YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri KPKT telah menyampaikan amanat tahun baharu 2024 kepada seluruh warga KPKT bertempat di Dewan Kristal, KPKT pada 23 Januari 2024 (Selasa).
Semasa sesi tersebut, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkenaan PBTPay iaitu Inovasi Gerbang ePembayaran Berpusat Sektor Awam kepada semua warga KPKT. Warga KPKT juga berpeluang mendaftar di Portal PBTPay di reruai yang disediakan seterusnya membuat bayaran bagi Cukai Taksiran, Kompaun, Sewa serta Bil Pelbagai.
Dalam sesi tersebut, YB KM telah berbesar hati memilih pemenang cabutan bertuah bagi warga KPKT yang mendaftar PBTPay. Tahniah diucapkan kepada warga KPKT yang telah berjaya. Pendaftaran PBTPay boleh dibuat melalui portal pbtpay.kpkt.gov.my.
#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi