Lawatan Kerja Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah ke JKT

Lawatan Kerja Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Negeri Sabah ke Jabatan Kerajaan Tempatan pada 18 Ogos 2023. Rombongan KKTP Sabah terdiri daripada 20 orang pegawai dan diketuai oleh Puan Faridah Giau, Timbalan Ketua Setiausaha Tetap II, KKTP Sabah. 

Tujuan lawatan pada hari ini adalah bagi membincangkan isu-isu perbandaran Negeri Sabah, Taklimat  e-PBT serta Cadangan Kaedah Pelaksanaan Penempatan Pegawai PBT tanpa perubahan Pihak Berkuasa Melantik. 

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah JKT dan turut dihadiri oleh Puan Rizawati Binti Abdul Kadir, Setiausaha Bahagian Kemampanan Bandar dan Persekitaran Hijau dan pegawai-pegawai KPKT dan JKT.

#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi
#MalaysiaMadani

Tarikh