Bahagian Perundingan Kesihatan Persekitaran

BAHAGIAN PERUNDINGAN KESIHATAN PERSEKITARAN

 

Bahagian Kesihatan Persekitaran Jabatan Kerajaan Tempatan ditubuhkan pada tahun 2007 melalui Waran Perjawatan Bil S 182 Tahun 2005, di mana sebelum itu semua aktiviti Kesihatan Persekitaran diletakkan di bawah Bahagian Kejuruteraan di Jabatan yang sama. Berkuatkuasa mulai 15 Jun 2015 Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Waran Perjawatan Bil 109 Tahun 2015 telah meluluskan penstukturan semula Bahagian ini dengan penjenamaan baharu dan dikenali sebagai Bahagian Perundingan Kesihatan Persekitaran (BPKP).
 
Di bawah penstrukturan baharu ini Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U54 selaku Ketua Perunding dan disokong oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U52 (1), Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U48/U52 (3), Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U44 (4), Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41/U42/U44 (4). Pengisian perjawatan ini secara Jawatan Kader Kementerian Kesihatan Malaysia telah menempatkan juga pegawai pelaksana iaitu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U36 (1), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32 (5), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 (5) dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir Gred N17 dan Pembantu Khas / Setiausaha Pejabat N17/N22 (1), menjadikan jumlah keseluruhan perjawatan di Bahagian ini adalah 26 orang.
 
BPKP berperanan besar menggubal dasar kesihatan persekitaran untuk kegunaan Jabatan Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Negara, menggubal dan menyemak Undang-Undang Kecil di bawah seksyen 73 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di samping mengagihkan peruntukan bagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti pencegahan dan pengawalan kesihatan persekitaran di PBT.
 
BPKP memantau kesemua aktiviti kesihatan persekitaran seperti kejadian penyakit berjangkit dan penyakit-penyakit bawaan vektor, isu-isu keselamatan makanan, kebersihan tandas-tandas awam dan advokasinya, pengawalan pusat penyembelihan dan pasar basah di pihak berkuasa tempatan di seluruh Negara. Dengan pewujudan program-program ini Jabatan akan mempunyai kefahaman yang tepat mengenai isu-isu berkenaan dan membolehkan tindakan pencegahan dan pengawalan berkesan dapat dilaksanakan. Bahagian ini dibahagikan kepada empat (4) unit dan fungsi setiap unit adalah seperti berikut:

A) UNIT KAWALAN PENYAKIT DAN VEKTOR

  • Merancang, mengurus dan menilai aktiviti Kawalan Penyakit dan Vektor di Jabatan Kerajaan Tempatan bagi panduan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Menyediakan Garis Panduan Teknikal dalam aktiviti Kawalan Penyakit dan Vektor.
  • Menggubal dan menyemak undang-undang kecil PBT yang berkaitan dengan aktiviti kawalan penyakit dan vektor.
  • Merancang dan mengadakan program latihan dan kursus di peringkat kebangsaan dan tempatan.
  • Merancang, menganjur dan menyelaras kempen-kempen kebersihan, pendidikan dan kesedaran denggi atau lain-lain wabak penyakit yang dilaksanakan di peringkat Kementerian, Jabatan Kerajaan Tempatan,  Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dan perundingan mengenai kesihatan persekitaran kepada PBT, PBN dan agensi-agensi lain.
 
B) UNIT PENYENGGARAAN DAN KAWALAN STESEN PENCEGAH JANGKIT
  • Merancang, mengurus dan menilai aktiviti Kesihatan Persekitaran di Stesen Pencegah Jangkit (cth: kolam renang, tandas awam) di Jabatan Kerajaan Tempatan bagi panduan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Menyediakan Garis Panduan teknikal dalam aktiviti Penyenggaraan dan Kawalan Stesen Pencegah Jangkit.
  • Menggubal dan menyemak undang-undang kecil PBT yang berkaitan dengan aktiviti Penyenggaraan dan Kawalan Stesen Pencegah Jangkit.
  • Merancang dan mengadakan program latihan dan kursus di peringkat kebangsaan dan tempatan.
  • Merancang, menganjur dan menyelaras kempen-kempen kebersihan, pendidikan dan kesedaran aktiviti penyenggaraan dan kawalan Stesen Pencegah Jangkit yang dilaksanakan di peringkat Kementerian, Jabatan Kerajaan Tempatan,  Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dan perundingan berkenaan Kesihatan Persekitaran kepada PBT, PBN dan agensi-agensi lain.
 
C) UNIT KAWALAN DAN KESELAMATAN MAKANAN
  • Merancang, mengurus dan menilai aktiviti kawalan dan keselamatan makanan di Jabatan Kerajaan Tempatan bagi panduan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Menyediakan garis panduan teknikal berkaitan kawalan dan keselamatan makanan.
  • Menggubal dan menyemak undang-undang kecil PBT yang berkaitan dengan aktiviti kawalan dan keselamatan makanan.
  • Merancang dan mengadakan program latihan dan kursus di peringkat kebangsaan dan tempatan.
  • Merancang, menganjur dan menyelaras kempen-kempen kebersihan, pendidikan dan kesedaran aktiviti kawalan dan keselamatan makanan yang dilaksanakan di peringkat Kementerian, Jabatan Kerajaan Tempatan,  Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dan perundingan berkenaan Kesihatan Persekitaran kepada PBT, PBN dan agensi-agensi lain.
 
