ePBT

Pelaksanaan ePBT dilengkapkan dengan 70 orang perjawatan yang terdiri daripada 58 orang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 dan 12 orang Juruteknik Komputer Gred FT17 yang ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan PBT terlibat. Tugas utama pegawai adalah untuk mambantu SUK dan PBT mengurus dan memantau pelaksanaan ePBT. Bayaran emolumen, elaun serta tuntutan elaun perbatuan adalah di bawah tanggungan Kementerian. Walau bagaimanapun pegawai boleh melaksanakan tugas-tugas selain daripada tugas yang berkaitan dengan ePBT tetapi sebarang tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran-bayaran lain bagi bertugas rasmi akan ditanggung oleh pihak SUK atau PBT masing-masing.

 

 

Muat Turun

Muat turun brosur ePBT (hadapan) muat turun brosur ePBT (belakang)

 


  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2017 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 566964 Tarikh Kemaskini : 11-12-2017