Kunjungan Hormat Delegasi J.CLAIR Singapore

JKT telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi The Japan Council of Local Authorities for International Relations, Singapore (J.CLAIR Singapore) yang diketuai oleh Mr. Sakurai Taisuke, Pengarah Eksekutif J.CLAIR, Mr Kodama Kenki, Timbalan Pengarah J.CLAIR dan Mr. Siau Min Yang, Penyelidik Kanan J.CLAIR di KPKT pada 20 April 2022. 

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara JKT dan J.CLAIR melalui perkongsian program-program kemahiran dan latihan, pembangunan kompetensi dan amalan terbaik (best practices) yang akan diadakan secara fizikal dan dalam talian pada tahun ini.

#PasukanKPKT 
#JKT 
#pbtperkasarakyatsejahtera

image

image

Tarikh