VISI, MISI, FUNGSI & PIAGAM

VISI

Ke arah menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) organisasi bertaraf dunia dalam penyampaian perkhidmatan perbandaran

MISI

Menyediakan kepakaran dan khidmat nasihat kepada PBT dalam merancang dan melaksana program pembangunan sosio-ekonomi selaras dengan hala tuju negara

FUNGSI

Menyeragam, Menyelaras, Mengkolaborasi dan Mengurussetiakan Pelaksanaan Dasar/ Akta/ Garis Panduan/ Pekeliling Berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Merancang, Menyelaras, Memantau, Mengawal Selia dan Menilai Keberhasilan Bantuan Kewangan
Memberi Khidmat Nasihat, Rundingan Teknikal / Bukan Teknikal dan Pembangunan Kompetensi

DASAR KUALITI

Kami komited untuk menambahbaik Sistem Pengurusan Kualiti bagi memastikan ia sesuai dan berkesan untuk memenuhi semua Objektif Kualiti agar selaras dengan Visi, Misi dan Objektif Jabatan Kerajaan Tempatan.
PIAGAM PELANGGAN
PEMANTAUAN DAN PELAKSANAAN DASAR

Mengedarkan arahan pelaksanaan Akta, Dasar, Undang-undang Kecil, Peraturan dan Garis Panduan berkaitan Kerajaan Tempatan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pemakluman kepada PBT - Tidak melebihi 1 bulan.

PENGURUSAN PERUNTUKAN DAN PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN
  1. Menghantar surat kepada semua SUK Negeri/PBT untuk mengemukakan senarai cadangan projek/ program/ tuntutan bagi tahun akan datang pada atau sebelum 1 September setiap tahun.
  2. Mengeluarkan surat memaklumkan kepada semua SUK Negeri/ PBT tentang senarai projek/ program yang diluluskan setelah mendapat kelulusan Pegawai Pengawal (KSU) tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja.
  3. Mengeluarkan surat kepada PBT tentang kelulusan permohonan tukar tajuk projek/ program setelah mendapat kelulusan Pegawai Pengawal (KSU) tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja.
  4. Membuat dan menghantar Memo kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, JKT bagi tujuan pengeluaran Waran/ Cek kepada PBT melalui SUK Negeri/ JPP dari tarikh permohonan diterima sekiranya permohonan waran peruntukan daripada pihak PBT mematuhi kriteria perolehan yang telah ditetapkan tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja.
  5. Mengadakan mesyuarat pemantauan projek/ Program bersama SUK Negeri/ PBT mengenai prestasi perlaksanaan projek-projek dan memantau projek sakit/ bermasalah sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun
  6. Menyemak dan mengemaskini laporan prestasi fizikal dan kewangan projek dan menyediakan Laporan Status Perlaksanaan Projek sekurang-kurangnya satu (1) kali sebulan
  7. Mengemaskini Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) dengan sekurang-kurangnya dua (2) kali sebulan

 

PENGURUSAN KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL DAN BUKAN TEKNIKAL
  1. Mengambil tindakan bagi membolehkan siasatan awal dilakukan dari tarikh kejadian yang melibatkan kestabilan cerun dan keselamatan persekitarannya yang dimaklumkan tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja.
  2. Mengemukakan khidmat nasihat dari tarikh terima arahan tidak melebihi dua belas (12) hari bekerja.

 

PROSEDUR SOKONGAN
  1. Mengemukankan akaun penerimaan kepada pelanggan dari penerima sebarang aduan/ pertanyaan tidak melebihi tiga (3) hari bekerja
  2. Memaklumkan keputusan permohonan kursus/ latihan kepada anggota JKT sebelum tarikh permohonan kursus latihan ditutup sekurang-kurangnya empat (4) hari bekerja.
  3. Mengeluarkan Pesanan Pembelian Tempatan (LO) dari tarikh terima permohonan (Borang P1) daripada Bahagian/ Unit di JKT dengan mematuhi peraturan kewangan yang berkuatkuasa tidak melebihi empat (4) hari bekerja.
  4. Menghantar semua keputusan mesyuarat kepada Jabatan dan agensi-agensi berkaitan selepas tarikh mesyuarat tersebut tidak melebihi tiga (3) hari bekerja.