Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

8 PBT Diiktiraf Sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021

Sebanyak 8 PBT diiktiraf sempena Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan (SHKPS) 2021 yang berlangsung secara hibrid di Dewan Kristal, KPKT pada 12 November 2021. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri KPKT. 

Sambutan yang bertemakan "Hindari COVID-19, Keluarga Malaysia Sihat" ini adalah sejajar dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang menekankan peri pentingnya soal kesihatan diri dan kesihatan persekitaran Keluarga Malaysia. KPKT memainkan peranan besar dalam ANMS khususnya di bawah Teras 4 iaitu Memantapkan Kebersihan Persekitaran. 

Dalam usaha menyokong ANMS ini, 4 program dasar telah dilaksanakan di beberapa PBT terpilih dan ianya akan diperluaskan lagi ke seluruh Negara. Sebanyak 105 PBT telah menyertai program-program ini iaitu Program Membasmi Wabak dan Hotspot Denggi, Tandas Bersih Awam, Premis Makanan Bersih dan Pasar Awam Bersih. 

Pengiktirafan ini juga merupakan inisiatif KPKT dalam mengiktiraf sumbangan dan peranan pengamal kesihatan persekitaran dalam menangani isu-isu berkaitan kesihatan persekitaran. Ia juga merupakan salah satu medium KPKT dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan pencegahan penyakit berjangkit seiring dengan situasi negara yang menuju era endemik. 

KPKT akan  terus bersama KKM dalam usaha memastikan matlamat kebersihan persekitaran dapat dicapai seperti mana yang telah digariskan. 

image

image

image

image

Tarikh