YBhg. Dato' KP telah mengadakan lawatan ke projek-projek di bawah peruntukan BP.1 Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada 7 Julai 2023 bersama Datuk Bandar, YBrs. Tuan Haji Rosli bin Latif, pegawai-pegawai JKT dan MBKT. Antara projek yang dilawati adalah:
- Projek Pembangunan Semula Kompleks Pasar Payang;
- Sistem Perparitan Perumahan Seri Budiman; dan
- Membina Bangunan Gerai Di Pasar Manir.
Lawatan diteruskan ke Dungun bersama YDP Majlis Perbandaran Dungun, YBrs. Tuan Azizul bin Ab Hadi bagi melihat pelaksanaan dan status semasa bagi projek:
- Tapak Pasar Malam Sura Gate; dan
- Projek Menaik Taraf Struktur Bumbung Di Bangunan Perhentian Pengangkutan Awam Dungun.
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi
#MalaysiaMadani
Tarikh