D) UNIT KAWALAN PUSAT PENYEMBELIHAN DAN PASAR
  • Merancang, mengurus dan menilai aktiviti pusat penyembelihan dan pasar (termasuk kawalan haiwan terbiar) di Jabatan Kerajaan Tempatan bagi panduan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Menyediakan garis panduan dalam kawalan pusat penyembelihan dan pasar (termasuk kawalan haiwan terbiar).
  • Menggubal dan menyemak undang-undang kecil PBT yang berkaitan dengan aktiviti kawalan pusat penyembelihan dan pasar (termasuk kawalan haiwan terbiar).
  • Merancang dan mengadakan program latihan dan kursus di peringkat kebangsaan dan tempatan.
  • Merancang, menganjur dan menyelaras kempen-kempen kebersihan, pendidikan dan kesedaran aktiviti kawalan pusat penyembelihan dan pasar (termasuk kawalan haiwan terbiar) yang dilaksanakan di peringkat Kementerian, Jabatan Kerajaan Tempatan,  Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dan perundingan berkenaan Kesihatan Persekitaran kepada PBT, PBN dan agensi-agensi lain.
 
GARIS PANDUAN DAN PROSEDUR PIAWAI SERAGAM
Sehingga kini bahagian ini telah membangun garis panduan dan prosedur piawai seragam yang telah diluluskan pemakaian di PBT dan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) oleh Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) adalah seperti berikut-
 
  • Garis Panduan Star Rating Kebersihan Tandas Kegunaan Awam Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2012;
  • Garis Panduan Pusat Penyembelihan Ayam, Itik dan lain-lain Unggas Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2014;
  • Garis Panduan Sistem Penggredan Premis Makanan Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2014;
  • Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan Dan Pelupusan Anjing Terbiar Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2014.
 
UNDANG-UNDANG KECIL DI BAWAH AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171)
Undang-Undang Kecil (UUK) yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 73 dan seksyen 102,  Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang telah diluluskan oleh Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) ke 32 pada 16 Oktober 1987 untuk pemakaian oleh PBT dan PBN adalah seperti berikut-
 
  • UUK Establisymen Makanan
  • UUK Tandas Awam
  • UUK Pengendalian Makanan
  • UUK Mengkompaun Kesalahan
  • UUK Kolam Renang
  • UUK Penjaja
  • UUK Pasar
  • UUK Krematorium
  • UUK Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut
  • UUK Pelesenan Anjing
  • UUK SPA
  • UUK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap
  • UUK Tred, Perniagaan dan Perindustrian.
 
UNDANG-UNDANG KESIHATAN PERSEKITARAN YANG BERKAITAN
Bahagian ini bertanggung jawab menyelaras dan memantau peranan dan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan peruntukan undang-undang seperti berikut :
 
  1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
  • Suatu Akta yang digubal oleh Parlimen  menurut Fasal (4)  Perkara 76, Perlembagaan Persekutuan mengenai segala peruntukan dan undang-undang berkenaan dengan penyusunan semula dan   menyatukan undang-undang berhubungan dengan Kerajaan Tempatan.
 
  1. Akta Makanan 1983 (Akta 281)
  • Akta ini bertujuan untuk melindungi orang ramai terhadap bahayanya disegi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
 
  1. Peraturan_Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004)
  • PPKHT 2004 adalah di bawah Akta 281. Peraturan ini memperuntukkan kuasa mengenai penguatkusaan tempat larangan merokok.
 
  1. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154)
  • Akta yang diwartakan pada 23 Ogos 1982 peruntukan bagi memusnahkan dan mengawal serangga pembawa penyakit dan bagi pemeriksaan dan rawatan perubatan orang yang menghidapi penyakit yang dibawa oleh serangga dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.
 
  1. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
  • Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
 
  1. Undang-Undang Kecil berkaitan Kerajaan Tempatan
  •  Di bawah peruntukan seksyen 73 dan Seksyen 102 Akta 171  memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa membuat, meminda dan membatalkan undang-undang kecil mengenai segala perkara yang perlu atau diingini untuk memelihara kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk atau untuk mengadakan aturan dan pengelolaan yang baik bagi kawasan pihak berkuasa tempatan.

Muat turun fail pdf di sini.

Gambar-gambar aktiviti Bahagian Ketua Perundingan Kesihatan Persekitaran boleh dirujuk di sini.
 

  •  
  • Email this page
  • 10053
::Hakcipta©2014 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Tarikh Kemaskini 29-03-2017 Jumlah Pelawat : 525005