-->

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Sistem ePBT 3.0

  • Tarikh: 17 Januari 2024 (Rabu)
  • Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah mengadakan satu sesi libat urus bersama semua PBT di Semenanjung Malaysia yang diadakan di Dewan Kristal, KPKT. Sesi ini bertujuan untuk berkongsi pandangan mengenai pembangunan Sistem ePBT3.0.

Sesi libat urus pada hari ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Omran bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Pembangunan).

#PBTPerkasaRakyatSejahtera
#JKT 
#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi

Kunjungan Hormat Datuk Bandar MBMB ke JKT

Kunjung hormat YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merangkap Presiden MALA ke Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah berlangsung pada 2 Januari 2024.

Kunjung hormat ini disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan , KPKT serta warga kerja JKT.

Tujuan kunjung hormat ini adalah bagi menyampaikan jemputan Tahun Melawat Melaka 2024, jemputan Persembahan Perdana Pesta Gendang Nusantara, serta Majlis Perasmian Sukan MALA. Turut dibincangkan adalah Majlis Perasmian Pertandingan Inovasi MALA 3.0 tahun 2025 serta Mesyuarat Agong MALA Kali ke 23 .

Hadir sama Pegawai-pegawai Kanan MBMB yang merupakan ahli jawatankuasa MALA.

Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Semula Kompleks Pasar Payang

Ketua Pengarah JKT, YBhg. Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali telah menghadiri Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Semula Kompleks Pasar Payang, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 22 Disember 2023. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan), JKT, Ar. Zuhairi bin Manaf.

 

Perkhidmatan Reruai KPKT Sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Jom beramai-ramai ke Reruai KPKT (016) & Reruai Perumahan (015) di Perkarangan Stadium Bukit Jalil pada 8 hingga 10 Disember 2023. Pelbagai perkhidmatan menarik menanti anda, jumpa di sana!

#KPKT
#SetahunBersamaKerajaanMADANI
#MalaysiaMADANI
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi

Kunjungan Hormat oleh Deputy Mayor of Addu City Council, the Republic of Maldives

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) mengalu-alukan kedatangan H.E. Mohamed Shuau, Deputy Mayor of Addu City Council, the Republic of Maldives dan delegasinya.

Pertemuan di antara pegawai tertinggi JKT, KPKT dan Addu City Council, Republic of Maldives ini adalah penting dan baik bagi kedua-dua negara dari segi perkongsian pengetahuan tentang bagaimana JKT terlibat dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), terutamanya tentang perkhidmatan yang ditawarkan.

#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#DemiPertiwi
#UnityInDiversity

MHI TV3: Masalah Perparitan dan Longkang di Kawasan Bandar

Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Ar. Zuhairi Bin Manaf menjadi tetamu jemputan dalam Program Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 pada 22 November 2023 jam 9.30 pagi bagi membincangkan isu berkaitan "Masalah Perparitan dan Longkang di Kawasan Bandar".

Tonton Facebook Live MHI, TV3 di bawah:


image

image

Kunjungan Hormat Majlis Perbandaran Temerloh Ke Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)

YBhg. Dato' Ketua Pengarah JKT telah menerima kunjungan hormat daripada warga kerja Majlis Perbandaran Temerloh yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh pada 9 November 2023 (Khamis).

Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman serta mengeratkan jalinan kerjasama antara Majlis Perbandaran Temerloh bersama JKT.

#PBTPerkasaRakyatSejahtera
#JKT 
#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi

JKT Pemenang Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 Kategori Organisasi Paling Responsif

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) kerana telah memenangi Anugerah Organisasi Paling Responsif pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 (AKM 2023).

YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II diiringi YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri KPKT telah menyempurnakan AKM 2023 bertemakan “Kemuncak Kecemerlangan” yang berlangsung di Hotel The St. Regis, Kuala Lumpur. 

Anugerah ini merupakan inisiatif KPKT bagi menghargai sumbangan, kecemerlangan dan kejayaan warga KPKT dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mengharumkan nama KPKT. Penganjuran AKM 2023 ini merupakan hasil cetusan idea YB KM dan julung kali diadakan pada tahun ini. Ia bertujuan memantapkan tahap motivasi seluruh pasukan KPKT agar lebih cemerlang dalam aspek pelaksanaan tugasan, kepimpinan, inovasi dan sosial. 

#MalaysiaMADANI
#StrongerTogether
#DemiPertiwi
#UnityInDiversity

JKT Terima Anugerah 100% Kadar Penggunaan Pembayaran Digital

Menerusi pelaksanaan PBTPay, sebuah gerbang pembayaran yang memudahkan orang awam untuk membuat pembayaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah menerima Anugerah 100% Kadar Penggunaan Pembayaran Digital sepanjang Kempen Pembayaran Tanpa Tunai dan Cek Peringkat Nasional Siri Ketiga (Kempen Cashless Boleh 3.0).

Kempen Cashless Boleh 3.0 ini dianjurkan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi memberikan pengiktirafan kepada Agensi Kerajaan yang mencatat peningkatan (%) tertinggi bagi penggunaan e-Pembayaran.

#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#DemiPertiwi
#UnityInDiversity 
#PBTPay

Malaysia Urban Forum 2023 (MUF2023)

YB KM Nga Kor Ming, Menteri KPKT telah hadir menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Perasmian Persidangan Malaysia Urban Forum 2023 (MUF2023) di Kuching, Sarawak.

Majlis perasmian telah berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching di mana ucapan perasmian YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak telah dibacakan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan, Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pembangunan Bandar & Sumber Asli II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Bertemakan “Memangkin Tindakan Transformatif untuk Perbandaran Mampan dan Berdaya Tahan” atau Catalysing Transformative Actions for Sustainable and Resilient Urbanisation, Persidangan MUF2023 ini telah disertai oleh seramai 3,800 peserta. Penganjur mensasarkan sehingga 5,000 orang penyertaan kerana forum ini adalah percuma dan terbuka kepada semua.

YB KM menyatakan kepada semua ketua pemegang taruh tempatan untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan semasa dan akan datang serta terus mempergiatkan usaha agenda kemampanan yang berbaki 6 tahun sahaja lagi sebelum berakhirnya tahun 2030.

#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi

pendigitalan-jkt . .
splwpk-online-e-participation . Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
. PBTPay MyWC2U
Skip to content