Bahagian Perundingan Kawalan Pemajuan

BAHAGIAN PERUNDINGAN KAWALAN PEMAJUAN
 
PENGENALAN
 
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah badan yang mentadbir, merancang dan melaksana kawalan pembangunan setempat selaras perancangan yang telah ditetapkan. Undang-undang dan garis panduan berkaitan telah diwujudkan demi menjamin keseimbangan pembangunan agar tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan. Pematuhan terhadap dasar dan garis panduan serta Rancangan Tempatan penting untuk memastikan pembangunan mampan PBT.
 
Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) melalui Bahagian Perundingan Kawalan Pemajuan diamanah untuk mengenalpasti relevansi akta dan undang-undang berkaitan selaras dengan perubahan dan keperluan moden. Bahagian ini juga memberi khidmat nasihat terhadap pematuhan undang-undang dan urusan mengendali perniagaan berhubung kawalan kemajuan kepada PBT.
 
Tuntutan pelanggan agar mempercepat urusan mengendali perniagaan dalam aspek kebenaran merancang dan permit pembinaan dapat mempengaruhi kerancakan pertumbuhan ekonomi di kawasan PBT dan negara.


FUNGSI BAHAGIAN

Fungsi Bahagian dipecahkan kepada tiga (3) Unit iaitu :
 
  1. Unit Akta 133/UKBS 1984 (Unit Akta)
 
  • Menggubal dan menyeragamkan dasar, perundangan dan peraturan berkaitan dengan aspek keselamatan bangunan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984).
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan keselamatan, kestabilan dan keselesaan bangunan serta persekitaran sejajar dengan peruntukan-peruntukan  di bawah Akta 133 dan UKBS 1984.
  • Meminda kedua-dua akta tersebut selaras dengan perubahan dan keperluan semasa.
 
  1. Unit Pusat Setempat (Unit OSC)
 
  • Menggubal dan menyeragamkan dasar, perundangan dan peraturan berkaitan dengan OSC untuk diselaraskan diperingkat PBT.
  • Mewujudkan inisiatif penambahbaikan urusan permit pembinaan negara.
  • Meminda  peraturan berkaitan OSC selaras dengan perubahan dan keperluan semasa.
 
  1. Unit Perakuan Siap Dan Pematuhan (Unit CCC)
  • Menggubal dan menyeragamkan dasar, perundangan dan peraturan berkaitan dengan CCC dalam industri pembinaan negara.
  • Meminda  peraturan berkaitan CCC selaras dengan perubahan dan keperluan semasa.


RUMUSAN
 
  1. Kawalan pemajuan yang efisien menyumbang kepada peningkatan ekonomi bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara.
 
  1. Keberkesanan kawalan pemajuan (Dealing with Construction Permits - DCP) meningkatkan daya saing negara dalam penarafan Bank Dunia dalam Ease of Doing Business di kalangan 189 negara. Laporan Bank Dunia 2017 misalnya, telah meletakkan kedudukan Malaysia di tangga ke-13 berbanding ke-113 pada tahun 2012.

Muat turun carta di sini.



 

  •  
  • Email this page
  • 6505
::Hakcipta©2014 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Tarikh Kemaskini 27-05-2017 Jumlah Pelawat : 546638