-->

Konvensyen PBT 2024

Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2024 telah diadakan pada 26 dan 27 Oktober 2024 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan MBPJ yang dipilih sebagai tuan rumah (host city). Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, merangkap Pengerusi Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.

Bertemakan Sinergi MADANI – Perkukuh PBT, Konvensyen ini merupakan siri keempat sejak tahun 2008 yang mengumpulkan pengurusan tertinggi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara meliputi Datuk Bandar/ Yang Dipertua, Ahli-ahli Majlis serta pegawai-pegawai kanan dalam satu wacana perkongian ilmu dan pengalaman, serta amalan terbaik untuk mencari pendekatan penyelesaian yang inovatif dan kreatif secara kolektif dan holistik bagi isu-isu yang melibatkan pengurusan dan tanggungjawab PBT. Pelaksanaan Konvensyen ini adalah selaras dengan lapan (8) fokus utama KPKT untuk memperkasa peranan dan potensi PBT dalam agenda penyampaian perkhidmatan kerajaan tempatan yang beramanah, bersih, cekap dan berdisiplin.

Konvensyen PBT 2024 ini telah berjaya mengumpulkan seramai 2,500 penyertaan di kalangan dif-dif kehormat, wakil PBT termasuk Ahli Majlis, para pempamer dan penceramah, serta penglibatan jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan yang bersama-sama menjayakan pelaksanaannya. Ia berjaya membina kapasiti dan memberi suntikan semangat kepada semua wakil PBT sebagai lapisan kerajaan ketiga peringkat tempatan yang paling dekat dengan rakyat kerana pelbagai urusan harian melibatkan kesejahteraan hidup mereka digalas dengan penuh tanggungjawab dan cekal oleh PBT. Ini selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI agar semua PBT berusaha meningkatkan keupayaan masing-masing untuk terus menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai salah satu pemacu pendekatan 'whole of nation' untuk menyokong pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara maju kelak.

Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia

KPKT telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Tahun 2024 di Bangi Avanue Convention Centre (BACC) pada 08 Oktober 2024 (Selasa) yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan dengan tema “Persekitaran Lestari Pemacu Malaysia Madani”.

Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Tebing Jalan Di Jalan S2 H20, Park Avenue, Seremban 2, Negeri Sembilan Antara JKT Dan Majlis Bandaraya Seremban

Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Tebing Jalan Di Jalan S2 H20,Park Avenue,Seremban 2, Negeri Sembilan antara Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Majlis Bandaraya Seremban telah disempurnakan oleh Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan dan Tuan Mas Midyawan Bin Yahya, Setiausaha, Majlis Bandaraya Seremban yang mewakili Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seremban pada 9 September 2024 di Jalan S2 H20, Park Avenue, Seremban 2, Negeri Sembilan.

Projek pembaikan tebing jalan atau cerun ini merupakan salah satu projek yang diluluskan di bawah Rolling Plan Tiga (RP.3) Rancangan Malaysia ke Dua Belas (RMKe – 12): Membaikpulih Dan Pengukuhan Cerun Skala Besar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kos pembinaan berjumlah RM 1.76 Juta.

Projek ini telah dimulakan pembinaanya pada 6 November 2023 dan siap sepenuhnya pada 30 Jun 2024 yang merangkumi skop kerja slope trimming, soil nailing, guniting, gabion wall, sistem saliran cerun, turfing, hydroseeding, dan pembaikan semula pagar dan tembok penahan sedia ada.

Projek membaik pulih dan pengukuhan cerun di kawasan PBT amat penting untuk dilaksanakan bagi memenuhi Sustainable Development Goals (SDG) No.11 iaitu Petempatan dan Masyarakat Mampan dengan misi menjadikan petempatan inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan serta mengurangkan kesan buruk bencana alam dengan mengurangkan dengan ketara bilangan kematian dan bilangan mangsa terjejas serta mengurangkan kerugian ekonomi.akibat bencana tanah runtuh.

Kunjungan Hormat Kementerian Luar Negeri (KLN) Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam

YBhg. Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah menerima kunjungan daripada wakil Kementerian Luar Negeri (KLN), Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam. Delegasi KLN seramai 3 orang telah diketuai oleh Amb. Zamshari Shaharan, Setiausaha Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam KLN.

Fokus utama perbincangan adalah mengenai jaringan kerjasama antara JKT-KLN untuk menggiatkan lagi aktiviti promosi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dengan melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN dari 1 Januari hingga 31 Disember 2025. Kepengerusian kali ini merupakan kali ke-empat selepas tahun 1977, 2005 dan 2015.

