Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) Zon Tengah

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) Bil. 1/2022 Bagi Zon Tengah telah diadakan pada 21 Februari 2022 (Isnin) jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh SUK Negeri, Datuk Bandar/Yang Dipertua dan Setiausaha PBT dari Negeri Selangor. 

Mesyuarat JPPBT merupakan platform kepada Kerajaan Persekutuan untuk memaklumkan dasar-dasar terkini berkaitan PBT dan menyampaikan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) yang berhubung dengan tindakan Kerajaan Negeri dan PBT. Sebanyak tujuh (7) kertas pembentangan telah dibentangkan oleh JKT, PLANMalaysia dan Urbanice Malaysia.

image

image

image

image

Tarikh