Objektif Unit Integriti
- Merancang, menyelaras dan menguruskan hal-hal berkiatan kelakuan dan tatatertib serta kod tatasusila berdasarkan prinsip integriti dan akauntabiliti
- Mewujudkan budaya kerja unggul dengan ciri -ciri moral dan etika yang kukuh serta berintegriti.
- Memperkukuhkan kecekapan dan keberkesanan mekanisme saluran aduan dalaman dan meningkatkan penghayatan dan mengukuhkan etika kerja serta integriti : dan
- Memantapkan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Fungsi Unit Integriti
Bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:
a) |
Tadbir Urus |
|
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan. |
|
|
b) |
Pengukuhan Integriti |
|
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi; |
|
|
c) |
Pengesanan dan Pengesahan |
|
I) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan |
|
ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab |
|
|
d) |
Pengurusan Aduan |
|
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi; |
|
|
e) |
Pematuhan |
|
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan |
|
|
f) |
Tatatertib |
|
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib |
Aktiviti Fungsi Unit Integriti
- Menyediakan perancangan program latihan bagi pengukuhan integriti warga JKT.
- Menjalankan program latihan bagi pengukuhan integriti warga JKT.
- Menyediakan input, mencetak, menerbit dan mengedarkan berkenaan bahan-bahan promosi berkaitan integriti bagi warga JKT.
- Pengurusan Aduan berkaitan integriti warga JKT.
- Naziran Integriti
- Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU)
- Menyediakan Laporan Unit Integriti Agensi kepada Unit Integriti Kementerian Kesejahteraan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi peringkat KPKT.
- Menjalankan tindakan pengesanan dan pengesahan.
- Menguruskan Tindakan Tatatertib :
a) Dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat (untuk pegawai dari kumpulan sokongn No. 1)
b) Bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat (untuk pegawai dari kumpulan sokongan No.2)
c) Menguruskan Tindakan Tatatertib bagi Kumpulan Pengurusan Profesional Gred 41 hingga 44.
d) Menguruskan Tindakan Tatatertib bagi Kumpulan Pengurusan Profesional Gred 48 dan ke atas.