Submitted by admin on Tue, 05/06/2018 - 11:37

KP JKT Dato Noor Ihsan

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke portal rasmi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT). Saya berharap agar portal ini dapat memberikan maklumat dan kemudahan kepada pelanggan untuk mengakses informasi terutamanya berkaitan peranan JKT untuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan perkhidmatan perbandaran demi kesejahteraan rakyat. Sebagai saluran penyebaran maklumat utama organisasi kepada orang awam, JKT menitikberatkan aspek ketepatan maklumat dan kemudahan dalam melayari portal serta mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan portal ini.

Untuk makluman semua, JKT merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk menggubal dasar dan memberikan khidmat nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi meningkatkan kualiti penyampaian perhidmatan PBT.

Sempena tahun 2020 ini, saya berharap agar JKT dapat terus melakar kecemerlangan dan meningkatkan produktiviti dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. JKT komited untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan selaras dengan halatuju dan aspirasi pentadbiran semasa demi memastikan kesejahteraan rakyat dapat ditingkatkan. JKT juga mendokong sepenuhnya Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang bermatlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia menjelang 2030 dan akan menjajarkan program dan inisitatif Jabatan untuk menjayakan objektif ini.

Saya juga ingin menekankan aspek tadbir urus yang baik serta berintegriti dalam penyampaian perkhidmatan awam. Pengukuhan tadbir urus melalui ketelusan dan akauntabiliti merupakan teras kecemerlangan sesebuah organisasi dan menutup ruang kepada wujudnya persepsi negatif dalam kalangan rakyat terhadap perkhidmatan awam.Justeru, budaya kerja berintegriti haruslah diterapkan dan diberi keutamaan terutamanya dalam memerangi rasuah dalam perkhidmatan awam.

Akhir kata, semoga seluruh warga JKT terus istiqamah dalam menggalas tanggungjawab sebagai penjawat awam yang unggul berpaksikan integriti seterusnya menjadikan JKT sebagai salah satu agensi terbaik dalam perhidmatan awam.

Selamat melayari portal Jabatan Kerajaan Tempatan.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Noor-Ihsan bin Haji Che Mat
Ketua Pengarah
Jabatan Kerajaan Tempatan