BAHAGIAN DASAR DAN PENGURUSAN STRATEGIK
A) SEKSYEN DASAR DAN PERUNDANGAN
- Merangka dasar pekeliling dan garis panduan yang berkaitan dengan peranan dan fungsi PBT.
- Urusetia kepada Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT).
- Menyelaras Mesyuarat Penyelarasan Dasar PBT.
- Mengumpul data serta menyelaras maklumat asas berkaitan PBT.
- Urusetia Induk JPPBT.
- Menyelaras maklumbalas bagi mesyuarat-mesyuarat utama yang melibatkan JKT.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan fungsi dan peranan PBT.
- Menganggotai Jawatankuasa di lain-lain Kementerian.
- Menyelaras dan menyediakan jawapan bagi soalan Parlimen berkaitan JKT.
- Penyelarasan bagi perkara melibatkan objektif kualiti dan piagam pelanggan serta intipati kenyataan Media KPKT/JKT.
- Mengurusetia Lawatan YBM ke PBT / SUK.
- Mengurusetiakan Persidangan/Konvensyen yang melibatkan PBT.
B) SEKSYEN KEURUSETIAAN DAN KOLABORASI STRATEGIK
- Bertanggungjawab terhadap kajian, pindaan dan semakan terhadap Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan undang-undang kecil dibawah Akta 171 dan melakukan semakan terhadap bidang kuasa PBT di bawah akta-akta lain.
- Menyelaras aduan-aduan berhubung fungsi dan peranan PBT.
- Bertanggungjawab terhadap kajian dan pengwujudan serta peruntukan undang-undang baharu (Akta dan Perundangan Subsidiari)
- Bertanggungjawab memproses permohonan naik taraf dan perluasan kawasan PBT yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri supaya selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan dan Dasar Tempatan.
- Menyelaras penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam.
- Bertanggungjawab menyediakan maklumbalas / input berhubung peranan dan bidang kuasa PBT kepada agensi lain.
- Mengurus dan menyelaras lawatan pelawat dari dalam dan luar negeri.
- Mengumpul data serta maklumat asas berkaitan PBT.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan fungsi dan peranan PBT.
- Menganggotai Jawatankuasa di lain-lain Kementerian.
C) SEKSYEN TRANSFORMASI DAN PEMANTAUAN
- Bertanggungjawab untuk memastikan Pelan PBT di Hati Rakyat dilaksanakan mengikut perancangan dan mengkaji keberkesanannya.
- Membantu Urusetia dalam pelaksanaan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) dan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT).
- Menyelaras Pelaksanaan Petunjuk Utama Prestasi (KPI) di Jabatan.
- Menyelaras Pelaksanaan ISO 9001-2000 di Bahagian.
- Menyelaras Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Jabatan.
- Bertanggungjawab menyediakan maklumbalas / input berhubung peranan dan bidangkuasa PBT kepada agensi lain.
- Mengumpul data serta maklumat asas berkaitan PBT.
- Menganggotai Jawatankuasa di lain-lain Kementerian.
Bahagian ini juga bertanggungjawab menyelaras dan memantau peranan dan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan peruntukan undang-undang seperti berikut:
- Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
- Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
- Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
- Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
- Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663)
- Akta Makanan 1983 (Akta 281)
- Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154)
- Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
- Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 (Akta 302)
- Akta Peniaga Sekendhend 1946 (Akta 189)
- Akta Kawalan Sewa (Pemansuhan) 1997 (Akta 572)
- Akta Eksais 1976 (Akta 176)
- Akta Hakcipta 1987 (Akta 332)
- Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127)
- Undang-Undang Kecil berkaitan Kerajaan Tempatan