[ HUBUNGI KAMI ]

Umum - JKT & PBT

SOALAN LAZIM (UMUM)


Soalan:

 

1. Apakah perbezaan antara Majlis Daerah / Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

 

Jawapan:

 

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:

  1. Majlis/Dewan Bandaraya
  2. Majlis Perbandaran
  3. Majlis Daerah

Perbezaan ketiga-tiga kategori adalah berdasarkan ciri-ciri masing-masing iaitu :

  • Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaik-taraf kepada bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Di antara kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah  jumlah  penduduk tidak kurang 500,000 orang dan hasil tahunan PBT hendaklah melebihi RM100 juta.
  • Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 150,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.
  • Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 150,000 orang  dan hasil tahunan kurang daripada 20 juta.

Kriteria lanjut tahap PBT boleh dilihat DI SINI.

 


 

Soalan:

 

2. Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia sekarang?

 

Jawapan:

 

Jumlah PBT adalah sebanyak 149 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu 12 buah Dewan/Majlis Bandaraya (DB / MB), 39 buah Majlis Perbandaran (MP) dan 98 buah Majlis Daerah  (MD). Terkini ialah Majlis Daerah Putatan dan Majlis Daerah Pitas, Sabah.

Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti: PBT Kulim Hi-Tech, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.

 


 

Soalan:

 

3. Berapakah bilangan Majlis/Dewan Bandar Raya yang terdapat di Malaysia sekarang?

 

Jawapan:

 

Setakat ini, terdapat 12 buah bandar raya, iaitu :

 

Dewan / Majlis Bandaraya Negeri
1) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
2) Majlis Bandaraya Ipoh Perak
3) Dewan Bandaraya Kuching Utara Sarawak
4) Majlis Bandaraya Kuching Selatan Sarawak
5) Majlis Bandaraya Johor Bahru Johor
6) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Sabah
7) Majlis Bandaraya Miri Sarawak
8) Majlis Bandaraya Alor Setar Kedah
9) Majlis Bandaraya Shah Alam Selangor
10) Majlis Bandaraya Petaling Jaya Selangor
11) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Melaka
12) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (1 Jan. 2008) Terengganu

 

 


 

Soalan:

 

4. Adakah PBT terletak di bawah bidang kuasa KPKT dan apakah bidang tugas Jabatan Kerajaan Tempatan terhadap PBT?

 

Jawapan:

 

Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas JKT khususnya dan KPKT amnya adalah untuk menyelaras PBT-PBT dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

 


 

Soalan:

 

5. Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?

 

Jawapan:

 

Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun melalui JKT/KPKT.

 


 

Soalan:

 

6. Bolehkah pihak JKT membantu orang ramai sekiranya ada masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?

 

Jawapan:

 

Boleh. JKT/KPKT boleh merujuk masalah tersebut kepada PBT yang berkenaan untuk mendapatkan laporan mengenainya. Sekiranya masalah tersebut didapati serius, JKT/KPKT akan meminta bantuan daripada PBT berkenaan untuk memberi penjelasan serta mengambil tindakan sewajarnya.

 


 

Soalan:

 

7. Adakah sampah pukal (tilam, almari buruk dan sebagainya) di pungut seperti mana kekerapan pungutan sampah biasa ?

 

Jawapan:

 

Sampah pukal di pungut sekali seminggu sahaja.


 

Soalan:

 

8. Jika pihak yang dipertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakan tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?

 

Jawapan:

 

Orang ramai boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.

______________________________________________________________________________________________________

Bagi soalan yang tiada di laman ini, mohon salurkan pertanyaan anda di sini atau hubungi pegawai Bahagian Dasar dan Pengurusan Strategik di bawah:
                                                       
                                                                      Nama: Encik Yusri bin Yaacob
                                                                      No. Telefon: 03-8891 3145
                                                                      e-mel: yusri@kpkt.gov.my


  •  
  • Email this page
  • 40320
Tarikh Kemaskini 29-03-2017 Jumlah Pelawat : 525031
::Hakcipta©2014 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.