Kawalan Bangunan

KAWALAN BANGUNAN
 

Fungsi Bahagian dipecahkan kepada dua (2) Unit iaitu :
 

  • Unit Kawalan Cerun dan Keselamatan Awam

1. Menjalankan penyelidikan dan penilaian di dalam bidang keselamatan cerun dan membantu mempertingkatkan kecekapan PBT dalam mengawal pembangunan di kawasan bukit berdasarkan peruntukan Akta Parit, Jalan Dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS).

2. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada PBT berkenaan Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi.

3. Menjalankan program latihan mengenai keselamatan cerun, tanah runtuh dan jalan raya kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

4. Mengendalikan siasatan aduan-aduan yang diterima berkaitan kestabilan cerun dan keselamatan persekitarannya berdasarkan peruntukan Akta Parit, Jalan Dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS) dan garis panduan yang berkaitan.

5. Menganggotai keahlian di dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal agensi-agensi yang ditubuhkan mengikut keperluan semasa serta kajian-kajian teknikal yang berkaitan.

6. Menjalankan penyelidikan dan audit keselamatan jalan raya supaya dapat membantu PBT dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di kawasan PBT.

7. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada PBT berkenaan struktur bangunan, projek-projek jalan, kerja-kerja penyenggaraan jalan dan kemudahan/perabot jalan di kawasan PBT berdasarkan Arahan Teknik JKR.

8. Mengendalikan siasatan aduan-aduan yang diterima berkaitan masalah struktur bangunan, jalan, lorong belakang, lalu lintas, pejalan kaki, jejantas dan jambatan di kawasan PBT berdasarkan peruntukan Akta Parit, Jalan Dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS).  
 
  • Unit Kawalan Kemudahan Sosial
     
1. Menjalankan penyelidikan dan penilaian dalam bidang kemudahan bangunan dan membantu mempertingkatkan kecekapan PBT dalam mengawal pembangunan berdasarkan peruntukan Akta Parit, Jalan Dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS).

2. Mengendalikan siasatan aduan-aduan yang diterima berkaitan kemudahan bangunan dan keselamatan persekitarannya di bawah Akta Parit, Jalan Dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS).

3. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada PBT berkenaan pemasangan CCTV di bawah Program Bandar Selamat dan melaksanakan projek CCTV di PBT.

 
4. Memberi khidmat nasihat kepada PBT dalam meningkatkan kemudahan akses Orang Kurang Upaya (OKU) di bangunan-bangunan awam dan mengagihkan serta memantau projek-projek akses OKU di PBT.
 
5. Menyediakan garis panduan, memberi khidmat nasihat dan memantau penggunaan Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) di PBT, CCTV, industri burung walit dan lain-lain kemudahan infrastruktur sosial.
 
6. Menganggotai jawatankuasa teknikal yang dijalankan oleh agensi-agensi teknikal lain dari semasa ke semasa.

7. Menjalankan audit pemantauan peraturan berkaitan kemudahan-kemudahan infrastruktur sosial.
 

PENDAHULUAN
 
Senarai Semak Audit Akses Rekabentuk Sejagat ini telah disediakan berdasarkan MS1184:2014 yang telah dikeluarkan pada Jun 2014 dan Undang-Undang Kecil 34A, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984.  Tujuan utama senarai semak ini adalah bagi membantu dan memudahkan semua pihak berkaitan dalam merancang, merekabentuk, menyediakan, menyelaras serta seterusnya mengaudit keperluan rekabentuk sejagat yang merangkumi golongan warga emas, kanak-kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU) dikawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Penyediaan Senarai semak ini adalah merupakan ringkasan daripada MS1184:2014 yang mana ianya selaras dengan sebahagian keperluan-keperluan utama di dalam dan luar bangunan bagi tujuan memenuhi keperluan rekabentuk sejagat. Namun, pihak-pihak berkaitan masih perlu merujuk dan mematuhi semua keperluan di dalam MS1184:2014. Senarai semak ini hanya merupakan panduan kepada pihak-pihak berkaitan bagi mematuhi piawaian yang ditetapkan di dalam MS tersebut.

Senarai Semak ini juga dapat membantu PBT dan Agensi Teknikal lain di dalam membuat semakan terhadap permohonan kelulusan bangunan baharu serta ubahsuai yang dimajukan oleh Principal Submitting Person (PSP) atau Submitting
Person
(SP), disamping semakan semasa peringkat pembinaan, pra dan pasca Certificate of Completion and Compliance (CCC).

Senarai Semak Audit Akses ini hendaklah dibaca bersama Undang-Undang Kecil 34A, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (1984) dan MS1184:2014 yang mewajibkan agar semua bangunan yang boleh dikunjungi disediakan kemudahan untuk semua golongan masyarakat termasuk OKU. Setiap PBT yang mengguna pakai UKBS dikehendaki menguatkuasakan undang-undang ini dan memastikan bahawa kehendak-kehendak kemudahan bangunan untuk orang kurang upaya disediakan berdasarkan Piawaian Malaysia MS1184 dan MS1183.

Penggunaan senarai semak ini adalah langkah memastikan semua bangunan yang boleh diakses oleh orang awam dilengkapi dengan kemudahan akses bagi semua golongan masyarakat termasuk OKU.

Bagi PSP atau SP, iaitu pihak yang mengemukakan pelan untuk kelulusan PBT, Borang U hendaklah dilengkapkan sebagai perakuan bahawa segala rekabentuk bangunan dan infrastruktur telah direkabentuk berdasarkan senarai semak UUK34A, UKBS 1984.

Pihak Jabatan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Standard Malaysia (JSM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kerana membenarkan penggunaan gambarajah-gambarajah pada dokumen MS1184:2014 di dalam senarai semak ini dan juga kepada Bahagian Kawalan Bangunan, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah menyediakan senarai semak ini.
 










 

  •  
  • Email this page
  • 6856
::Hakcipta©2014 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Tarikh Kemaskini 29-03-2017 Jumlah Pelawat : 525005