Kerjasama yang erat antara JKT dan KLN adalah diharapkan dapat memberi manfaat terhadap Kepengerusian ASEAN 2025 ini dalam merakyatkan ASEAN dan merealisasikan komuniti ASEAN yang berpaksikan rakyat.

#PBTPerkasaRakyatSejahtera

#JKT

#MalaysiaMadani

#StrongerTogether

#UnityInDiversity

#DemiPertiwi

Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia KPKT 2024

Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia KPKT 2024 akan diadakan pada 24 September 2024 bertempat di Bangi Avenue Convention Centre. Pastikan kita sama-sama nantikan siapakah yang akan dinobatkan sebagai Penerima Anugerah PBT Cemerlang Kempen Kesihatan Persekitaran 2024 dan Pemenang Pertandingan Medan Selera Bersih PBT 2024.

#MalaysiaMADANI

#StrongerTogether

#UnityInDiversity

#DemiPertiwi

Kursus Pengurusan Projek Pembaikan Cerun di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Kursus Pengurusan Projek Pembaikan Cerun di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berlangsung di Kelab Golf Cameron Highlands pada 21 & 22 Ogos 2024 anjuran Bahagian Perundingan Kejuruteraan Awam (BPKA) dengan kerjasama MD Cameron Highlands.

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) Bilangan 3/2024 Bagi Zon Timur

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) Bilangan 3/2024 Bagi Zon Timur telah diadakan pada 12 - 13 Ogos 2024 di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah JKT.

Mesyuarat ini anjuran bersama Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan telah disertai oleh wakil-wakil daripada pengurusan tertinggi KPKT dan JKT, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Bandar/Yang DiPertua/Setiausaha Pihak Berkuasa
Negeri (PBT) Negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Mesyuarat JPPBT merupakan platform bagi membincangkan isu dan cadangan polisi/ inisiatif baharu untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan
perbandaran PBT. Mesyuarat ini juga turut menyampaikan keputusan-keputusan utama hasil daripada Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-81 serta dasar-dasar Kementerian untuk tindakan dan makluman PBT.

Tips Sentiasa Kekal Sihat Di Musim Cuaca Panas

TIPS SENTIASA KEKAL SIHAT DI MUSIM CUACA PANAS

Suhu di seluruh negara telah meningkat dan berlakunya musim panas yang boleh membahayakan kesihatan jika diabaikan. Jom kita ikuti tips-tips ini untuk diamalkan bersama.

#MalaysiaMadani

#StrongerTogether

#UnityInDiversity

#DemiPertiwi

Majlis Menandatangani Perjanjian di antara AmBank (M) Berhad dan dan Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

YBhg. Dato' Ketua Pengarah JKT Menandatangani Perjanjian di antara AmBank (M) Berhad dan dan Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Majlis Menandatangani Perjanjian di antara AmBank (M) Berhad dan dan Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berlangsung di Dewan Bankuet, Tingkat 26, Bangunan AmBank Group, Jalan Raja Chulan KL pada 8 Ogos 2024 (Khamis). 

Majlis Menandatangani Perjanjian antara AmBank (M) Berhad dan Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertujuan untuk mewujudkan satu bentuk persefahaman dan kerjasama bagi menambahluaskan lagi kaedah pembayaran di PBTPay melalui eWallet yang disediakan oleh pihak AmBank. Kerjasama ini akan meningkatkan lagi imej serta mutu perkhidmatan PBTPay dan seterusnya menjadi saluran utama pembayaran kepada seluruh PBT di Malaysia.

#JKT
#pbtperkasarakyatsejahtera

image
image
image
image

Bengkel Kajian Keperluan Pengguna Aplikasi Mobile PBTPay

YBrs En. Omran bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) mewakili YBhg. Dato' Ketua Pengarah JKT telah merasmikan Bengkel Kajian Keperluan Pengguna Aplikasi Mobile PBTPay yang berlangsung di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya pada 7 Ogos 2024 (Rabu). 

Bengkel ini bertujuan mendapatkan input Kajian Keperluan Pengguna bagi aplikasi mobil PBTPay sebagai salah satu medium pembayaran atas talian kepada transaksi yang berkaitan dengan perkhidmatan PBT. Bengkel ini melibatkan kehadiran wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Shah Alam ,Majlis Bandaraya Melaka Berserajah, Majlis Bandaraya Seremban, Majlis Perbandaran Bentong, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Jasin, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Port Dickson, dan Majlis Perbandaran Selayang.

#JKT
#pbtperkasarakyatsejahtera

pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
Skip to content