-->
Jata Transparent

Maklumat Lanjut - [eJKT]

SISTEM eJKT

 
PENDAHULUAN
 
Sistem eJKT merupakan gabungan daripada sistem sedia ada dan baru di JKT seperti yang dipaparkan di gambarajah umum portal. Dengan wujudnya sistem ini, pengguna hanya memerlukan satu identiti untuk memasuki sistem-sistem yang terlibat dan berkonsepkan ‘One Stop Management’ yang bertindak sebagai medium utama untuk mentadbir urus aktiviti-aktiviti pembangunan PBT.

image

MODUL eJKT
 
Modul-modul Sistem eJKT terdiri  daripada sistem-sistem sedia ada dan sistem baru yang akan dibangunkan. Antara modul-modulnya ialah sistem – sistem sedia ada yang diintegrasikan iaitu :-

1. Sistem Kampung Baru

Sistem Kampung Baru adalah sistem yang dibangunkan untuk Kampung-kampung Baru memohon peruntukan bagi projek-projek pembangunan dan memudahkan pemantauan di pihak JKT dan KPKT.
 
Antara tujuan Modul Kampung Baru dibangunkan adalah :
 

  1. untuk membantu JKT dalam merancang, mengawal dan menyelia projek pembangunan baru di Kampung-kampung Baru;
  2. untuk memantau status pelaksanaan projek pembangunan di Kampung-kampung Baru;
  3. untuk mendapatkan maklumbalas bagi tujuan penyediaan laporan kepada mesyuarat-mesyuarat utama dan jawapan parlimen;
  4. untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak berkaitan bagi tujuan penyediaan kajian impak terhadap projek pembangunan di Kampung-kampung Baru;
  5. untuk dijadikan input dan panduan kepada JKT dan pihak-pihak yang terlibat dalam hal ehwal pembangunan Kampung Baru bagi merangka program dan projek pada masa akan datang.

2. Portal Kampung Tradisional

Sama seperti Sistem Kampung Baru,Sistem Kampung Tradisional adalah sistem yang dibangunkan yang dibangunkan secara dalaman oleh Jabatan Kerajaan Tempatan untuk Kampung-kampung Tradisional memohon peruntukan bagi projek-projek pembangunan dan memudahkan pemantauan di pihak JKT dan KPKT.
 
Antara tujuan Modul Kampung Tradisional dibangunkan adalah :
 

  1. untuk membantu JKT dalam merancang, mengawal dan menyelia projek pembangunan baru di Kampung-kampung Tradisional;
  1. untuk memantau status perlaksanaan projek pembangunan di Kampung-kampung Tradisional;
  1. untuk mendapatkan maklumbalas bagi tujuan penyediaan laporan kepada mesyuarat-mesyuarat utama dan jawapan parlimen;
  1. untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak berkaitan bagi tujuan penyediaan kajian impak terhadap projek pembangunan di Kampung-kampung Tradisional;
  1. untuk dijadikan input dan panduan kepada JKT dan pihak-pihak yang terlibat dalam hal ehwal pembangunan Kampung Tradisional bagi merangka program dan projek pada masa akan datang.

3. Sistem Permohonan Projek PBT (eMohon)

Sistem Permohonan Projek PBT merupakan suatu sistem yang dibangunkan secara dalaman oleh Jabatan Kerajaan Tempatan terhadap maklumat permohonan projek pembangunan yang dimasukkan oleh PBT. Sebanyak 147 PBT seluruh Malaysia termasuk 5 agensi yang menjalankan tugas PBT dapat mengakses sistem ini secara ‘online’ untuk memasukkan maklumat yang diperlukan.
 
Tujuan Modul Permohonan Projek PBT dibangunkan adalah:
 

  1. untuk membantu JKT dalam merancang, mengawal dan menyelia projek pembangunan baru di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  1. untuk memantau status perlaksanaan projek pembangunan baru di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  1. untuk mendapatkan maklumbalas bagi tujuan penyediaan laporan kepada mesyuarat-mesyuarat utama dan jawapan parlimen;
  1. untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak berkaitan bagi tujuan penyediaan kajian impak terhadap projek pembangunan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  1. untuk dijadikan input dan panduan kepada JKT dan pihak-pihak yang terlibat dalam hal ehwal pembangunan PBT bagi merangka program dan projek pada masa akan datang.

