YBrs En. Omran bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) mewakili YBhg. Dato' Ketua Pengarah JKT telah menyempurnakan Majlis Perasmian Bengkel Hala Tuju PBTPay dan Sistem ePBT 2.0 Siri 4 Tahun 2023 yang berlangsung di Dewan Jubli, INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani Kedah pada 31 Julai 2023.
Majlis turut dihadiri oleh Encik Yusman Hambali bin Ahmad, Perunding Latihan Kanan, Unit Pembangunan Holistik INTURA dan Tuan Ts. Muhamad Shukri bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat JKT. Bengkel siri 4 dihadiri oleh pegawai PBT dari Negeri Johor, Kelantan dan Majlis Perbandaran Taiping Perak.
Bengkel yang berlangsung selama 2 hari (31 Julai - 1 Ogos 2023) anjuran JKT dengan kerjasama INTURA ini bertujuan untuk memperkasa PBTPay dan menambah baik pelaksanaan ePBT 2.0 dalam agenda penyampaian perkhidmatan digital PBT kerajaan tempatan yang beramanah, bersih, cekap, berdisiplin dan ke arah menjadikan perkhidmatan PBT lebih dinamik dan progresif.
Bengkel ini juga merupakan platform perkongsian amalan terbaik (best practices) di PBT dan membuka ruang perbincangan hala tuju dan penambahbaikan PBTPay dan Sistem ePBT 2.0 merentasi sempadan negeri untuk menyuarakan pandangan dan idea secara konstruktif dalam kalangan PBT berdasarkan kepelbagaian pengurusan perkhidmatan perbandaran di kawasan pentadbiran masing-masing.
#PBTPerkasaRakyatSejahtera
#JKT
#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi