JKT Pemenang Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 Kategori Organisasi Paling Responsif

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) kerana telah memenangi Anugerah Organisasi Paling Responsif pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 (AKM 2023).

YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II diiringi YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri KPKT telah menyempurnakan AKM 2023 bertemakan “Kemuncak Kecemerlangan” yang berlangsung di Hotel The St. Regis, Kuala Lumpur. 

Anugerah ini merupakan inisiatif KPKT bagi menghargai sumbangan, kecemerlangan dan kejayaan warga KPKT dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mengharumkan nama KPKT. Penganjuran AKM 2023 ini merupakan hasil cetusan idea YB KM dan julung kali diadakan pada tahun ini. Ia bertujuan memantapkan tahap motivasi seluruh pasukan KPKT agar lebih cemerlang dalam aspek pelaksanaan tugasan, kepimpinan, inovasi dan sosial. 

#MalaysiaMADANI
#StrongerTogether
#DemiPertiwi
#UnityInDiversity

Tarikh