4. Portal ePBT Online

Portal ePBT Online adalah sistem yang dibangunkan bagi membolehkan pengguna menyemak bil, membayar bil dan memohon lesen dan sebagainya tanpa perlu pergi ke kaunter. Portal ePBT Online yang merupakan sistem web-based boleh dicapai di mana-mana dan memudahkan kerana ianya merupakan sistem kaunter atas talian.
 
Tujuan Modul ePBT Online dibangunkan adalah untuk :
 

  1. Memudahkan penyemakan bil, permohonan lesan dan sebagainya serta pembayaran oleh pengguna.
  1. Memaparkan maklumat dari setiap PBT seperti berkenaan Sistem  Penilaian, Sistem Taksiran, Sistem Kutipan Sistem Kompaun Sistem Sewaan Sistem Pelesenan, Sistem Terimaan Pelbagai, Sistem Aduan dan Sistem Pelaporan JKT.
  1. Memudahkan penjanaan laporan dan statistik berkenaan urusan di PBT.

5. Portal OSC

Portal OSC dibangunkan untuk memantau semua agensi OSC di PBT yang berfungsi sebagai pusat rujukan setempat berkaitan OSC secara online,  memantau kategori projek-projek dan permohonan  serta membantu pihak JKT dan agensi OSC dalam penyediaan laporan dan statistik berkenaan projek.
 
Tujuan Modul Portal OSC dibangunkan adalah untuk :
 

  1. Membuat paparan semua agensi OSC
  2. Memantau pembangunan projek dari segi permohonan
  3. Menjana laporan projek dan perbandingan statistik projek

 
Manakala sistem-sistem baru yang akan dibangunkan adalah :

6. Sistem Profil PBT (eProfil)

Sistem Profil PBT pula adalah sistem yang mengumpul segala maklumat mengenai 145 PBT termasuk 6 agensi yang menjalankan tugas PBT seluruh Malaysia dari segi latarbelakang, perkhidmatan teras dan lain-lain.

Tujuan sistem profil PBT dibangunkan adalah:
 

  1. untuk mendapatkan maklumat-maklumat asas PBT sebagai panduan bagi penyediaan laporan dan maklumbalas kepada mesyuarat-mesyuarat utama, informasi kepada agensi-agensi yang lain serta penyediaan jawapan parlimen; dan
  1. untuk dijadikan input dan panduan kepada JKT bagi merangka program-program pembangunan dan penambahbaikan di PBT serta penyediaan garis panduan.

image

7. Sistem Pemantauan Pembangunan PBT (ePantau)

Sistem Pemantauan Pembangunan PBT merupakan suatu sistem oleh Jabatan Kerajaan Tempatan terhadap untuk memantau permohonan projek pembangunan yang dimasukkan oleh PBT. Sebanyak 145 PBT termasuk 6 agensi yang menjalankan tugas PBT seluruh Malaysia dapat mengakses sistem ini secara ‘online’ untuk memasukkan maklumat yang diperlukan.
Tujuan Sistem Pemantauan Pembangunan PBT dibangunkan adalah:
 

  1. untuk memantau dan menilai tahap pelaksanaan program, projek, pekeliling dan garis panduan di bawah JKT yang dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  1. untuk mendapatkan maklumbalas bagi tujuan penyediaan laporan kepada mesyuarat-mesyuarat utama dan jawapan parlimen;
  1. untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak berkaitan bagi tujuan penyediaan kajian impak terhadap program, projek, pekeliling dan garis panduan;
  1. untuk dijadikan input dan panduan kepada JKT bagi merangka program dan projek pada masa akan datang; dan
  1. untuk memantau status tindakan ke atas aduan-aduan berhubung PBT yang diterima oleh JKT/KPKT.

image

image

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
202
Capaian Hari Ini
330
Keseluruhan Pelawat
19037
Kemaskini Terakhir Pada: 

18 Jan 2025 - 22:47:35

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content